image from~stillloan.com Merancang perkara apa yang patut diisikan pada waktu cuti semestar antara awal bulan Mei hingga bulan Jun. Hmmm.. sudah buat perangkaan perkara-perkara yang insyaAllah akan diisikan antaranya kerja sambilan, program remaja, kenduri kahwin sahabat-sahabat, bersua dengan sahabat sudah lama tidak ketemu, LL4G, reunion dan ziarah.
Bekerja Sambilan
Tadi emak ada bagi sms, "Abang, ada tak kawan abang yang nak kerja buat air kat kedai ayah, ada kerja kosong. Amin (pekerja lama) dah berhenti. Kalau tak abang jelah kerja tempat ayah. bolehkan?. Kerja dari pukul 4.30 petang hingga 11.00 malam."
Sebenarnya ok je kalau nak kerja buat air, tak susah pun. Rasa macam nak
try juga kerja buat air. Kalau orang marah sebab tak sedap memang perkara biasa. Buatlah lain. Benda boleh belajar. Tapi tak tahu lagi keputusannya antara nak kerja dengan tak kerja. Kalau ada sahabat-sahabat yang di luar sana nak
try kerja di kedai ayah boleh hubungi saya.
Program RemajaProgram Remaja atau lebih dikenali sebagai Kem Minda Kreatif Johor akan diadakan pada cuti sekolah akan datang. Antara 5 hinggga 20 Jun. Sekarang memang free untuk merancang membuat program untuk pelajar sekolah menengah. Inilah antara perkara yang selalu saya masukkan dalam aktiviti cuti semestar sebab banyak manfaatnya. kita boleh aplikasikan apa yang kita faham tentang cara hidup islam kepada adik-adik. Walaupun taikh Kem tu akan bertindih dengan majlis perkahwinan sahabat saya, InsyaAllah cuba mencari ruang-ruang lain yang boleh digunakan.
Majlis Perkahwinan SahabatMajlis ini saya perlu hadiri kerana yang pertama dia sahabat saya. Yang kedua, dia lelaki batch kami yang pertama berkahwin. Namanya Umar Afifi. Dia sudah bernikah bulan 3 yang lepas di Perak. Ini majlis kenduri kahwinnya di Johor pula bertarikh 29hb Mei. Selang seminggu selepas itu sahabat serumah saya pula berkahwin iaitu saudara Zakiran Mahmud bertarikh 5hb Jun di Gombak. Oleh sebab itu, dua tarikh ini sudah
fix dan tidak boleh diganggu. selepas tarikh itu insyaAllah ada banyak masa lagi yang boleh diisikan.
Bersua"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan,tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya" - Imam Al Ghazali
Rindu rasanya pada sahabat-sahabat di kejauhan. Sahabat-sahabat saya akan pulang dari luar negara untuk bercuti mahupun di dalam negara. Antaranya Abdul Salam (tak pasti tarikh), Hilal Asyraf (5 Jun) , Syed Ahmad Fathi (29 Jun). Ada juga dengar khabar bahawa ada lagi sahabat-sahabat yang akan pulang tetapi samar-samar. Dapat jumpa sekejap pun dah ok kan. Nak tengok perubahan dan berkongsi pengalaman.
Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat lain yang jauh di mata tapi dekat di hati, semua kawan-kawan sekolah rendah (SKST), sekolah menengah (MATRI),
Alumni Student Diploma of Civil Engineering UiTM Arau dan lain-lain. Harap cuti kali ini dapat berjumpa dengan kalian.
LL4GLife Line 4 Gaza. Selepas PPP ( Perhimpunan Perdana Palestin ) haritu bukan bererti tamatnya kempen menorobos tembok kematian atau berakhirnya kutipan dana untuk Palestin. Tetapi ia perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Memang nak
join kalau ada sahabat-sahabat yang nak buat
Tour atau kutipan-kutipan ke sekolah atau kompleks membeli belah atau dimana-mana sahaja untuk Palestin.
ReunionCuti kali ini sememangnya padat dengan aktiviti-aktiviti. Sudah ramai yang bertanyakan bilakah akan diadakan reunion untuk batch 11 spm'05 MATRI. Haritu saudara Nabil Jamil ada cadangkan, kalaupun kita tak dapat nak kumpul semua, kita boleh kumpul wilayah tengah sahaja atau kumpul sedikit orang dulu untuk buat reunion ni. maknanya ia tidaklah suatu yang membebankan untuk mengumpul semua sahabat batch. Sebab memang sekarang semua dah
start busy kan. Cuti tak sama, ada yang dah bekerja, ada yang
still tengah
exam dll. Tapi tak mengapa, insyaAllah kita akan berkumpul di Majlis kenduri kahwin saudara Umar Afifi dan Zakiran. Sama-sama kita raikan mereka.
ZiarahDah lama tak ziarah ke MATRI selepas 8 tahun bermustautin di Perlis. Rindu rasanya pada Murabbi-murabbiku, Staf, sahabat-sahabat, adik-adik serta tempat-tempat dan bangunan-bangunan yang mengembalikan memori indah selama saya di MATRI. Berusaha mencari masa untuk berkunjung ke sana. Semoga Allah memberikan ruang untuk ziarah ke sana.
Kesimpulan“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” Surah Al-‘asr ayat 1-2.
Akhirnya, semoga cuti semestar kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. harapan mudah-mudahan apa yang dirancang menjadi kenyataan. Sememangnya perancangan Allah lah yang terbaik. Dan kita juga harus berusaha untuk merancang dan semoga apa yang kita lakukan sentiasa dalam redha-Nya.
Merancang Kerja
Album :
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com
Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan
Perancangan perlu diperhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira
Puncak mana yang mahu didaki
Lurah mana yang mahu dituruni
Semuanya telah pun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya
Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
Berjuanglah dalam satu barisan
Umpama batu teratur menjulang ke awan
Itulah tunggak dalam merancang
sumber:
http://www.liriknasyid.comhttp://ms.langitilahi.comhttp://ukurkira.blogspot.comhttp://www.lifeline4gaza.org/