Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Followers
Sunday, December 21
Diari - KALAH
bersua kembali..
malam ni rase sedih sikit sebab kalah main futsal lawan team kilang bt 16 kt sini.
mungkin dah biasa menang kan, haa rasa pula macamana sakitnya kalau kalah..huhu. semuanya ada hikmahnya.. Allah dah selalu bagi kami menang, hari ni Allah nak uji kesabaran hamba-hambanya untuk menerima kekalahan. Sesungguhnya segala apa yang Allah cipta dan datangkan kepada hambanya tiada yang sia-sia. So, kita kena yakin bahawa segala ujian dan cubaan ada hikmah di sebaliknya.
Oleh itu, kita kena ambil pengajaran disebalik kekalahan yang diterima malam ini. Mungkin Allah nak uji kesabaran kita, mungkin dengan kekalahan ini Allah nak kita sedar kelemahan diri kita, check balik kesalahan yang kita dilakukan, membakar semangat kita lagi untuk bermain dengan lebih bersungguh-sungguh dan mungkin Allah nak berikan kemenangan yang lebih baik selepas ini insya Allah. Tidak akan rugi jika kita bersangka baik dengan Allah..yakinlah pada janji-janjiNya.
So, malam ni dah kena siap-siap sebab esok ada rehlah kelauarga HALUAN johor di Teluk Gorek, Mersing. Nak kena bertolak pagi sebab pendaftaran pukul 2.00 ptg. Dahla tak tahu jalan, takpelah...ikutlah jalan-jalan yang ada selagi ada jalan..hihi. Semoga Allah melancarkan perjalanan kami dan tiba ke destinasi yang di tuju dengan selamat...Amin.
(Nantikan gambar-gambar kami ketika rehlah disana nanti ye...ma'assalamah)
Labels:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment