Followers

Monday, July 27

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Ke-4 ( SKEMA IV )

Gombak - 26 Julai 2009, Satu seminar telah diadakan di Dewan Utama Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa yang dilangsungkan pada pukul 8 pagi sehingga jam 5 petang. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-4 atau lebih dikenali dengan nama SKEMA ini bertemakan “Pendidikan Terancang Teras Kecemerlangan Rabbani”. Seramai 98 orang siswa dan 164 orang siswi telah menghadiri seminar ini. Para peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS


read more....


from: http://haluansiswa.haluan.org.my


Israel tahan saksi yang baru pulang memberi keterangan kepada PBB

July 23, 2009


22 Julai 2009: Israel telah menangkap Mohammad Srour pada 20 Julai 2009 ketika melalui Jambatan Allenby dari Jordan ke Tebing Barat, dalam perjalanan pulang dari memberi kenyataan kepada sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diketuai oleh Richard Goldstone di Geneva.


Pendudk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel

Penduduk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel


read more....


from: http://haluanpalestin.haluan.org.my



Sunday, July 26

Selamat Hari Lahir Sahabatku...

27 JULAI 2009

Selamat Hari Lahir sahabatku.. Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli. Genap umurmu 21 tahun hari ini. Hati ini sangat merinduimu, perit rasanya, sukar untuk memadamkan kisah silam kita bersama. Biarlah ia terpahat di hati ini. Kadang-kala terkelu lidah untuk berbicara dengan sahabat-sahabat kita pasal dirimu.. dan berat lidah ana untuk berbicara dengan ayah anta dan adik anta tempoh hari... entah kenapa ianya membuatkan hati ana sebak.. maafkan ana abu 'Ammar dan ikhwan..

Selamat Hari Lahir sahabatku... Kenangan terakhir kita bersama akan sentiasa berulang dan akan ana ingat setiap kali ramadhan menjelma 'Ammar... Kali terakhir makan dengan anta, kali terakhir berbuka dengan anta, tidur dengan anta dan naik motor dengan anta. Alhamdulillah, Allah izinkan terukirnya potret kenangan terakhir kita dalam memori. seakan-akan baru semalam kita bersua. Ana ingin berkongsi lagu yang selalu kita nasyidkan bersama sewaktu masa dahulu iaitu nasyid suci sekeping hati...

Suci Sekeping Hati

"Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"

Kita bersama suka akan lagu ini, suci sekeping hati kan? memang suci hatimu 'Ammar... teguh meneruskan jihad di jalan-Nya.. Lagu yang selalu anta dendangkan ini ibarat pesanan kepada sahabatmu ini..semoga Allah memberikanmu nikmat syurga yang tiada bandingan. Semoga ruh jihadmu sentiasa tersemat di hati-hati kami untuk memastikan kelangsungan pembangunan ummah. Amiin.. (lemah jari-jemari ingin menulis lagi.... cukuplah sampai disini)

Selamat Hari Lahir Sahabatku..
Allahyarham Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli

from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com

Thursday, July 23

Persoalan... hilang fokus


ada matlamat..
ada semangat..
ada idea..
ada jalan..
ada kekuatan..
ada persediaan..

tapi adakah ianya ter arah??

Ayuh!! fokus kembali wahai diri..

Wednesday, July 22

Cikgu Ghazali telah kembali kerahmatullah

Sir Ghazali - contoh manusia yang berusaha menjadi 'hamba-Nya' hingga hujung nyawa

Sir Ghazali - contoh manusia yang berusaha menjadi 'hamba-Nya' hingga hujung nyawa

Sir Ghazali bin Omar (Guru Bahasa Inggeris SPM MATRI) telah baru saja kembali ke rahmatullah


di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis...


lebih kurang pada pukul 9.30 malam...


Al-Fatihah....



link: http://ms.langitilahi.com

from: Langit Ilahi



Sunday, July 19

Selamat Hari Lahir, Ayah


Selamat Hari Lahir yang ke-46
20 JuLAi
buat ayahku yang tercinta..
Semoga Allah merahmati dan melindungimu
dengan kasih sayang-Nya
Semoga Allah memberikan kebahagiaan
disegenap kehidupanmu
InsyaAllah..

from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com

Thursday, July 16

Berpesan-pesanlah akhi 4....


