Followers

Thursday, May 13

Peringatan untuk Hati


Dari Abu Idris al-Khawlani rahimahullah, katanya: "Saya memasuki masjid Damsyik, tiba-tiba di situ ada seporang pemuda yang bercahaya giginya - yakni suka sekali tersenyum - dan sekalian manusia besertanya. Jikalau orang-orang berselisih mengenai suatu hal, mereka lalu menyerahkan persoalan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan uraian dari pendapatnya, kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan: "Ini adalah Mu'az bin Jabal. Setelah hari esoknya, saya datang pagi-pagi sekali, lalu saya dapati Mu'az sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia selesai menyelesaikan solatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah mukanya, dan berkata: "Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah." Ia berkata: "Kerana Allahkah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Ia berkata: "Kerana Allah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Mu'az lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata: "Bergembiralah engkau, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman - dalam hadis qudsi: "Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang yang saling cinta-mencinta kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling ziarah-menziarah kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku."

-Hadis shahih diriwayatkan oleh Imam Malik dalm Almuwaththa' dgn sanad yang shahih.-

2 comments:

najihah said...

syukran alaik atas perkongsian..

menarik..

;)

Bulan Subuh said...

afwan..

terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini..
smoga mendapat sdikit manfaat. :-)