Followers

Saturday, August 29

MALAM KE-9: RAMADHAN BULAN ISTIMEWA


Ketika ibadah Ramadhan tahun lalu kita akhiri, salah satu harapan yang bermain dalam jiwa kita adalah keinginan untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Insya Allah, harapan itu akan dipenuhi, kerana kita berharap semoga Allah SWT benar-benar menyampaikan usia kita pada Ramadhan tahun ini. Apa keistimewaan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini?.

1. BULAN AL-QUR’AN

· Ramadhan seringkali disebut dengan Syahru Qur’an (Bulan Al-Qur’an), kerana awal diturunkannya Al-Qur’an adalah pada bulan Ramadhan.

· Dengan berpedoman pada Al-Qur’an, pasti perjalanan hidup manusia terarah kepada kebahagiaan, kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran serta keadilan.

· Realiti sekarang, kaum muslimin semakin jauh dari Al-Qur’an, bermula dari tidak mampu membacanya, jika boleh membaca tapi tidak rajin membacanya, rajin membaca tapi tidak memahaminya, memahami tapi tidak mengamalkannya atau sudah mengamalkannya tetapi hanya untuk dirinya sendiri, belum merangsang atau mengajak orang lain untuk mengamalkannya.

· Al-Qur’an berfungsi sebagai petunjuk dalam menilai sesuatu, sebagai kayu ukur, kerana Al-Qur’an berfungsi untuk membedakan antara yang haq (benar) dengan yang batil (salah).

· Allah berfirman yang ertinya: Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). (SURAH 2:185).

2. PINTU SYURGA DIBUKA, PINTU NERAKA DITUTUP.

· Bukanlah maksudnya bila datangnya Ramadhan, secara automatik kita akan masuk syurga, tapi ia boleh diraih jika kita penuhi Ramadhan dengan segala bentuk kebajikan walaupun sedikit.

· Ramadhan bertindak sebagai perangsang untuk melaksanakan segala aktiviti kebajikan dan menghantarkan kita ke pintu syurga.

· Dengan ibadah Ramadhan yang sebaik-baiknya, seorang muslim semakin kecil kemungkinan masuk ke dalam neraka. Itulah salah satu maksud pintu syurga dibuka lebar dan pintu neraka ditutup rapat dengan sebab puasa Ramadhan sebagaimana hadits Nabi SAW yang bermaksud:

Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HADITH RIWAYAT. Bukhari dan Muslim).

3. DIBELENGGU SYAITAN

· Hadits di atas juga menyebutkan bahawa syaitan-syaitan dibelenggu ketika bulan Ramadhan tiba, hal ini kerana dengan terlaksananya ibadah Ramadhan dengan sebaik-baiknya, syaitan merasa amat sukar menggoda manusia, sehingga selama Ramadhan berlalu, syaitan betul-betul merasa terbelenggu.

· Dengan demikian, sebagai muslim, kita harus meningkatkan usaha dalam membelenggu syaitan melakukan amalnya menyesatkan manusia,

· Bulan Ramadhan adalah kesempatan yang amat baik untuk melatih kekuatan rohani kita untuk menyekat ruang gerak syaitan dalam diri kita.

4. DIAMPUNI DOSA.

· Ibadah Ramadhan yang dikerjakan dengan sebaik-baiknya akan diampunkan dosa-dosa kita dimasa lalu oleh Allah SWT.

· Dosa yang kita lakukan jika dihitung terlalu banyak, dosa anak kepada orang tua, dosa orang tua kepada anak, dosa isteri kepada suami, dosa suami kepada isteri, dosa pemimpin pada rakyat, dosa rakyat pada pemimpin, dosa murid kepada guru, dosa guru kepada murid dan begitulah seterusnya. Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HADITH RIWAYAT Bukhari).

· Ambillah peluang ini kerana tahun depan kita masih belum pasti akan bertemu kembali dengan Ramadhan.

5. MEMPERKUATKAN PERISAI PERTAHANAN.

· Dalam salah satu hadits yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW menyatakan: as saumu junnatun (puasa itu adalah perisai).

· Dalam kehidupan seorang muslim, terdapat peperangan yang bergolak dalam jiwanya I di antara kebenaran dan kebatilan. Untuk menang dalam peperangan itu, seorang muslim harus memiliki perisai pertahanan yang kuat sehingga mampu menghalau segala godaan syaitan.

· Usaha memperkuatkan perisai pertahanan rohani merupakan sesuatu yang amat penting.

· Tersebar luasnya kemaksiatan dan kemungkaran, serta sukarnya memperkukuhkan kesatuan sesama muslimvadalah disebabkan lemahnya kekuatan rohani yang membolehkan syaitan menjadi begitu berkuasa atas diri kita.

6. PAHALA BESAR

· Keistimewaan yang terbesar dari bulan Ramadhan adalah ganjaran pahala yang begitu banyak kepada sesiapa saja yang melakukan kebajikan atau amal yang soleh. Hal ini akan membuatkan kita semakin terlatih atau terbiasa untuk melakukan amal-amal yang soleh.

· Sebagai satu contoh, untuk orang yang memberi makan atau minum kepada orang yang berbuka puasa, maka Allah SWT akan memberikan pahala puasa sepertimana pahala orang yang diberi makan atau minum itu tanpa mengurangi pahala orang tersebut.

Dengan itu, kehadiran Ramadhan pada tahun ini perlu kita maksimakan ubudiyah kita sebagai momentum untuk meningkatkan proses tarbiyyah (pendidikan) bagi diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah terwujudnya peribadi, keluarga dan masyarakat yang selalu berada dalam ketaqwaan kepada Allah SWT.

sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

MALAM KE-8: RAHSIA PUASA


Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Di sinilah pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahsia puasa.


Dr Yusof Al-Qordhowi dalam kitab Ibadah Fil Islam menyatakan 5 rahsia puasa :-


1. Menguatkan Jiwa

· Islam mengajak untuk mengawal hawa nafsu, bukan untuk membunuh hawa nafsu.

· Firman Allah SWT : Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (SURAH 45:23).

· Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengawal hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh darjat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala do’anya dikabulkan oleh Allah SWT.

· Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: Ada tiga golongan yang tidak ditolak do’a mereka: orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan do’a orang yang dizalimi (HADITH RIWAYAT. Tirmidzi).


2. Mendidik Kemahuan.

· Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemahuan yang bersungguh-bersungguh dalam melakukan kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh berbagai masalah.

· Puasa yang baik membuat seseorang terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar. Kerana itu, Rasulullah SAW menyatakan: Puasa itu sebahagian dari kesabaran.

· Kekuatan rohani akan membuat seseorang tidak akan lupa diri meskipun telah mencapai keberhasilan atau kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan kekuatan rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


3. Menyihatkan Badan.

· Perkara ini bukan sahaja diakui oleh Rasulullah malah diakui oleh para doktor dan pakar-pakar kesihatan dunia dan tidak perlu meragukannya lagi.

· Mereka berkesimpulan bahawa pada saat-saat tertentu, perut memang harus beristirehat dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus diistirehatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibagi menjadi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.


4. Mengenal Nilai Kenikmatan

· Ramai manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah.

· Maka dengan puasa, manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi tentang kenikmatan yang sudah diperolehnya, tapi juga disuruh merasakan secara langsung betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hal ini kerana baru beberapa jam saja kita tidak makan dan minum sudah terasa penderitaan yang kita alami, dan pada saat kita berbuka puasa, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air.

· Rasa syukur akan membuatkan nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya, Allah berfirman yang ertinya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, patii Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (SURAH 14:7).


5. Mengingati dan Merasai Penderitaan Orang Lain

· Merasai kelaparan dan kehausan juga memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasai orang lain.

· Dari sini, semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa belas kasihan kita kepada kaum muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini masih belum diatasi, seperti penderitaan saudara-saudara kita di Ambon atau Maluku, Aceh dan di pelbagai wilayah lain di Tanah Air serta yang terjadi di serata dunia seperti di Chechnya, Kosovo, Iraq, Palestin dan sebagainya.

· Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa sensitiviti itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat agar dengan demikian setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan-persoalan umat yang menderita.


Bahkan zakat itu tidak hanya bagi kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga bagi kita yang mengeluarkannya agar dengan demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan dengan harta seperti gila harta, kedekut dan sebagainya. Allah berfirman yang ertinya:

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (SURAH 9:103)

sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

Thursday, August 27

MALAM KE-7: KEUTAMAAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA

1. “Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah bersabda ketika datang bulan Ramadhan: `Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Syurga dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan-Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan ( tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).” ( HADITH RIWAYAT. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

2. “Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi SAW. Ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Syurga, dan dalam bulan ini Syaitan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejahatan berhentilah (dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus diucapkankan sampai akhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )

3. “Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda : Solat Lima waktu, Solat Jum'at sampai Solat Jum'at berikutnya, Puasa Ramadhan sampai Puasa Ramadhan (tahun) berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat antara keduanya, (dengan syarat) bila dosa-dosa besar dijauhi.”(HADITH RIWAYATMuslim)

4. “Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda: Puasa dan Qur'an itu memintakan syafa`at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. Puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya pada siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur pada malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat.” ( HADITH RIWAYAT Ahmad, Hadits Hasan).

5. “Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : bahawa sesungguhnya bagi Syurga itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat diseru : Manakah orang yang berpuasa? Selepas yang orang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.” (HADITH RIWAYAT. Bukhary Muslim).

6. Rasulullah SAW. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HADITH RIWAYAT.Bukhary Muslim).

sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

MALAM KE- 6: PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM RAMADHAN

Jika kita kembali untuk melihat sirah Rasulullah SAW kita akan dapati betapa banyaknya kejadian penting terjadi pada bulan Ramadhan, antaranya :



1. Bulan diturunkannya Al Quran. Firman Allah :


"Bulan Ramadhan iaitu bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pemisah (antara yang hak dan yang batil)." (SURAH Al Baqarah [2]:185)

Dalam tafsir Mafatihul Ghaib, berkenaan dengan ayat diatas, Ar Razi berkata : "Allah telah memuliakan bulan Ramadhan dengan menurunkan Al Quran. Kerananya, Allah SWT mengkhususkannya dengan satu ibadah yang sangat besar nilainya, yakni puasa (puasa).

Puasa adalah satu senjata yang mengungkapkan tabir-tabir yang menghalang kita manusia memandang nur Ilahi yang Maha Quddus. Al Quran adalah suatu kitab yang tiada bandingannya, pemisah yang haq dan batil, berlaku sepanjang masa, dan menjadi pengikat seluruh ummat Islam di seluruh dunia.

2. Bulan diturunkannya kitab-kitab suci lainnya. Pada bulan ini pula, Allah menurunkan kitab-kitabNya yang lain kepada para Rasul, sebagaimana diriwayatkan dalam hadits: "Shuhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada 6 Ramadhan dan Injil diturunkan pada 13 Ramadhan sedangkan Al Quran diturunkan pada 24 Ramadhan." (HADITH RIWAYAT. Ahmad)

Itulah keberkatan bulan Ramadhan, bulan turunnya ayat-ayat Qouliyyah, minhajul hayah(perlembagaan jehidupan) bagi kegunaan manusia di muka bumi, penunjuk jalan bagi orang-orang yang mahu mensucikan dirinya. Dengan itu puasa dijadikan sebagai cara menyambut ulangtahun turunnya Al-Quran seperti mana keterangan Surah Al-Baqarah ayat 185.

3. Bulan pilihan Allah bagi terjadinya perang Badr. Perang pertama yang dilakukan kaum Muslimin, di mana perang ini menjadi penentu kelangsungan perjuangan da'wah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabatnya. Perang Badr dinamakan Allah dengan sebutan "yaumul furqon" (hari pembeda antara yang haq dan batil), sebagaimana firmanNya :

"Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." SURAH Al Anfal [8]:41.

Muhammad Qutb mengatakan dalam tafsirnya bahawa perang ini dari awal hingga akhirnya adalah rencana Allah SWT yang dilaksanakan dengan pimpinan dan bantuanNya. Dalam pertempuran itu, Allah SWT memenangkan kaum Muslimin yang mempunyai anggota dan persenjataan yang sedikit, ditambah keadaan luaran kaum Muslimin lebih lemah kerana sedang berpuasa, dan perintah perang yang baru beberapa saat diterima. Namun itu bukanlah halangan untuk menang, kerana kekuatan utama kaum Muslimin adalah kekuatan ruhiyyah mereka dengan Allah SWT.

Peperangan ini membuahkan corak baru dalam sistem gerakan Islam iaitu keyakinan kepada pertolongan Allah setelah ada pengorbanan. Perang ini memperbaharui keadaan ummat Islam, setelah dengan sabar dan tabah menempuh tahap-tahap perjuangan da'wah, iaitu kedudukan mereka semakin teguh di Madinah.

4. Bulan yang dipilih bagi terbukanya kota Mekkah. Peristiwa "fathul makkah" terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan, sekitar 10000 kaum Muslim mendatangi Makkah dari segala penjuru. Pada saat itulah terjadi fenomena kemenangan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah manapun, ketika mana semua musuh, hingga para pemimpinnya menerima dan mengikuti agama pihak lawan iaitu Islam. Ini tidak terjadi melainkan dalam sejarah Islam. Kemenangan ini hakikatnya adalah kemenangan aqidah, kalimat tauhid dan bukan kemenangan individu atau balas dendam.

5. Bulan yang dipilih Allah untuk Lailatul Qadar. Dijelaskan dalam firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (SURAH Al Qadr [97]:1-5)

6. Bulan yang dipilih untuk pelaksanaan puasa dan pemindahan qiblat. Firman Allah :


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. " SURAH Al Baqarah [2] : 183.

Bersamaan dengan turunnya ayat perintah berpuasa di bulan Ramadhan, pemindahan qiblat ummat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Ini juga menjadi pembeza antara yang haq dan batil. Ia memadam kebatilan orang Yahudi yang merasa puasa dan kiblat mereka diikuti kaum Muslimin.

Dengan perintah itu, maka berbezalah kaum Muslimin dengan ahlul kitab. Berbeza pula kiblat Muslimin dengan mereka, serta puasa Muslimin dengan mereka. Kesombongan merekapun berakhir dengan barakah bulan ini.

sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

Tuesday, August 25

MALAM KE-5: (Sambungan) PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

m. Qiam Ramadhan (solat tarawih)

Di antara kegiatan ibadah Rasulullah selama bulan Ramadhan ialah ibadah qiamullai, yang kebelakangan ini lebih popular disebut sebagai solat tarawih. Baginda lakukan bersama dengan para sahabat-sahabat baginda.


Dalam situasi itu riwayat yang shohih menyebutkan bahawa Rasulullah solat tarawih dalam 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Dalam riwayat-riwayat lain, juga dari Umar ibn al Khothob RA, yang menyebutkan jumlah rakaat solat tarawikh adalah 21 atau 23 rakaat. (HADITH RIWAYAT. Abdur Razaq dan al Baihaqi).


Telah berkata Ibnu hajar al Asqolani asy Syafi'i, bahawa : Beberapa maklumat tentang jumlah rakaat tarawih itu sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing, kadang-kadang seseorang itu mampu melaksanakan solat sebanyak 11 rakaat, dan kadang-kadang 21 dan kadang-kadang 23 rakaat pula. Hal demikian itu kembali kepada semangat masing-masing. Dahulu mereka yang solat dengan 11 rakaat itu dilakukan dengan bacaan yang panjang sehingga mereka bertongkat, sementara mereka yang solat dengan 21 atau 23 rakaat membaca bacaan-bacaan yang pendek (dengan tetap memperhatikan toma'ninah solat) sehingga tidak menyulitkan.


n. Iktikaf.

Diantara amalan sunnah yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan ialah i'tikaf, yakni berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Seperti dilaporkan oleh Abu Sa'id al Khudlri RA, hal demikia pernah baginda lakukan pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Ibadah yang penting ini sering dianggap berat sehingga ditinggalkan oleh orang-orang Islam..Rasulallah tidak pernah meninggalkan ibadah i’tikaf pada bulan Ramadhan semenjak baginda datang ke Madinah sehinggalah baginda wafat.


o. Lailatul Qadr

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbit fajar
.


Dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat berkat, yang disebut sebagai Lailatul qadr, malam yang lebih berharga dari seribu bulan (SURAH. Al Qodr : 1-5). Rasululah tidak pernah lupa dan leka untuk meraih Lailatul qadr terutama pada malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan puasa (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim ). Dalam hal ini Rasulullah menyampaikan bahawa :


"Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dariNya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim).


p. Umrah

Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan juga merupakan dari sunnah nabi SAW, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah kepada seorang wanita dari Anshor bernama Ummu Sinan: " Agar apabila datang bulan Ramadhan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW. (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim)


q. Zakat Fitrah

Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amalan yang disuruh oleh Rasulullah SAW ialah membayarkan zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Zakat fitrah ini juga berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk pelaku puasa dan untuk membantu kaum fakir miskin. (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ibnu Majah)


Ramadhan bulan taubat menuju fitrah

Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat manusia kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahawa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka (HADITH RIWAYAT. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Kerana inilah satu kesempatan emas agar umat manusia dapat kembali, bertaubat agar ketika mereka selesai melaksanakan ibadah puasa mereka benar-benar kembali kepada fitrahnya.


Demikianlah sebahagian amalan Ramadhan yang mudah dan boleh dilakukan oleh setiap Muslim. Dengan demikian Ramadhan juga mendedahkan salah satu prinsip Islam iaitu kesederhanaan ajarannya. Ramadhan sememangnya bulan yang penuh kebaikan, sehingga Rasulullah pernah bersabda ; "Apabila orang-orang mengetahui nilai besar Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan". (HADITH RIWAYAT. Ibnu Huzaimah). Semoga Allah menerima amalan puasa dan qiam kita sekalian, amin.

sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

Monday, August 24

Bintang bola sepak turut berpuasa

KANOUTE

REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid.

Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.

Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan.

KARIM

Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.

"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu.

"Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan.

"Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Agensi

sumber:
kosmo 25 Ogos 2009

Coretan Menarik Di Bulan Ramadhan

Sila klik pada link di bawah ini untuk baca:

Gurauan atau Teguran? - Ummu Anas

Rayuan Ramadhan - Cikgu Azmi Bahari

10 Fakta Dan Auta Berkaitan Puasa Yang Perlu Anda Tahu - Hasan Firdaus

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Ummu 'Ammar

Sunday, August 23

MALAM KE-4: (Sambungan) PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

h. Tilawah (membaca) al Qur'an
Ramadhan adalah bulan diturunkannya al Qur'an.

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh.

Pada bulan ini Malaikat Jibril pernah turun dan membaca al-Qur'an dengan Rasulullah SAW (HADITH RIWAYAT. Bukhori). Maka tidak anih kalau Rasulullah SAW (yang selalu membaca al Qur'an disepanjang tahun itu) lebih sering membaca pada bulan Ramadhan.

Imam az Zuhdi pernah berkata : " Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al Qur'an". Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid dan tujuan dasar diturunkannya al Qur'an untuk ditadabbur(ditatapi dengan serius), difahami dan diamalkan. SURAH. Shod: 29 berbunyi:

Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu dengan penuh dengan keberkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.

i. Memberikan makanan dan sadaqah.
Salah satu amalan Ramadhan Rasulullah ialah memberikan makan kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti sabda baginda : "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut " (HADITH RIWAYAT. Turmudzi dan an Nasa'i).

Hal memberi makan dan sedekah selama bulan Ramadhan ini bukan hanya untuk keperluan berbuka malahan juga untuk segala kebajikan. Rasulullah yang terkenal sebagai dermawan dan penuh prihatin terhadap nasib umat, pada bulan Ramadhan sifat dermawannya lebih menonjol hingga dimisalkan sebagai " lebih cepat dari angin " (HADITH RIWAYAT Bukhori ).

j. Mengambil perhatian tentang kesihatan.
Rasulullah mementingkan kesihatan para umatnya. Hal ini dilihat dari beberapa peristiwa dibawah ini:
i. Membersihkan gigi dengan kayu siwak (berus gigi). (HADITH RIWAYAT. Bukhori dan Abu Daud).
ii. Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Abdullah ibnu Mas'ud RA, agar memulakan puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang sedih. ( HADITH RIWAYAT. AL Haitsami)

k. Mengambil berat tentang hak-hak keluarga
Sekalipun puasa adalah ibadah yang khusus diperuntukkan hanyasanya kepada Allah, dan juga juga mempunyai nilai khusus dihadapan Allah, namun puasa menjadi dengan lebih sempurna, jika tidak mengabaikan hak-hak keluarga. Seperti yang diriwayatkan oleh isteri-isteri baginda, Aisyah dan Ummu Salamah RA, Rasulullah tokoh yang paling baik untuk keluarga, selama bulan Ramadhan baginda selalu memenuhi hak-hak keluarga baginda. Bahkan ketika Rasulullah berada dalam puncak i'tikaf, hak keluarga tetap terjaga.

L. Memperhatikan aktiviti da'wah dan masyarakat
Rasulullah SAW menjadikan bulan puasa sebagai bulan penuh amal soleh. Selain amalan soleh yang telah disebutkan, baginda juga aktif melakukan da'wah, bergaul bersama masyarakat, bermusafir dan berjihad.

Dalam sembilan kali Ramadhan yang pernah beliau alami, beliau telah melakukan perjalanan ke Badr (tahun 2 H), Mekah ( tahun 8 H), dan ke Tabuk (tahun 9 H), mengirimkan 6 sariyah (pasukan jihad yang tidak secara langsung beliau ikuti/pimpin), melaksanakan perkahwinan puterinya Fatimah dengan Ali RA, beliau berkeluarga dengan Hafshoh dan Zainab RA, meruntuhkan berhala-berhala Arab seperti Lata, Manat dan Suwa', dan meruntuhkan masjid adh-Dhiror

MALAM KE-3: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu :


Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr)



Ramadhan juga merupakan bulan latihan bagi peningkatan kualiti peribadi seorang mulim. Hal ini dilihat pada tujuan puasa yakni agar manusia selalu dapat meningkatkan nilainya di hadapan Allah SWT dengan bertaqwa, disamping melaksanakan amalan-amalan soleh(baik) yang ada pada bulan Ramadhan. Antara amalan-amalan Ramadhan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW baik itu amalan ibadah mahupun amalan kemasyarakatan adalah sebagai berikut:


Amal terpenting selama bulan Ramadhan sudah tentu adalah shiyam (puasa), sebagaimana termaktub dalam firman Allah pada surat al Baqarah : 183-187. Dan antara amalan puasa Ramadhan yang diajarkan oleh Rasulullah ialah :


a. Mempunyai kefahaman yamg jelas tentang matlamat puasa dan menjaga adab-adabnyanya. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui adab-adabnyanya dan memperhatikan apa yang semestinya diperhatikan, maka hal itu akan menjadi pelebur dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya" (HADITH RIWAYAT. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi).


b. Tidak meninggalkan puasa, walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari'at Islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa : "Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshoh(keringanan yag dibenarkan syari’at) atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa sepanjang hidupnya." (HADITH RIWAYAT At Tirmizi).


c. Menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi atau bahkan menggugurkan nilai puasa. Rasulullah SAW pernah bersabda : " Bukanlah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan pekerti sia-sia (tak bernilai) dan kata-kata bohong" (HADITH RIWAYAT Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah juga pernah bersabda bahawa : " Barangsiapa yang selama berpuasa tidak meninggalkan kata-kata bohong bahkan melakukannya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, iaitu sekadar meninggalkan makan dan minum " (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim).


d. Bersungguh - sungguh melakukan puasa dengan menepati aturan-aturannya. Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan " (HADITH RIWAYAT. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).


e. Bersahur, makanan yang berkat (al ghiza’ al mubarok ). Dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda bahawa : " Sahur itu merupakan suatu keberkatan, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang bersahur" (HADITH RIWAYAT. Ahmad). Dan disunnahkan mengakhirkan waktu makan sahur .


f. Berbuka puasa. Rasululah pernah menyampaikan bahawa salah satu tanda kebaikan umat dengan mendahulukan berbuka (berbuka puasa) dan mengakhirkan sahur. Dalam hal berbuka puasa ini, Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa : " Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya, ialah mereka yang bersegera berbuka puasa. " (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Tirmidzi). Bahkan beliau mendahulukan berbuka walaupun hanya dengan ruthob (kurma separuh masak), atau tamr (kurma) atau air saja " (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ahmad).


g. Berdo'a. Rasulallah SAW bersabda: " Ada tiga kelompok manusia yang do'anya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah do'a orang-rang yang berpuasa sehingga mereka berbuka" (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Turmudzi).


sumber:

Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah