Followers

Saturday, January 31

~SEPi~


Sepi.....

emm...makluman untuk pelawat-pelawat semua, Insya Allah blog ini akan sunyi sepi untuk sementara waktu (tak tahu sampai bila) kerana saya akan pulang ke kampus. Cuti pun dah habis dan kat kampus nanti wireless nye problem. tak tahu nak diperbaiki bila.. hanya pihak UiTM arau saja yang tahu..

So, terpaksalah menyepi lepas ni..

kepada semua teman-teman, anda bolehlah baca post2 saya dari dulu sampai sekarang sampai khatam (tu pun kalau laratla) keh3x... sementara nak tunggu post yg terbaru kan...

oklah.. dah nak bertolak ke utara ni.. semoga berjumpa lagi. Selamat tinggal blog buat sementara waktu.

wassalam

Tuesday, January 27

Tazkirah - Belum Matang


Anda Belum Matang Sekiranya...

1. MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

2. RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.

3. MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

4. SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

5. ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon
atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.

7. MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika SOLAT.

8. LEBIH banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah,ALhamdulillah dan Allah hu Akhbar!!

(Untuk peringatan diri dan dikongsikan bersama anda)

Sumber dari
BUKU 'TENTANG CINTA'
Penulis Pahrol Mojd Juoi


Gambar - Program Haluan Siswa



PROGRAM HALUAN SISWA Kompleks HALUAN Penyayang










Monday, January 26

CATATAN PERJALANAN - UIAM (FINAL)

CATATAN PERJALANAN - UIA (FINAL)






JALAN-JALAN UIA - SIANG
"Adam, nah ambil bantal ngan selimut nih" Nabil hulurkan kat ana.
rupanya ana tertidur. Ana nampak Nabil senyum je. Mungkin dia faham bahawa ana penat berjalan sehari suntuk. Nabil suruh ana tidur di katilnya tapi ana berkeras nak tidur bawah.. hihi. Ana pun terus tidur.

Jam menunjukkan pukul 6.00pagi, ana terbangun sebab roomate Nabil buka lambu. Nabil pun terbangun. Lalu kami pun solah Subuh berjemaah. Lepas solah kami pun mengemas diri. Siap mengemas bilik Nabil, kami pun terus keluar dari bilik dan turun tingkat bawah lalu ke bilik Abu. Nabil telefon Abu sebelum mengetuk bilik Abu. Abu pun buka pintu sambil mukanya nampak kusut. Baru bangun tidur..hihi. Dia cakap tak boleh ikut sebab dia tidur lewat malam tadi. Tak larat. Jadi kami berdua jelah pergi berjalan-jalan pagi tu.

Banyak tempat yang kami pergi pagi tu termasuklah bangunan pentadbiran, dewan besar, bangunan fakulti, masjid, sungai dan macam-macam tempat lagi. Seronok. Penat jugak jalan dalam UIA ni. besar sangat..huhu. Penat berjalan, kami pun berhenti kat cafe untuk sarapan.

Kat cafe tu, ana nampak pasangan yang ber'couple'. Ada tiga pasangan. Nabil cakap ni lah kononnya 'couple islamic'. Ana pun gelak.."haha, mungkin dah kahwin kot". Sangka baik..hehe. Nabil pun senyum je. Tapi ana rasa terkilan dan terperanjat sikit sebab tak biasa lagi tengok perempuan yang bertudung labuh, kire cukup syaratla, bercouple. Kalau kat UITM dalam setahun tu ada lah setahun 2 kali nampak perempuan yang bertudung labuh ni bercouple. Biasanya yang pakai tudung singkat dan berpakaian ketat-ketat yang bercouple. Tapi hakikatnya diorang ni tetap bercouple. Tak kira lah bertudung labuh ke, tudung singkat ke, atau pun yang tak bertudung pun. Semua tetap bercouple. HARAM. Tiada istilah couple islamik dalam ISLAM. mungkin yang tudung labuh ni, diorang duduk dalam suasana kampus yang ada title islamik, so tidak heranla ramai yang pakai tudung labuh kan. Cuma mungkin masih tak mampu jahui pengaruh couple ni. Mungkin belum sampai masanya. Semoga suatu hari nanti Allah bukakan hati diorang untuk jahui maksiat ni. Amin...

Selesai sarapan kami pun menghabiskan jalan-jalan di UIA sampai kaki ni tak larat berjalan, baru kami pulang ke bilik.

Sampai kat bilik, kami pun terus rehat. Tak lama lepas tu, Izzat dan Abu datang. Izzat baru saja sampai di UIA. Kami pun bersembang sambil berbincang pasal nak ziarah sahabat kat Taman Melewar, Gombak. Sembang punya sembang, ana pun tertidur. Ish, banyak tidurla ana ni.( Jangan buruk sangka, ana penat berjalan tu..hihi)

Bangun dari tidur ana pun siap-siap solah zuhur berjemaah dengan diorang. Lepas tu, tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal sementara untuk sahabat-sahabat UIA. Ana mahu berangkat ke rumah sahabat dan terus pulang ke UiTM. Sedih rasanya nak tinggalkan diorang. Entah bila nak jumpa diorang lagi. Semoga Allah akan pertemukan kita kembali sahabat... Uhibbuka Fillah..

Lalu ana dan Abu pun naik motor ke rumah sahabat ana kat Taman Melewar, tak jauh dari situ. Ana tak duduk lama kat situ sebab perlu bergegas ke pudu untuk beli tiket bas ke utara dan membeli barang yang dipesan oleh adik. Ana mintak maaf kat makcik sebab tak boleh dok lama-lama..hihi. kami pun beransur pulang dan terus ke stesen putra Taman Melati di temani adik syakir sebab Abu tak tahu jalan nk ke stesen tersebut.

So, selepas salam dengan Abu dan Syakir, ana terus pegi beli tiket lrt lalu terus naik lrt menuju ke stesen Masjid Jamek...

Selesailah sudah perjalanan ana di UIA selama satu hari satu malam. Best dan bersyukur sebab Allah memberikan kesempatan untuk ziarah sahabat-sahabat di UIA. Ana berterima kasih dan terharu kat Nabil, Syahidan, Abu dan juga sahabat UIA yang lain. Terima kasih sebab antum dapat luangkan masa untuk layan ana di sana walaupun korang sibuk dengan aktiviti JC. Kepada Syahidan, terima kasih sebab sanggup ambil ana kt stesen walaupun anta penat baru lepas main futsal pada hari tu dan busy dengan aktiviti JC. Kepada Nabil, Syukran Jazilan sebab sudi layan ana kat UIA, sediakn tempat tidur, belanja makan, teman berjalan-jalan keliling UIA dan macam-macam lagi. Anta sanggup tak pergi Mesyuarat JC sebab nak layan tetamu yang banyak menyusahkan anta je..hihi. Kepada Abu, terima kasih sebab sudi teman ana ziarah rumah sahabat dan hantar ana pulang. Kepada sahabat-sahabat UIA yang lain, terima kasih sebab sudi layan ana kat sana. Mintak maaf sebab pinjam Nabil seketika untuk teman ana di UIA. Harap antum tak salahkan dia sebab dia tak dapat hadir mesyuarat JC pagi tu. Dia nak teman ana jalan-jalan UIA pagi tu. Kalau tidak ana kena jalan sorang-sorang, nanti kang sesat ke mana ntah...tak pasal-pasal sesat ke marhallah sahibah...huhu. terima kasih semua..

Terima kasih sahabat....

Friday, January 9

Hanya Alasan!!

