Followers

Thursday, January 27

KMK 2010.. terfikirkah kamu?


Pagi yang hening ini aku mencapai Al-Ma'thurat. Tampak uzur Al-Ma'thurat itu, mungkin usianya sudah lama. Tetapi isinya sentiasa diperbaharui oleh insan-insan yang memerlukan ketenangan dan perlindungan daripada-Nya. Aku menyelak 'cover' depan Al-Ma'thurat tersebut...

Semoga Allah memberi petunjuk dan
kebahagiaan kepada kita di dunia dan
akhirat
KEM REMAJA
AN NUR
JOHOR
FASA 2
"KE ARAH MEMBINA GENERASI PEWARIS"
4-6 JUN 2004
PUSAT KECEMERLANGAN &
PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP
MERSING, JOHOR .

Tersenyum. Al-Ma'thurat yang kuterima sewaktu aku menyertai Kem ini.

''Baru sahaja berlalu KMK 2010 pada cuti disember yang lalu, istimewa sekali.. kem yang diadakan ditempat aku pernah menjadi seorang peserta suatu ketika dahulu...hmmm rase seperti baru semalam KMK berlalu"
hatiku berbisik.

PUSAT KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP, MERSING, JOHOR. Ya, tempat yang sama. Tetapi dahulunya aku seorang peserta dan sekarang aku sudah menjadi fasilitator. Pernah terfikirkah waktu aku menjadi peserta untuk menjadi Fasi seperti sekarang ini. Semestinya TIDAK. Hanya ada sekelumit cita-cita untuk menjadi fasi dan ianya hanya angan-angan remaja pada masa itu. Ya, angan-angan remaja yang masih dalam kedegilan, pemikiran budak-budak yang masih tidak matang dan inginkan keseronokan semata.

Ku lihat pula sahabat-sahabatku, juga dahulunya peserta sepertiku. Allah s.w.t. susun sekarang mereka hebat menerajui kepimpinan remaja. Ada yang sudah menjadi pengarah, kem komandan, ketua fasilitator dan pelbagai jawatan lagi. Adakah aku pernah terfikir akan semua itu semasa aku menjadi peserta kem 2004 itu? sudah tentu sekali TIDAK.

Maha hebat Allah s.w.t. ke atas kekuasaan-Nya.

Para peserta KMK 2010. Apa yang kita lihat pada mereka? Apa yang ada pada mereka? Adakah kita tidak yakin bahawa mereka adalah orang-orang yang akan mewarisi dan menyambungkan kerja-kerja mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah suatu masa nanti? YAKINLAH..

Aku sangat yakin bahawa insan-insan yang merancang, membantu, melaksanakan, menyertai, mendoakan dan menjayakan program yang mendekatkan diri dan mengajak sekalian manusia untuk mendekatkan diri dan beriman kepada Allah di seluruh pelusuk dunia adalah PEMUDA HARAPAN UMMAH PADA MASA HADAPAN.

Kem Remaja AN-NUR 2004 dengan temanya "Ke Arah Membina Generasi Pewaris" mampu melahirkan pewaris-pewaris yang kini menerajui tampuk kepimpinan, adakah KMK 2010 juga mampu merealisasikan temanya? sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk merealisasikannya..

Segalanya Allah susun dengan baik. Benarlah HIDAYAH Allah itu tidak mampu dihalang sekiranya mahu diberikan kepada INSAN, juga tidak boleh dihalang sekiranya Allah ingin menarik HIDAYAH daripada INSAN.







Ku lalukan ingatanku terhadap KMK 2010 bersama angin pagi yang sejuk dan nyaman...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

No comments: