MAAF 2
Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diorang kat situ ye?” Amin menunjuk-nunjuk kea rah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duaan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tappi ‘simple’ saja. “ Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... islamik sket la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk.
“Dalam islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi.
Erk... semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ni. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!
“Erh, abaikan je lah. Saje je saya Tanya...” Amin cuba menyedapkan hati. Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambug pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan kebawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
‘Tuuut. Tuuut...’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
“Esok free tak? Boleh kita chatting?”
“Boleh.... Saya free je.” Jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ‘surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
“Ok. Tq...”balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
“ Tuk, Tuk. Tuk..” Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamu’alaikum wbt.
Wani: wsalam...
Amin: Apa khabar? Sihat? Iman baik?
Wani: Alhamdulillah...sihat2..=) awak?
Amin: Alhamdulillah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni.... tp takpe,
ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? Btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome... tak balik. Byk kerja sket tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...
Wani: Wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm....
Amin: study macam mane?
Wani: ok je... new sem ni berat sket... jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye...
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya....
Amin: hurm...
Wani: apa dia? Tanya la....sila2...
Amin: 1st of all sorry dulu ye.. hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’... tak lebih daripada tu..tp, special sket... tiada couple-couple macam org lain... declare pun x kan?
Wani: so, statusnya kawan je lah...
Amin: hurm...
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm... ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj... yg lain2... atas alas an ape skalipun ia tak patut diterima...
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...
No comments:
Post a Comment