Checklist 4 today:
  1. Dah baca Al-Quran?
  2. Dah baca Al-ma'thurat?
  3. Solat Jemaah?
  4. Spent your time wisely?
Bagi yang ok, Alhamdulillah. Semoga istiqamah dan ada peningkatan.
Bagi yang kurang ok, insyaAllah tanamkan azam untuk beramal dengan lebih baik.
~amal kerana Allah~

pesanan dari sahabatku
Ahmad Nabil Mohd Jamil

Berpesan-pesanlah akhi 3...


Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi mengharumkan,
sahabat sejati pendorong impian,
sahabat yang berhati mulia membawa kita je jalan Tuhan...

pesanan dari sahabatku,
faizal

Saturday, July 11

Berpesan-pesanlah akhi 2...



mengingati TEMAN tanda PERSAHABATAN,

mengingati MATI sumber KEKUATAN IMAN,

mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN,

dan mengingati ALLAH itulah KETENANGAN...

pesanan dari sahabatku,
Atif Ghazali

Berpesan-pesanlah akhi...


Imam Syahid Hassan Al-Banna berpesan :

"Perbaikilah dirimu sendiri dan kemudian serulah orang lain kepada kebaikan"

pesanan dari sahabatku,
Atif Ghazali

Thursday, July 2

Pesankanlah padaku...


Gusar hati
untuk menempuh hebatnya
ranjau penuh duri
yang tiada batasannya
andainya mampu
ingin menjadi
seperti pemuda yang
disebut oleh
Allah yang Maha Pengasih

"...., sesungguhnya mereka
adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." (Al-Kahfi:13)

pesankanlah padaku..

Tapi hati
sentiasa berbolak balik
kadangkala kuat
dan sentiasa jua lemah
jua takut
akan firman Allah,
Tuhanku yang menceritakan

"Tuhanmulah yang melayarkan kapal-kapal dilautan untukmu, agar kamu mencari kurniaan-Nya. Sungguh, Dia Maha Penyayang terhadapmu." "Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)."
(Al-isra':66-67)

manusia yang fitrahnya
sering alpa dengan kesenangan dunia
dan hanya ingat pada tuhan-Nya
pabila ditimpa nestapa
sukar untuk bersyukur
hanya sedikit yang bersyukur
diatas nikmat yang diberikan

pesankanlah kepadaku....

dan hati menginginkan
suara-suara yang memanggil
tangan-tangan yang menolak
untuk menyusuri jalan-Mu

jika ada sekumpulan ghuraba'
yang menaiki rombongan untuk
menuju kebahagiaan hakiki
syuga firdaus
harapnya terhulurlah (peluang)
tangan-tangan mereka
kerna
diri sangat-sangat menunggu
walaupun rasa tidak layak

pesankanlah padaku...

sekiranya sedikit peluang
yang Allah beri
untuk mengikuti
kejarlah sedaya upaya
kerana sekiranya tidak melangkah
untuk mendapatkannya
takut Allah
akan memberikan peluang itu
kepada orang lain
yang mungkin tidak dikenali

pesankanlah padaku...

dan apa lagi yang di pintakan
dalam kehidupan ini
penuh dengan nikmat yang dikurniakan
dan nikmat apakah lagi yang
di inginkan untuk
dijadikan alasan untuk tidak
mengabdikan diri kepada Allah

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" "Maha suci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan"
(Ar-Rahman:77-78)

pesankanlah padaku...

sombongkah diri
sudah cukupkah diri
sempurnakah diri
untuk tidak menyahut seruan
untuk tidak mengejar gelaran
Allah yang Maha Mulia
ingin berikan

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan
untuk (kemaslahatan) manusia, kamu
MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu
MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 110)

pesankanlah padaku...

Mahu apakah lagi
nikmatnya sudah diberikan
jalan-Nya sudah dibentangkan
hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya
bukan menerima sebanyak-banyaknya

pesankanlah padaku...

kejarlah akhirat
maka dunia juga akan dapat
jika dikejar dunia sahaja
tiada apa-apa yang dibawa diakhirat

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.
Laksana anak-anak akhirat...
melihat dunia dari jendela akhirat"
~ Muhammad ‘Ammar b Zulkifli


pesankanlah padaku...
pesankanlah padaku...
pesankanlah padaku...

from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com