Hari demi hari
Kerisauan mengganggu konsentrasi-ku
Kebosanan menghiasi sudut hati-ku
Tekanan menyesakkan jiwa-ku
satu demi satu...
aku sesak, lemas dan penat.
Tuhan, saat ini aku...
tidak lagi berdaya untuk mengangguk kepala, bangun bersedia
apatah lagi bergerak melaksanakan tugas-ku, tugas dia dan tugas mereka
sungguh!, aku tidak mampu.
Tuhan, saat sebegini...aku bimbang
satu demi satu anggukan-ku, bangun-ku dan gerak-ku
kerana dia atau mereka tetapi...
bukan kerana ikhlas mendamba redha-Mu semata.
Tuhan, aku penat, aku tidak mampu dan aku ingin sangat untuk rehat,
Namun...kerehatan bagi seorang da'ie adalah kepenatan
dalam melakukan tugas dakwah.
Justeru ituTuhan, berilah kekuatan dalam jiwa-ku,
ketenangan dalam hati-ku dan tumpuan pada konsentrasi-ku
dalam tugas ini dan...
Jadikanlah rehat-ku hanya apabila roh sekujur badan kerdil ini
telah kembali kepada-Mu.
Di saat itu redhailah aku wahai Tuhan-ku.
-dipetik dari majalah HALUAN Nov/Dis 2006-
No comments:
Post a Comment