Followers

Saturday, June 21

Cerpen - Maaf (Final)

MAAF 3

Wani: jadi...

Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...

Amin: sbb....

Amin: sbb saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru...

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’....

Amin: huh...

Amin: saya bercakap itu dan ini pada orang ramai... tapi, dalam masa yg sama saya

menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat....

Amin: kononnya islamik...

Amin: saya rasa cara ni tak betul... kita sebenarnya yg dah menyarungkan benda yg tak

baik ni dgn islam.... then, org nampak islamik...

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh....

Amin: hurm...

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah.....

Amin: demi menjaga diri... dan sama2 untuk kembali harungi hidup dalam redha ilahi...

Amin: sorry... sorry byk2 untuk segala apa yg telah kita buat...

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yg lupa pada-Nya..

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan....

Astaghfirullahal’azim .... aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini.

Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi....

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati yang rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan toghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengadunkan yang islam dan al-hawa...

Cinta hakiki hanyalah pada Allah....

Tiba-tiba aku teringat hadis hawalatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebuh daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak member hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas.....

Wani: thanks dan sorry too....saya terima... Alhamdulillah...

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. Doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut qiamullail, saling menghantar SMS ayat-ayat Al-Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya... aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi....Astaghfirullah...Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang...cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.”Ops! tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami nurul dan Amin.

“Ya bang, Wani turun....”

Alhamdulillah... siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis Negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Nukilan daripada buku Haluan edisi APR/MEI 2008.

No comments: