" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berpuasa seperti mana orang-orang sebelum kamu berpuasa, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa"
Jawapannya ialah segala asbab-asbab yang menyebabkan kita dekat kepada ketaqwaan. Dan terlalu banyak hadis-hadis dan kitab-kitab tulisan ulamak yang mu'tabar tentang amalan-amalan yang baik dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Dan antara amalan-amalan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kita makan sahur serta melewatkan sahur dan berbuka serta mengawalkan berbuka. Selain itu kita juga disarankan berdoa kepada Allah pada waktu-waktu yang mustajab seperti waktu malaikat bertukar shif iaitu masa waktu subuh sehingga terbit fajar dan pada waktu senja antara asar dan maghrib. dan banyak lagi ibadah serta amalan yang boleh membawa kita kepada ketaqwaan dan ianya semua terpulang pada diri kita sejauh mana kita memasuki 'madrasah Ramadhan' dengan persediaan-persediaan yang rapi, rancangan untuk menghayati dan memahami erti kenikmatan, erti kesengsaraan orang lain dan menguatkan jiwa, kesihatan, dan mendidik kemahuan diri kita supaya apabila keluar daripada 'madrasah Ramadhan' kita menjadi orang yang baru, orang yang terbaik, orang yang berubah kerna didikan madrasah Ramadhan. InsyaAllah.
Perkongsian daripada
penyampain dari Akhi Rasyid
dan Ustaz Nawawi
Rumah Kahfi
No comments:
Post a Comment