Followers

Sunday, August 23

MALAM KE-3: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu :


Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr)



Ramadhan juga merupakan bulan latihan bagi peningkatan kualiti peribadi seorang mulim. Hal ini dilihat pada tujuan puasa yakni agar manusia selalu dapat meningkatkan nilainya di hadapan Allah SWT dengan bertaqwa, disamping melaksanakan amalan-amalan soleh(baik) yang ada pada bulan Ramadhan. Antara amalan-amalan Ramadhan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW baik itu amalan ibadah mahupun amalan kemasyarakatan adalah sebagai berikut:


Amal terpenting selama bulan Ramadhan sudah tentu adalah shiyam (puasa), sebagaimana termaktub dalam firman Allah pada surat al Baqarah : 183-187. Dan antara amalan puasa Ramadhan yang diajarkan oleh Rasulullah ialah :


a. Mempunyai kefahaman yamg jelas tentang matlamat puasa dan menjaga adab-adabnyanya. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui adab-adabnyanya dan memperhatikan apa yang semestinya diperhatikan, maka hal itu akan menjadi pelebur dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya" (HADITH RIWAYAT. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi).


b. Tidak meninggalkan puasa, walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari'at Islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa : "Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshoh(keringanan yag dibenarkan syari’at) atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa sepanjang hidupnya." (HADITH RIWAYAT At Tirmizi).


c. Menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi atau bahkan menggugurkan nilai puasa. Rasulullah SAW pernah bersabda : " Bukanlah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan pekerti sia-sia (tak bernilai) dan kata-kata bohong" (HADITH RIWAYAT Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah juga pernah bersabda bahawa : " Barangsiapa yang selama berpuasa tidak meninggalkan kata-kata bohong bahkan melakukannya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, iaitu sekadar meninggalkan makan dan minum " (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim).


d. Bersungguh - sungguh melakukan puasa dengan menepati aturan-aturannya. Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan " (HADITH RIWAYAT. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).


e. Bersahur, makanan yang berkat (al ghiza’ al mubarok ). Dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda bahawa : " Sahur itu merupakan suatu keberkatan, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang bersahur" (HADITH RIWAYAT. Ahmad). Dan disunnahkan mengakhirkan waktu makan sahur .


f. Berbuka puasa. Rasululah pernah menyampaikan bahawa salah satu tanda kebaikan umat dengan mendahulukan berbuka (berbuka puasa) dan mengakhirkan sahur. Dalam hal berbuka puasa ini, Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa : " Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya, ialah mereka yang bersegera berbuka puasa. " (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Tirmidzi). Bahkan beliau mendahulukan berbuka walaupun hanya dengan ruthob (kurma separuh masak), atau tamr (kurma) atau air saja " (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ahmad).


g. Berdo'a. Rasulallah SAW bersabda: " Ada tiga kelompok manusia yang do'anya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah do'a orang-rang yang berpuasa sehingga mereka berbuka" (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Turmudzi).


sumber:

Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

No comments: