Followers

Wednesday, December 24

Khabar dari Teluk Gorek, Mersing

Khabar dari Teluk Gorek, Mersing.

Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas, Haluan Johor telah mengadakan Hari Keluarga Haluan di Teluk Gorek, Mersing. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli-ahli haluan dan mengisi masa cuti ini dengan program yang bermanfaat seterusnya memenuhi tuntutan islam dalam kepentingan mengadakan rehlah antara ahli-ahli jemaah selain mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Program ini terdiri daripada ahli-ahli Haluan Johor. Seramai lebih kurang 25 keluarga yang hadir bagi menjayakan program ini.
Kebanyakan keluarga sampai di lokasi tepat jam 2.30 petang. Setiba mereka di lokasi, mereka di minta untuk mendaftarkan ahli keluarga masing-masing.
















Program diteruskan dengan taklimat program oleh kem komander iaitu Encik Misnan dan dipengerusikan oleh Encik Zainordin. Selepas itu semua keluarga dihidangkan dengan makanan tengah hari hasil kumpulan makanan yang dibawa oleh setiap keluarga dari rumah masing-masing. Semua ahli Haluan Johor di berikan kemudahan penginapan di chalet yang disediakan. Lelaki diberikan sebuah chalet dan perempuan disediakn 3 buah chalet. Bagi yang lelaki yang tidak mendapat tempat di chalet telah disediakan khemah yang didirikan oleh ahli-ahli Haluan sendiri.

Pada sebelah petang, Haluan telah mengadakan perlawanan bola sepak pantai bagi lelaki dan bila jaring bagi wanita. Bagi bola sepak pantai, acara ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Kadir dan dilangsungkan secara liga. Pemenang liga ini akan melawan pasukan veteran Haluan. Sebanyak 4 pasukan yang menyertai terdiri dari pemuda dan remaja Haluan. Johan bagi acara ini di menangi oleh pasukan yang diketuai oleh saudara Suheil Rubani dan naib johan dimenangi oleh pasukan yang diketuai oleh saudara muaz eswan.

Selesai acara sukan, semua ahli Haluan menjalankan aktiviti bebas iaitu mandi laut. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan di laut contohnya main polo air, belajar berenang yang dikendalikan oleh Cikgu Razak, anak-anak yang mencari siput di pantai dan macam-macam lagi. Selapas itu, aktiviti diteruskan dengan sesi mengemas diri dan makan malam.

Pada malamnya, selesai solah maghrib pembacaan Al-Ma'thurat di lakukan dan teruskan dengan tazkirah oleh Encik Misnan. Selepas itu, program diteruskan dengan acara 'Rantaian Ukhwah'. Aktiviti Rantaian Ukhwah ialah setiap keluarga diminta untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Tujuan aktiviti ini adalah untuk bertaaruf atau mengenali dengan lebih rapat lagi antara ahli-ahli Haluan. Tamat aktiviti tersebut semua keluara dihidangkan dengan minum malam dan buah-buahan seterusnya dijalankan aktiviti kumpul daya iaitu tidur dan memancing pada waktu malam. Pemuda-pemuda haluan telah ditugaskan untuk melakukan katibah pada malam tersebut.
























Keesokan harinya, selesai solah subuh berjamaah semua dihidangkan dengan makanan rohani iaitu tazkirah oleh Encik Khalik. Selesai kuliah pagi, Semua ahli beriadhah. Aktivit riadhah ini diketuai oleh Pak Yaasin dan diasingkan dengan perempuan yang diketuai oleh pihak perempuan. Aktiviti riadhah pagi ini terdapat beberapa acara, dimulakan dengan regangan otot diteruskan dengan beberapa permainan yang menyeronokkan. Aktiviti diteruskan dengan perlawanan bola jaring lelaki yang diubahsuai peraturannya. Perlawanan ini adalah perlawanan antara veteran haluan dan anak-anak haluan. Selesai aktiviti riadhah pagi semua bersarapan.















Selepas itu, Acara sukaneka anak-anak Haluan diadakan. Acara ini dikendalikan oleh pemuda dan remaja Haluan yang diketuai oleh Encik Misnan. Selesai aktiviti tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua anak-anak Haluan. Program diteruskan lagi dengan acara bebas dan diakhiri dengan mengemas tapak khemah dan tempat penginapan. Seterusnya semua ahli haluan menikmati hidangan makan tengahari dan disusuli dengan perasmian penutup program Hari Keluarga Haluan 2008. Program selesai dan majlis bersurai pada jam 2 petang. Semoga program yang dijalankan mendapat keberkatan dan menjadi amal yang diredhai oleh Allah s.w.t.

1 comment:

Humayra' said...

salam ziarah..
best nye.. dpt join prog ni. ana xdpt. family ade keje plak time tu. thanks kongsi kt sini pengalaman n aktiviti kt sana...