Followers

Wednesday, May 13

Kerana dirimu begitu berharga



Sedang asyik termenung, teringat pulak tentang iklan pencuci muka ape ntah.. loreal kot. Duta iklan tu promote pencuci muka tu perempuan, dia cakap kat penghujung iklan tu camni,

" Kerana Dirimu begitu berharga ".

So, saya kat sini ingin berkongsi sedikit pandangan dengan pembaca sekalian tentang kata-kata ini. Adakah kita merasakan diri kita begitu berharga? Mesti ramai yang jawab ya kan. Tapi sejauh mana kita menghargai diri kita atau orang kata melindungi diri kita daripada menjadi tidak berharga (atau dalam bahasa kasarnye 'tak ada harga diri'). Maaf kalau bahasa yang saya gunakan terlalu kasar.

Dalam iklan tersebut dia menunjukkan rambutnya, pakaian yg menjolok mata(merupakan aurat) kt dalam bilik mandi tp just nk cuci muke dia je kn. lepas tu dia cakap, "kerana dirimu begitu berharga. Seolah2 mengajak orang ramai mencuci muka untuk ditunjukkan kepada org ramai bahawa muka mereka lawa dan menunjukkan bahawa sangat menghargai diri mereka dengan berbuat demikian.Mari kita sama2 berfikir adakah perkara tersebut membuka sedikit fikiran saudar saudari tentang harga diri. Mungkinlah, kalau orang yg faham dia akan kata bahawa, tidak relevan duta pencuci tersebut berkata begitu sedangkan dia membuka aurat ataupun tidak menjaga harga diri. adakah tindakan tersebut membuatkan dia rasa lebih berharga???

Mungkin perkara ni remeh. dalam post ni bukan saya nk salahkan iklan tersebut. saya cuma ingin mengajak yang lelaki mahupun yang perempuan berfikir, apakah yang kita lakukan untuk menjaga harga diri?

Apakah kita:
1. Menjaga aurat kita?
2. Menjaga hubungan kita?
3. Menjaga Ibadah kita?
4. Menjaga tubuh badan kita?
5. Menjalankan mas'uliah/ tanggungjawab kita?

Adakah kita melakukan semua itu agar kita mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T?. Ataupun kita melakukan perkara sebaliknya untuk mendapatkan nilaian manusia yang acapkali menipu.

Kadangkala saya hairan juga pada dunia hari ini...contohnya dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan, sebelah pihak akan merasa dihargai dan dihormati sekiranya diberikan hadiah, atau kata-kata cinta, ambil berat dan sebagainya. Dalam perspektif islam, kita dilarang sama sekali berbuat demikian kerana bukan muhrim kan? So, masih lagi merasakan diri dihargai atau disayangi sekiranya kekasih berbuat demikian??

So, marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita.. mungkin ianya merupakan kelemahan ataupun ada antara kita yang belum tahu atau faham tentang hubungan yang diredhai Allah. Saya juga ada melakukan kesalahan kerana mungkin masa itu hati terlalu asyik dengan hasutan nafsu, syaitan dan dunia.

Kita tidak perlu merasakan diri kita tidak dihargai sekiranya:

lelaki dan perempuan>
menjaga aurat
(kadang2 manusia membuka aurat untuk ambil perhatian umum kan)

Kalau ayah, ibu, adik-beradik,teman>
menyuruh kita menutup aurat
menyuruh kita perlahankan suara(bagi perempuan)
menyuruh kita menjaga hubungan dengan org bukan muhrim
Jangan keluar malam
menjaga tingkah-laku

kalau kekasih>
tidak mahu berjumpa
tidak mahu bersms
tidak mahu bercakap
tidak mahu memberikan hadiah
tidak mahu mengambil berat
tidak mahu mengeluarkan ayat-ayat cinta

kerana orang itulah yang sebenarnya membuatkan anda begitu berharga.

begitulah yang saya maksudkan. Kadangkala kita tersalah tafsir bahawa orang yang sebenarnya ingin menjaga harga diri kita adalah orang yang menyuruh kepada makruf dan orang yang mencalarkan atau menjatuhkan harga diri kita sebenarnya yang mengajak kepada munkar. Sebagai perumpamaan seperti penjual barang yang dijual dikedai, biasanya kita akan memilih atau membeli barang yang dibungkus elok, di letakkan ditempat yang elok, dan di jaga rapi. Penjual itulah yang kita lihat menjaga kualiti barang terbut kan?. kita tentunya tidak akan memilih barang yang tidak dibungkus, yang berhabuk atau comot. Penjual barang yang buruk tersebut sudah tentu orang yang tidak bertanggungjawab kan?haaa... begitu juga dengan diri kita, kita perlu menjaga aurat kita, suara, pakaian, tingkah laku, hubungan kita yang membuatkan diri kita begitu berharga disisi Allah dan disisi manusia. InsyaAllah.

Maaf sekiranya objektif yang sebenar-benarnya yang ingin saya sampaikan tidak kesampaian pada fahaman sidang pembaca sekalian. Yang lemah itu datang dari kelemahan diri saya sendiri dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan ingatlah bahawa

"Kerana dirimu begitu berharga"



from: Adka_rika
http://bulansubuh.blogspot.com

2 comments:

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
Humayra' said...

a good insight indeed..
masalahnya sekarang, manusia suka menilai sesuatu itu dari nilaian orang lain, nilaian "kebiasaan" dan nilaian barat. Hingga mereka lupa nilaian yg hakiki adalah nilai yg dilihat oleh Ilahi, nilai dr kacamata syara'. Kerana nilai inilah yg akan kita bawa bersama hingga ke negeri abadi...

"if u try to please men, it is almost impossible to do so. but if u try to please Allah, u'll find that men will also be pleased with u..."