Followers

Wednesday, April 28

Gerak Gempur Kempen LIFELINE 4 GAZA Shah Alam | Freeze 4 GAZA


TARIKH
02 Mei 2010


MASA
8.00pagi hingga 1.00petang


TEMPAT
Di sekitar Shah Alam


PESERTA
Sesiapa sahaja yang berminat
Lelaki & Perempuan


MISI
1. Merancakkan lagi Kempen LIFELINE 4 GAZA
2. Mengedarkan flyer & poster mengenai Kempen LIFELINE 4 GAZA
3. Mempromosi Perhimpunan Perdana PALESTIN


TENTATIF
8.30pagi
Berkumpul di Dataran Bawah Shah Alam utk sesi taklimat
(Di belakang Hotel Blue Wave)

9.00pagi
Roadshow di Pasar Karat Stadium Shah Alam

10.30pagi
Ke SIRIM Berhad, Shah Alam

11.30pagi
Plaza Alam Centre

12.00tghari
Kompleks PKNS

1.00ptg
Bersurai


NOTE
1. Sila berpakaian yang melambangkan PALESTIN atau sekadar cukup dengan mufler PALESTIN
2. Bawa bersama bendera, banner atau poster tulisan yang berkaitan dengan isu Palestin.
3. Sesiapa yang mempunyai kenderaan amat dialu-alukan untuk dibawa.
4.Tentatif bergantung kepada keadaan & fleksibel




DETAIL Flash Mob
Flash Mob - is a large group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and pointless act for a brief time, then quickly disperse. The term flash mob is generally applied only to gatherings organized via telecommunications, social media, or viral emails.

Kita freeze/kaku/ membeku/frozen di lokasi selama 5 minit beramai-ramai. Bermula dengan keadaan seolah-olah tidak dirancang dan tamat dengan seolah-olah tidak dirancang. Kita akan freeze bersama banner, poster dan sebagainya dengan melambangkan penderitaan dan rayuan ke atas Palestin.



Ayuh bersama team Gerak Gempur Kempen LIFELINE 4 GAZA Shah Alam. Berhasrat untuk mengumpulkan 100 orang aktivis.

HUBUNGI
Koordinator Freeze 4 Gaza
Sdr Shahidan | 013 306 7126
lifeline4gazahs@ gmail.com


Tuesday, April 27

Surau

Kedengaran suara azan asar berkumandang..
siap-siap cepat nak kena pergi surau ni, surau pun bukan jauh mana pun..
kalau rumah lama agak jauh dari surau (walaupun tidak berapa jauh tetapi penat jugalah kalau berjalan)..

Keluar rumah, tutup pintu..
Subhanallah.. hujanlah pulak, macam mane nak pergi surau ni.. hmmm

di kejauhan,
MasyaAllah!! terkesima aku..

seorang budak kecil umur dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun.. selambe je berjalan dalam hujan dengan jubah dan serban di kepala. (maybe pelajar dari ma'ahad tahfiz kat taman ni)

Budak sekecil itupun tidak kisah menempuh hujan asalkan dapat ke surau.. inikan kita yang sudah besar.. Aduh, malu sendiri.. Lalu terus meredah hujan dengan selamber juga.

Note:
1) Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. "Barangsiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memberikannya petunjuk."
2) Ulama pernah menyebut bahawa jika saudara tahu akan kelebihan orang yang solah berjemaah di surau atau masjid maka saudara akan berusaha ke 'Rumah Allah' itu walaupun dalam keadaan merangkak.
3) Sediakan payung sebelum hujan. Belilah payung siap-siap, jangan tunggu hujan dah turun baru nak g beli..hihi


Monday, April 26

Sayang Kamu, Maafkan Aku


Hari ini terlalu banyak membaca blog teman-teman.
Kebanyakannya tentang persahabatan yang sangat mengasyikkan.
Terasa rindu kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama
menempuh alam persekolahan.

kamu teman bangun subuh,
teman baca,
menghafal dan tasmik Al-Quran,

teman belajar,
teman bermain,
teman tazkirah,
teman berjenaka,
teman ketawa,
teman menangis,
teman luahan perasaan,
teman berjalan,
teman segala-galanya

Sudah sekian lama kita tidak berkumpul,
rasa ingin mencari masa-masa terluang untuk diisikan
bersama kamu semua..

Sayangku pada teman-temanku..
teman setalam..
Nabil, Akmal, Hafiz, Allahyarham 'Ammar Zulkifli,
Faiz Sabri, Imran
maafkanku kiranya lambat faham dalam akademi,
kamu menjadi tempat rujukan,
maaf kiranya banyak bertanya dan kamu terpaksa melayan,
seronok mendampingi kamu

Sayangku pada teman-temanku..
teman sepermainan..

Hoki:
Ahmad Akif, Syakir, Fansuri, Muqsith, Syafiq Syukur,
Ihsan, Aqif Azman, Shukri, Izzat dzahir, Islahi, Salam Embong
Maafkanku andainya pernah marah ketika dipadang,
Maaf pernah membuatkan antum terkilan dengan ketidaksungguhan.
seronok bermain dengan antum di banyak kejohanan
dari form 1 hingga form 5.

Bola Sepak:
Abdullah (Pak Lah), Safiuddin (Opie), Nazim Uzir,
Syafiq Hat, De'e, Nabil Jamaluddin, Khuzaifah (Pah)
Maafkanku andainya pernah membuat salah,
pernah tidak sependapat,
antum banyak mengajar dalam selok belok bola sepak..
dari tidak tahu cara offside,
dari tidak tahu cara menjadi refree bola sepak..
maaf sebab tidak dapat bersama wakil MATRI.

Bola Tampar:
Hamzani, Adam Badri, Ikhwan Rosli, Helmi Roslan, Raimi Roslan
Maafkanku kiranya tidak aktif bermain bersama antum,
antum banyak mengajar cara bermain,
Maaf sebab tidak dapat bersama main wakil MATRI.


Sayangku pada teman-temanku..
Teman berekreasi..
Aiman, Umar Afifi, nasaruddin, wafi, khubaib, Kamil, Abu Ubaidah
Maafkanku sekiranya tidak memenuhi kesemua permintaan antum,
bila antum ajak pergi panjat bukit tunjung, memancing dll.
Walau kekadang je kite pernah bersama-sama pergi rehlah buatan sendiri,
tetapi tetap menjadi memori dan kenangan indah.

Sayangku pada teman-temanku..
Teman berjenaka
Abrar, Ulwan, Syafie (Nget), 'Ammar Sabri,Wakeel, A.Syamil
Maafkanku sekiranya ada terlawak kasar dengan antum,
Antum sangat best, menjadikan orang sekeliling kesunyian
sekiranya antum tidak ada.
Batch menjadi meriah dengan gelagat antum.

Sayangku pada teman-temanku..
Teman berhujah
Syahid, Yunus, Halim, Mudzaffar
Maaf sekiranya antum terasa semasa kita berhujah,
antum banyak memberikan fakta-fakta yang hebat,
seronok berhujah dengan antum,
antumlah yang mengajar dari tidak pandai cakap didepan,
kini ku berani.

Sayangku pada teman-temanku..
Teman dikejauhan..
Zubair zain, Zakiran, Anas, Loqman yasamsuri, Abbas Hafizuddin, Hafizuddin Eswan,
Lokman, Muliadi, Syamil Mat, Muadz, Hamid, Soddiq, Zulhilmi Romazi,
Afiq Falihin, Afiq Zainordin, Hamizan Karim, Jarir.
Maafkanku selama hubungan kita yang singkat ada terasa hati,
walaupun persahabatan kita tidak sampai 5 tahun di MATRI,
antum tetap dihati kami selama-lamanya.

Sayang kamu semua, Allah kurniakan antum pada ana untuk
mengajar segala-galanya. Banyak menolong ana dalam akademi, syahsiah,
kerohanian, sukan dan penampilan. Antumlah sebaik-baik sahabat
dulu, kini dan untuk selama-lamanya.

Bilakah lagi dapat kita bersama. Terasa rindu yang amat kepada
antum semua.

"Ya Allah pertemukanlah kami di dunia ini
untuk yang sekalian kali, sekiranya tidak, kumpulkan hati-hati untuk mengingatimu,
kukuhkanlah ikatan persahabatan ini di bawah rahmat
dan kasih sayang-Mu. Rahmatilah kami selama kami
berukhwah dan berkasih-sayang kerana-Mu"
Amiin..


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya”

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: “Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.


Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

ana memaafkan antum dan ana memohon maaf
sekiranya ada perkara yang antum tidak berkenan dengan ana.
Semoga kita dipertemukan lagi, segala memori ukhwah kita akan
sentiasa terpahat disegenap kalbu kita.

dedikasi buat sahabatku

Sebiru hari ini,
birunya bagai langit terang benderang

Sebiru hati kita,
bersama di sini


Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah


Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi

Pegang erat tangan kita terakhir kalinya

Hapus air mata meski kita kan terpisah


Selamat jalan teman

Tetaplah berjuang

Semoga kita bertemu kembali

Kenang masa indah kita

Sebiru hari ini


Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah


Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah


Sayangku pada kamu:

GENERASI-11 MATRI
Nabil, Akmal, Hafiz, Allahyarham 'Ammar Zulkifli, Salam Embong,
Faiz Sabri
, Imran, Ahmad Akif, Syakir, Fansuri, Muqsith, Syafiq Syukur, Raimi Roslan,
Ihsan
, Aqif Azman, Shukri, Izzat dzahir, Abdullah (Pak Lah), Safiuddin (Opie), Nazim Uzir,
Syafiq Hat,
De'e, Nabil Jamaluddin, Hamzani, Adam Badri, Ikhwan Rosli, Helmi Roslan, Aiman, Umar Afifi, nasaruddin, wafi, khubaib, Abrar, Ulwan, Syafie (Nget), Kamil 'Ammar Sabri,Wakeel, A.Syamil, Syahid, Yunus, Halim, Mudzaffar, Zubair zain, Zakiran, Anas, Loqman yasamsuri, Lokman, Muliadi, Khuzaifah (Pah), Syamil Mat, Muadz, Abu Ubaidah, Kamil, Soddiq, Jarir,
Syed Mohd Islahi, Hamid, Zulhilmi Romazi, Afiq Falihin, Afiq Zainordin, Hamizan Karim,
Abbas Hafizuddin, Hafizuddin Eswan.




Memori: Kelas 5 sains Umar

Sayang Kamu..
Maafkanlah Aku..


sumber:
http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/01/berkasih-sayang-kerana-allah/
http://ukurkira.blogspot.com/2010/04/dedication-to-my-sahabat.html
http://ukurkira.blogspot.com/2010/04/update.html

lirik nasyid edcoustic - sebiru hari ini

Thursday, April 22

Perhimpunan Perdana PALESTIN – 8 Mei 2010


Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline 4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org

Jom Masuk KTD !!

Tuesday, April 20

Hijrah Menara Gading 2010


Hijrah Menara Gading 2010 (HIMEGA '10)

Tarikh: 24, 25 & 26 April 2010

Tempat: Kolej Zaaba, UKM

Peserta: Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 di seluruh Malaysia

Hubungi : Saudara Muhaimin Misran

013-5041501

Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada haluansiswa@gmail.com

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


klik pada gambar untuk besarkan

http://haluansiswa.haluan.org.my


Monday, April 19

Lifeline 4 Gaza | Break The Siege

Lifeline 4 Gaza | Break The Siege

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


Kepungan

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.

Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.

Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.


Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.


Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.

Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Keratan akhbar Sinar Harian 14 April 2010 sewaktu majlis pelancaran Lifeline 4 Gaza.


Apa Tindakan Kita

1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.

2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.

Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5-644-902-085- 28
Bank : Maybank Berhad

Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook Fan Page.

Wednesday, April 14

Resah seorang da'ie

Hari demi hari
Kerisauan mengganggu konsentrasi-ku
Kebosanan menghiasi sudut hati-ku
Tekanan menyesakkan jiwa-ku
satu demi satu...
aku sesak, lemas dan penat.

Tuhan, saat ini aku...
tidak lagi berdaya untuk mengangguk kepala, bangun bersedia
apatah lagi bergerak melaksanakan tugas-ku, tugas dia dan tugas mereka
sungguh!, aku tidak mampu.

Tuhan, saat sebegini...aku bimbang
satu demi satu anggukan-ku, bangun-ku dan gerak-ku
kerana dia atau mereka tetapi...
bukan kerana ikhlas mendamba redha-Mu semata.

Tuhan, aku penat, aku tidak mampu dan aku ingin sangat untuk rehat,
Namun...kerehatan bagi seorang da'ie adalah kepenatan
dalam melakukan tugas dakwah.
Justeru ituTuhan, berilah kekuatan dalam jiwa-ku,
ketenangan dalam hati-ku dan tumpuan pada konsentrasi-ku
dalam tugas ini dan...
Jadikanlah rehat-ku hanya apabila roh sekujur badan kerdil ini
telah kembali kepada-Mu.
Di saat itu redhailah aku wahai Tuhan-ku.

-dipetik dari majalah HALUAN Nov/Dis 2006-

Tuesday, April 13

Malaysian Junior Hockey League 2010

Matri home pitch declared unsafe by the MHF

MATRI hockey Team

KUALA LUMPUR: The Malaysian Hockey Federation (MHF) have declared the pitch in Kangar unsafe and no MHF-Milo-NSC Junior League matches will be played there.

It is the designated home venue for Division Two side Matri and they will now have to play in either Alor Setar or Sungei Petani.

A team of MHF officials inspected the pitch last Saturday and found that it was not suitable to stage any more matches there.

“There are just too many areas on the pitch that pose a safety issue to players,” said MHF secretary Hashim Mohamed Yusof.

“We allowed the match (between Matri and Ipoh CC-MSN) on Sunday to proceed as some parts of the pitch were stitched back. But we felt that it was only a temporary measure. No further matches will be allowed to be played there.”

He added that the Kedah HA had agreed to provide technical assistance for Matri to play their next two home matches against SMK Datuk Taha (April 23) and MSN Sabah (April 25) in either Alor Setar or Sungei Petani.


from: the star online

web : http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2010/4/13/sports/6040898&sec=sports

Sunday, April 11

Kesunyian


Siapa yang mencintai Allah
pasti semakin sunyi dengan manusia
di tengah keramaian rasa keseorangan
saat kesukaan dia berduka
orang ketawa dia menangis
jasad dengan manusia
tetapi hati tetap dengan Allah

"ketenangan dan kebahagiaan
adalah hembusan dari langit
diturunkan ke lubuk hati
orang yang beriman
mereka akan tetap berhati teguh,
dikala insan lain mengalami kegoncangan."


Tuesday, April 6

Sunnah Berjuang


Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.

Dibuang Dia Berkelana,
Dipenjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,
Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang..

p/s: Kita tidak akan pernah merasai sehingga kita melaluinya...