
Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Jamuan untuk pelajar form3 yang baru habis berjuang..sedap makanannye.. haa, jemput makan ustaz2 semua. tu tambah lagi tu...banyak lebih.
Yaaa..Hafiz Mat din mengetuai bala tentera tingkatan 3 untuk masuk ke medan perjuangan. Tapi agak tekilan sikit sebab pelajar perempuan lambat hadir perhimpunan...hihi, tapi kitorang tetap bersemangat..takbir!! Allahu akhbar!!
Lepas solah sunat dhuha', alhamdulillah..kami bergambar kat musolla. mula2 nk tangkap gambar tiga orang je, bila di cuci gambar ni..terkejut jugak jadi ramai macam ni.. sidang pembaca pelik x?? ish pelik,pelik.....ajaib!
Jamuan untuk form3 yang mengambil PMR tahun 2003 mase tu.. Ibu ikhwan yang masakkan untuk kitorang. terima kasih ibu ikhwan. sungguh sedap masakanmu. muke dalam gambar ni mcm tak cukup je makan..hehe. sebenarnye diorang ni x kesah..mengikut tema kitorang sejak turun temurun masih mengamalkan tema ni, sampai sekarang masih ada lagi kt MATRI kot.. hihi
Mase ni pelajaran menangkap gambar bersama cikgu Embun. hihi...tak nak bagi tidur punye pasal, tu yang tangkap gambar tu...ni kalau tak mane ade timbul kepala2 diorang nih, semuanya tenggelam..hehe. Cover buat2 senyum plak korang nih..hihi
Naik train g sungai petani untuk menuntut ilmu hisab dengan ayah abu ubaidah... Ikhwan pegang buku ape tu? hehe.. buku matematik kot...husnuzzon.
Tuisyen idamas matematik bersama cikgu sharudin di sungai petani selama 2hari 1 malam.

kitorang bukak gerai jualan kt depan bangunan akademi.. masa ni ekspo MATRI. Kalau xsilap taun 2002. Ingat lagi kitorg buat air ape ntah. agak merapu gak idea kitorang mase tu. kitorang buat ice blanded kelapa campur air tembikai ltk vanilla n ice cream.. rasenye sungguh enak skali..hehe. Abes jugak orang beli...huhu
waktu ni aku ingat lagi kami amek buah kelapa kt blkg bangunan kelas sahibah, aku jatuh mase nak jatuhkan buah kelapa, last2 aku pun jatuh mcm buah kelapa gak..haha. tp aku sempatlah jatuhkan byk buah kelapa. Korang nak tau x berape byk buah kelapa yang aku jatuhkan bersama sorang lagi tp aku x igt siape? Kalau korang nak tahu...




Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan menyaksikan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) MATRI dipilih mewakili perlis di Melaka.
Pertandingan tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang mengadakan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Kebangsaan ini pada 13 hingga 16 mei 2009 berlangsung di MITC Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Pada pertandingan yang akan berlangsung, MATRI dipilih mewakili Perlis setelah memenangi pertandingan tersebut di peringkat Negeri di Stadium Utama Kangar baru-baru ini.
Penasihat badan beruniform tersebut, Ustaz Shaari Awang berkata, pertandingan ini membuktikan bahawa sekolah agama bukan bantuan kerajaan juga mampu bersaing ke peringkat tinggi seperti ini.
"Ini merupakan kejayaan kita dalam membawa masej Islam ke dalam masyarakat," katanya.
Tambah beliau, "kejohanan yang akan kita sertai ini merupakan penyertaan ke dua selama 2 tahun berturut-turut."
Pada kejohanan peringkat Kebangsaan pada tahun lepas menyaksikan MATRI menduduki tempat ke 3 di Stadium Bukit Jalil.
From: http://www.matri.edu.my

