Followers

Tuesday, May 11

Cuti

image from~stillloan.com

Merancang perkara apa yang patut diisikan pada waktu cuti semestar antara awal bulan Mei hingga bulan Jun. Hmmm.. sudah buat perangkaan perkara-perkara yang insyaAllah akan diisikan antaranya kerja sambilan, program remaja, kenduri kahwin sahabat-sahabat, bersua dengan sahabat sudah lama tidak ketemu, LL4G, reunion dan ziarah.

Bekerja Sambilan

Tadi emak ada bagi sms, "Abang, ada tak kawan abang yang nak kerja buat air kat kedai ayah, ada kerja kosong. Amin (pekerja lama) dah berhenti. Kalau tak abang jelah kerja tempat ayah. bolehkan?. Kerja dari pukul 4.30 petang hingga 11.00 malam."

Sebenarnya ok je kalau nak kerja buat air, tak susah pun. Rasa macam nak try juga kerja buat air. Kalau orang marah sebab tak sedap memang perkara biasa. Buatlah lain. Benda boleh belajar. Tapi tak tahu lagi keputusannya antara nak kerja dengan tak kerja. Kalau ada sahabat-sahabat yang di luar sana nak try kerja di kedai ayah boleh hubungi saya.

Program Remaja

Program Remaja atau lebih dikenali sebagai Kem Minda Kreatif Johor akan diadakan pada cuti sekolah akan datang. Antara 5 hinggga 20 Jun. Sekarang memang free untuk merancang membuat program untuk pelajar sekolah menengah. Inilah antara perkara yang selalu saya masukkan dalam aktiviti cuti semestar sebab banyak manfaatnya. kita boleh aplikasikan apa yang kita faham tentang cara hidup islam kepada adik-adik. Walaupun taikh Kem tu akan bertindih dengan majlis perkahwinan sahabat saya, InsyaAllah cuba mencari ruang-ruang lain yang boleh digunakan.

Majlis Perkahwinan Sahabat

Majlis ini saya perlu hadiri kerana yang pertama dia sahabat saya. Yang kedua, dia lelaki batch kami yang pertama berkahwin. Namanya Umar Afifi. Dia sudah bernikah bulan 3 yang lepas di Perak. Ini majlis kenduri kahwinnya di Johor pula bertarikh 29hb Mei. Selang seminggu selepas itu sahabat serumah saya pula berkahwin iaitu saudara Zakiran Mahmud bertarikh 5hb Jun di Gombak. Oleh sebab itu, dua tarikh ini sudah fix dan tidak boleh diganggu. selepas tarikh itu insyaAllah ada banyak masa lagi yang boleh diisikan.

Bersua

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya" - Imam Al Ghazali

Rindu rasanya pada sahabat-sahabat di kejauhan. Sahabat-sahabat saya akan pulang dari luar negara untuk bercuti mahupun di dalam negara. Antaranya Abdul Salam (tak pasti tarikh), Hilal Asyraf (5 Jun) , Syed Ahmad Fathi (29 Jun). Ada juga dengar khabar bahawa ada lagi sahabat-sahabat yang akan pulang tetapi samar-samar. Dapat jumpa sekejap pun dah ok kan. Nak tengok perubahan dan berkongsi pengalaman.

Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat lain yang jauh di mata tapi dekat di hati, semua kawan-kawan sekolah rendah (SKST), sekolah menengah (MATRI), Alumni Student Diploma of Civil Engineering UiTM Arau dan lain-lain. Harap cuti kali ini dapat berjumpa dengan kalian.

LL4G

Life Line 4 Gaza. Selepas PPP ( Perhimpunan Perdana Palestin ) haritu bukan bererti tamatnya kempen menorobos tembok kematian atau berakhirnya kutipan dana untuk Palestin. Tetapi ia perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Memang nak join kalau ada sahabat-sahabat yang nak buat Tour atau kutipan-kutipan ke sekolah atau kompleks membeli belah atau dimana-mana sahaja untuk Palestin.

Reunion

Cuti kali ini sememangnya padat dengan aktiviti-aktiviti. Sudah ramai yang bertanyakan bilakah akan diadakan reunion untuk batch 11 spm'05 MATRI. Haritu saudara Nabil Jamil ada cadangkan, kalaupun kita tak dapat nak kumpul semua, kita boleh kumpul wilayah tengah sahaja atau kumpul sedikit orang dulu untuk buat reunion ni. maknanya ia tidaklah suatu yang membebankan untuk mengumpul semua sahabat batch. Sebab memang sekarang semua dah start busy kan. Cuti tak sama, ada yang dah bekerja, ada yang still tengah exam dll. Tapi tak mengapa, insyaAllah kita akan berkumpul di Majlis kenduri kahwin saudara Umar Afifi dan Zakiran. Sama-sama kita raikan mereka.

Ziarah

Dah lama tak ziarah ke MATRI selepas 8 tahun bermustautin di Perlis. Rindu rasanya pada Murabbi-murabbiku, Staf, sahabat-sahabat, adik-adik serta tempat-tempat dan bangunan-bangunan yang mengembalikan memori indah selama saya di MATRI. Berusaha mencari masa untuk berkunjung ke sana. Semoga Allah memberikan ruang untuk ziarah ke sana.

Kesimpulan

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” Surah Al-‘asr ayat 1-2.

Akhirnya, semoga cuti semestar kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. harapan mudah-mudahan apa yang dirancang menjadi kenyataan. Sememangnya perancangan Allah lah yang terbaik. Dan kita juga harus berusaha untuk merancang dan semoga apa yang kita lakukan sentiasa dalam redha-Nya.

Merancang Kerja

Album :
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira

Puncak mana yang mahu didaki
Lurah mana yang mahu dituruni
Semuanya telah pun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya

Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
Berjuanglah dalam satu barisan
Umpama batu teratur menjulang ke awan
Itulah tunggak dalam merancang

sumber:
http://www.liriknasyid.com
http://ms.langitilahi.com
http://ukurkira.blogspot.com
http://www.lifeline4gaza.org/

7 comments:

Nabil MJ said...

to adam:

Bagus nta ada perancangan.Masa lapang sebelum masa sibuk.

Reunion?hehe..Kenduri abg Umar n Kire ana tak pasti dapat hadir or tak lagi.(walaupun umar suruh ana jadi pengapit dia.malu la ana.x pasa-pasal ana lagi hensem dari dia pulak.tak ke susah?hehe)

'Imran insya Allah balik bulan 8 ni.Faiz Sabri ana tak pasti.Rasanya tak balik.Nanti ana roger dia semula,Insya Allah.

Bulan Subuh said...

to nabil:

ana just wat perancangan je.. insyaAllah segalanya Allah yg tentukan.

Kalau boleh dtglah. klu dah xboleh sgt nk wat cmne kn, Allah xizin.. insyaAllah..klu nta hensem dari abg umar pn kami ttp rai abg umar bukan nta..hihi :-)

yunus pn bgtau nk balik atr bulan 7 @ 8. Nnt die inform lain. die ckp nk wat reunion kt kebun die mase musim buah cempedak..hihi.
Nnt kite roger lain k, insyaAllah :-)

Nabil MJ said...

to adam:

Ntum x mau rai ana yang datang jauh2 dari utara semenanjung ke?Ish! ana pun dah macam malsa nak pi kalau mcm ni la layanan shbt2 selatan.hehe

Aa..Yunus pun ada habaq mcm tu.

Hafiz Zainol Abidin pun dengaq kata dah balik malaysia time tu. (hehe.budget dia pi Saudi lama2)

Bulan Subuh said...

to nabil:

ala...dah besar2 pn nk merajuk. Kitorg xdela smp xlyn nta, cuma kne rai lebih raja sehari kita tu..hihi.

tak lame lg nta pulak ke oversea. makin ramaila yg dok dikejauhan. ana pn nk g oversea jugakla klu cmtu...hihi.

Nabil MJ said...

to adam:

ana x merajuk la..I'm 22 now and I should behave like a 22 old guy.Matured and professional.No emotional attachment.

U got it right.Umar yang patut di rai.

Celah mana pulak ana nak ke oversea pulak ni?Who made such a hot gossip ni?Ish3..

Hanif Ismail said...

bagus Adam...perancangan yang baik...ana pun masih duk pikir ape nak buat cti niehh..(^.^)

Bulan Subuh said...

InsyaAllah nta pun boleh buat.. rancang dengan kemampuan dan kekuatan diri. Maybe nta sudah merangka perancangan di minda tetapi tidak diluahkan dlm penulisan. Rancang sikit2 dlu.. InshaAllah, Mudah2an Allah bantu permudahkan urusan nta Hanif..