Followers

Wednesday, May 13

PBSM MATRI Wakili Perlis Ke Kejohanan Kawad Kaki Kebangsaan 2009


PASUKAN KAWAD KAKI bersiap sedia dalam perbarisan.

Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan menyaksikan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) MATRI dipilih mewakili perlis di Melaka.

Pertandingan tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang mengadakan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Kebangsaan ini pada 13 hingga 16 mei 2009 berlangsung di MITC Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pada pertandingan yang akan berlangsung, MATRI dipilih mewakili Perlis setelah memenangi pertandingan tersebut di peringkat Negeri di Stadium Utama Kangar baru-baru ini.

Penasihat badan beruniform tersebut, Ustaz Shaari Awang berkata, pertandingan ini membuktikan bahawa sekolah agama bukan bantuan kerajaan juga mampu bersaing ke peringkat tinggi seperti ini.

"Ini merupakan kejayaan kita dalam membawa masej Islam ke dalam masyarakat," katanya.

Tambah beliau, "kejohanan yang akan kita sertai ini merupakan penyertaan ke dua selama 2 tahun berturut-turut."

Pada kejohanan peringkat Kebangsaan pada tahun lepas menyaksikan MATRI menduduki tempat ke 3 di Stadium Bukit Jalil.


From: http://www.matri.edu.my

2 comments:

miss GAZA said...

moga najah ya barisan "pengawad"!
:]

Fatimah Azahra said...

insyAllah,
matri adalah yg terbaik..
(: