Followers

Saturday, December 20

Diari - Perlu ke bersembang dgn Wanita??



Perlu ke bersembang??

Mungkin kita semua sedia maklum bahawa hidup dalam suasana Universiti ni perlu ada skill komunikasi yang baik antara masyarakat setempat untuk mendapatkan kemudahan. Tapi adakah perlu antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu bersembang? ada kepentingan? atau untuk seronok-seronok?

Ana tidak mahu menyalahkan sesiapa, cuma inginkan pendapat daripada pembaca apakah kepentingan bagi seorang lelaki itu bersembang dengan seorang perempuan ( bukan muhrim ) dalam situasi belajar di Universiti?
Ana sebenarnya ada terkesan kelemahan dalam diri ana ni masalah untuk berkomunikasi dengan perempuan.

mana taknye..
dalam kelas bile die tanye sepatah..ana jawab sepatah
bile start nk sembang rase macam tertinggi suarala pulak
dahla tak pandai nak berbunga-bunga ( perlu ke? )
tengok muke diorang macam tak suke je..
tak retila nak bersembang macamane..
rase macam susah nak bersembang dengan perempuan..
tu yang jadi pendiam kalau masa perempuan ramai dalam kelas.

kata orang kalau nak bersembang dengan perempuan kene lemah lembut..senyum slalu.
tapi bg ana susah sket..

tapi perlu ke?
kalau nak minta bantuan.. ana lebih suka minta bantuan kat lelaki..
tak paham psl pelajaran.. ada kawan lelaki yang hebat-hebat..
nak pinjam alat tulis.. member lelaki ade..
nak bersembang.. lelaki ramai lg..
memang kalau bersembang ngn budak-budak lelaki dalam kelas
ana lah yang paling bising..hihi

tapi kalau tetibe je ditakdirkan kene group ngn perempuan dalam projek
atau training..haa? nak ckp ape?
kalau die tanye jawabla...
kalau mintak pendapat bg jelah...
kalau mintak tolong bantulah...
kalau tanye adik-beradik brpe?....senyum(diam)
dah makan ke belum?...senyum(diam)
dah berpunye?...
jom makan skali...(kalau blanje nk jugak) tp...(diam jugak)

hmm..macamane?

last-last..
dari mula masuk Universiti sampai sekarang ni.. classmate prmpuan kalau tgk muke ana mcm tgk hantu..huhu
xtaula..perasaan je kot..ish3x. kene husnuzzon ni. kadang-kadang kalau nak tanye ade yang melalui kawan ana untuk tanya kt ana..
Ana garang sangat kot..emm xtaula. Mungkin sebab ana dulu sekolah di sekolah yang diasingkan setiap masa dari perempuan.
Suasana terjaga.Maybe ada kesan dari situ kan.

Tapi..
Setakat nih belum pernah ada problem kalau tak bercakap atau bersembang dengan perempuan.
tak tahulah kalau di masa yang akan datang ni..tapi bagi ana banyak kebaikannya Allah takdirkan diri ana ni susah untuk berkomunikasi dengan perempuan.
Semuanya ada hikmahnya.

So, bg ana banyak kebaikan yang ana rasa jika tak bersembang dengan perempuan, contohnya:
1.Dapat jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.
2.Susah untuk diganggu.(bahasa kasarnya dingorat)
3.Dapat luang masa dgn kwn-kwn lelaki yg lain.
4.Elakkan diri daripada ber'couple'
5.Dapat simpan suara lembut tu untuk zaujah yang tercinta je..hihi, insya Allah. Amiin....

(Mungkin pendapat ana ni salah bg antum, ana memang mengharapkan pendapat dan nasihat dari kalian..harap dapat membantu diri ana yang masih terumbang-ambing nih.. jazakallahu khoir)

2 comments:

one_saiful said...

alhamdulillah ana ada geng.sama la kita..ana pn segan berganda2 nk sembang dgn perempuan...
anta nk beli cabai ana ke,...bleh sekilo rm 13.ikut harga cabai import dr china pnya.haha

ummu_ammar said...

betul dah pendirian dan apa tindakan anta tuh...