Alasan-alasan yang diberikan oleh rejim zionis laknatullah untuk memusnahkan hamas tidak boleh digunapakai. Jangan kita tertipu dengan sebab-sebab yang dinyatakan oleh yahudi israel kerana mereka bukan sahaja sudah membunuh atau memusnahkan sebilangan pejuang hamas malah penduduk palestin atau orang awam pun turut menjadi mangsa. kita seharusnya sedar dan perlu tahu apa maksud serangan ke atas gaza dari perspektif Yahudi-Zionis ini. Ana ingin berkongsi petikan yang ana ambil dari laman web HALUAN malaysia. Semoga dengan ini membantu anda memahami apa tujuan sebenar Yahudi-Zionis menyerang Gaza.

from
HALUAN
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
http://www.haluan.org.my

Serangan ke atas Gaza dari perspektif Yahudi-Zionis

Salah seorang pemimpin Yahudi yang terlibat dalam proses menyerang Gaza ialah Livni atau nama penuhnya Tzipora Malka ‘Tzipi’ Livni iaitu Menteri Luar Israel yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri negara Yahudi itu selepas pilihan raya umum Februari depan. Usianya sudah separuh abad, merupakan anak kepada pendatang Yahudi dari Poland.

Beliau pernah bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad selama dua tahun pada 1980-an dan berpengalaman dalam bidang ketenteraan kerana pernah menjawat pangkat leftenan ketika bersama Israel Defence Force (IDF).

Mendapat ijazah dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Bar Ilan, Israel, Livni boleh berbahasa Inggeris dan Perancis selain Hebrew.

Dalam arena politik Israel, beliau adalah ketua parti Kadima.

Selain menjadi penyokong kuat bekas perdana menteri yang ganas, Ariel Sharon, beliau juga digelar sebagai ‘ahli politik kedua berpengaruh di Israel’ dan dipilih antara 100 orang yang berpengaruh di dunia. Forbes meletakkannya di tangga ke-52 sebagai wanita berpengaruh bagi tahun 2008.

Mewarisi fikiran, sikap dan tindak tanduk Ariel Sharon, Livni menyatakan dengan tegas bahawa ‘sesiapa sahaja yang menentang askar Israel adalah musuh, dan kami akan melawan balik.’

Dalam serangan Israel ke atas Gaza, Livni didapati kerap mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan askar Israel membunuh orang awam. Di sebalik tekanan antarabangsa, askar Israel terus membuat onar dan meneruskan agenda pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin. Kenyataan beliau yang angkuh dan tidak dapat diterima ialah ‘tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza’ yang menyebabkan rasa marah di kalangan pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia.

Tindakan wanita ini selari dengan kepimpinan Ariel Sharon yang membenci Palestin. Dia juga tidak gentar dengan ancaman masyarakat antarabangsa kerana di belakang negara haram ini adalah Amerika Syarikat yang sentiasa menyokong apa sahaja tindakan zalim Yahudi. Baginya, kempen serangan ini adalah masa terbaik untuk menonjolkan sikap ganas Yahudi ke atas Palestin bagi meningkatkan popularitinya sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya 10 Februari kelak.

Pemimpin Amerika sendiri membiarkan rejim Yahudi meneruskan keganasan ke atas Gaza dengan berdolak-dalik pelbagai alasan bagi menghalalkan pembunuhan tersebut.

Askar-askar Yahudi membunuh 100 orang rakyat Palestin sehari tetapi Hamas mengambil masa setahun untuk membunuh 10 orang askar Yahudi. Itu pun hanya menggunakan roket yang dilancarkan secara rambang.

Di sebalik 12 hari serangan Israel ke atas Gaza, moral dan semangat askar-askar Yahudi pada hakikatnya semakin lemah sehingga memaksa IDF's Jewish Consciousness Field (JCF) atau Tchum Toda'ah Yehudit iaitu cawangan agama IDF menyediakan 10,000 buah mp3 kepada ketumbukan askar Yahudi yang sedang menyerang Gaza.

Kandungan mp3 ini ialah memuatkan kata-kata semangat dari para rabbi Yahudi yang menunjukkan kebencian yang amat ketara ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Antara mereka ini ialah,

1. Rabbi Tzadok Ben-Artzi, ketua JCF.

‘Tujuan peperangan ini ialah menyelamatkan orang Yahudi daripada musuh-musuhnya.’

[to save the Jewish people from its enemies]

‘Peperangan di Gaza ini adalah sebahagian daripada peperangan besar yang ditujukan kepada Yahudi untuk melenyapkan syaitan di dunia ini.’

[the war in Gaza is part of a much larger mission designated for the Jewish people to eradicate evil in the world]

2. Rabbi Yehuda Zoldan

‘Melihat perang dengan Islam sebagai pertempuran bagi membersihkan kejahatan di muka bumi.’

[see the war with Islam as battle to wipe evil off the face of the earth]


Kesediaan IDF menggunakan elemen agama dalam peperangan di Gaza menunjukkan serangan berkenaan bukan sekadar hendak melemahkan Hamas sebaliknya membunuh seberapa ramai orang Islam dan Palestin atas dasar arahan agama, sesuatu yang tidak pernah dipandang oleh golongan Arab dan masyarakat dunia yang lain. Mereka yang masih menganggap serangan Israel ini sebagai krisis dalaman pada hakikatnya telah melakukan kesilapan besar kerana matlamat Yahudi sebenarnya adalah menghapuskan Islam dan mengukuhkan kedudukan Yahudi-Zionis di rantau itu. Askar-askar Israel yang dilatih untuk tidak takut dengan pembunuhan, darah dan mayat kanak-kanak akan bertindak melakukan apa sahaja supaya cita-cita agung Zionis akan tercapai.

Wednesday, January 7

Ya Allah.. Himpunkanlah hati-hati kami


Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu Engkaulah pelindung dan pembela


from adka_rika
adka_rika@yahoo.com

Monday, January 5

CATATAN PERJALANAN - UIAM2

JALAN-JALAN UIAM - MALAM


"Ada nasi atas ni, kalau nak ambillah" kata Nabil sambil jarinya menunjuk ke arah nasi di atas meja.
"Tak apa, nanti kalau lapar ana makan" ana buat-buat jual mahal..hihi. tapi memang tak lapar pun masa tu.

Tiba-tiba je hp Nabil berbunyi menandakan message masuk, dari Shahidan.

"Kenape Nabil?" Ana tanya.
"Diorang suruh ana gi meeting JC malam ni." Nabil jawab.
"Pergi jelah"
"Ana pergi lambat sikit kot"

Tak lama lepas tu Abu bagi message kt Nabil memberitahu bahawa dia baru sampai kat bilik. Dia balik kampung tempoh hari dan baru sampai di UIA, balik naik motor LC nya. Cantiiikk.
Nabil suruh Abu naik ke bilik dia. Nabil bagitau ana ada kat bilik dia. Nabil try call Opie nak bagitau ana ada kat UIA tp tak dapat. Mugkin Opie penat lagi sebab kata Nabil, Opie selalu main futsal. Tak lama kemudian Abu pun sampai kat bilik Nabil. Kami pun solah isya' berjemaah berimamkan ana sebab ana jama' ta'khir. Pastu kitorang sembang-sembang dan siap-siap nak pergi makan di cafe kat depan marhallah zubair. Kat sana Nabil belanja kitorang makan chiken chop. dia makan roti canai je. die cakap die kenyang lagi sebab dia dah makan petang tadi.

Habis makan shahidan call Nabil. Dia suruh datang sebab meeting tak start lagi. Kitorang pun berbincanglah, ana suruh Nabil pergi meeting JC tu sementara ana dengan Abu boleh jalan-jalan kat luar bilik tempat diorang mesyuarat tu. Nabil pun setuju. Kitorang pun terus balik bilik tukar pakaian dan terus pergi tempat meeting JC dengan menaiki motor LC Abu. Naik tiga orang..huhu(Abu tak marah).

Sampai kat depan bilik meeting, kami nampak banyak payung kat luar.

"Mesti ramai orang ni, Adam jomla masuk" Nabil kata.
"Ish tak nakla..segan ana, ramai sangat dalam tu"
"Jomla"
"Takpe-takpe, anta sorangla masuk biar kitorang jalan-jalan kat sini"

Nabil mengangguk. Tiba-tiba ada sahabat JC keluar jemput Nabil masuk. Cepat-cepat ana dan Abu turun ikut tangga takut dia jemput masuk. Ana tak kisah tapi Abu kene kisah..haha(rahsia). Ana dan Abu terus jalan-jalan naik motor keliling UIA sementara nak tunggu Nabil habis meeting. Ana suruh Abu bawa ana ke Padang Turf UIA. Jalan nak pergi sana kena melalui marhalah sahibah. Abu cakap boleh lalu, ana pun ikut je. Lepas tu banyak tempat yang Abu bawa termasuk masjid besar UIA, fakulti-fakulti, Marhalah sahabat-sahibah dan padang UIA. Tapi pemandangan tak berapa clear sebab dah malam kan. gelap.

Habis jalan-jalan, Abu cakap dia nak balik dulu sebab dia dah ngantok. Jadi ana kenalah jalan-jalan sorang-sorang kat fakulti ilmu wahyu tempat Nabil meeting. Ana pun jalan-jalan pusing kat tempat tu, jumpa pejabat post, bank muamalat, dan macam-macam lagi. ana naik tingkat atas ada gambar-gambar student UIA waktu diorang dapat anugerah ape ntah. dah lupa. Penat berjalan, ana pun duduk kat sofa putih kat tingkat dua bertentangan dengan bilik tempat Nabil meeting.

Tak lama lepas tu, semua ahli JC keluar. Nabil pun telefon tanya ana kat mana. ana cakap ana kat sofa putih kat tingkat dua bertentangan dengan bilik tempat dia meeting. Tiba-tiba ada sahibah nak lalu kat tangga dekat dengan tempat ana duduk. Ana pun terus lari turun bawah dan pergi ke tempat pejabat pos. Lepas tu Nabil telefon lagi tanya ana, ana kat mana? ana cakap ana kat pejabat pos sebab lari dari sahibah tadi. Bukan apa takut diorang terkejut, kang diorang cakap pulak, apsal orang luar masuk nih tak malu ke..hihi. Lawak je.. sahibah semua baik-baik belaka. Sebenarnya ana ni pemalu orangnye..hihi.

Lepas Nabil habis meeting kami berdua pun balik ke bilik Nabil menaiki kereta Pan. Ada 6 orang dalam kereta masa tu, Ana, Nabil, Shu'bah, Pan, Sidiqi, dan Shahidan. Sampai kat bilik Nabil kami bersembang pasal kisah muda-muad dulu sewaktu di MATRI, kisah kawan-kawan, rancangan untuk adakan reunion dan macam-macam lagi sampai ana kadang-kadang terlelap. Kesian Nabil cakap sorang-sorang. Sori Nabil..ana memang penatla..sehari suntuk berjalan. Maaf bebanyak. Ana pun sedaya upaya nak bersembang dengan Nabil. Sampai Nabil terkejut tengok ana, ana..........

Haa... nak tahu apa yang terjadi pada ana masa tu?? kita tunggu cerita seterusnya.
NANTIKAN...

from adka_rika
adka_rika@yahoo.com

CATATAN PERJALANAN - UIAM

DESTINASI
Sebenarnya dah rancang nak pergi UIAM sejak dulu lagi, tapi tak berkesempatan nak pergi. Macam-macam halangan yang datang. Kali ni dapat idea nak pergi UIA bila kakak ana nak register masuk UiTM Shah Alam untuk intake Januari. Alang-alang dah sampai Shah Alam terus je ke UIA. Ayah ana hantar sampai ke KL central dan ana naik LRT yang sekarang ni die panggil rapid kl. Haritu keliru nak cari kaunter untuk beli tiket LRT, cari punya cari tak jumpa. Rupa-rupanya die dah tukar nama ke RAPID KL. Alhamdulillah sbb ada sahabat yang baru balik dari rekreasi kat Hulu Langat yang nak balik naik keretapi tunjukkan tempat yang ana cari. Biasalah, dah lama tak jalan-jalan KL.

Selesai beli tiket KL Central - Terminal Putra, ana pun lari naik tangga sebab dengar macam LRT dah nak sampai. Bukan apa, malas nak tunggu lama-lama kat KL Central tu. Ana pun naik ambil tempat duduk yang paling belakang. Alhamdulillah sebab masa tu tak ramai orang. Sampai kat stesen Masjid Jamek, ada 2 orang anak kecil masuk ditemani oleh ibu dan kakak mereka. 2 orang kanak-kanak perempuan tu berdiri di depan ana sambil menghadap cermin belakang. Kadang-kadang diorang pandang muka ana, ana pun senyum kat diorang. Diorang pun senyum menampakkan kecomelan wajah kecil yang diorang miliki (terskema pulak ayat).Kat sebelah ana mula-mula ada lelaki dewasa berbangsa cina.Sampai kat KLCC dia pu turun, dan kakak kepada dua orang kanak-kanak kecil tu duduk kat sebelah ana. Tiba-tiba je adik yang paling kecil tu tanya kat ana.

"Nama Abang siapa?"
"Nama Abang Adam" ana jawab sambil senyum kat dia.
"Nama dia Fatin" dia cakap sambil jari tunjuk kat kakak dia

Macam nak tergelak pun ada ana ni. ish, nakal betul budak ni (cakap dalam hati). Si kakak pun dah malu-malu sambil cubit adik dia. Naik segan ana dibuatnya. Nasib baik tak lama lepastu diorang turun kat stesen apa entah, tak ingat. Tapi best gak layan budak-budak kecik tu. Hilang sikit rasa keseorangan (boring). Sampai kat Terminal Putra pukul 7.15malam. Ana niat nak jamak ta'khir sebab kat situ ana cari, tak ada pun surau. Ana nak call sahabat ana tapi betri enset ana abis, ana pun try tanya kat peniaga-peniaga area tu. tanya-tanya, sorang-sorang jawab tak boleh sebab plug tak cukup untuk kegunaan diorng. Last sekali Allah izin ada kakak yang jaga kedai disebelah luar cakap boleh tumpang cas hp tapi kena bayarla. bayar pun bayarla kak.. Alhamdulillah.

Tak lama lepas tu sahabat ana, Nabil dan Shahidan pun sampai bawa kereta Pan (Safwan). Ana duduk belakang dengan Nabil sebab kerusi depan diorang tundukkan untuk letak air untuk Journalism Club kt seat belakang. So, nampak macam Shahidan jadi driverla pulak..ish3x kejam betul kitorang nih. hihi..

Masuk UIA ana nampakla bangunan yang besar-besar. Pemandangan lain tak clear sangat sebab time tu da malam kn. Mula-mula tu, paham-pahamla mesti jakun punya first time masuk UIA kan..huhu. Habis Nabil dan Shahidan jadi kaunter pertanyaan..Sori. Ana pun dibawa berehat dan kemaskan diri di bilik Nabil dan dijamu dengan air water cooler.. mahal tu. hehe..

Begitulah cerita perjalanan ana dari Johor ke UiTM Shah Alam hingga sampai ke UIAM. Tapi kan, kalau anda fikir, kejam sangatkah Nabil jamu ana air water cooler je..
haa.. nak tahu kisah selanjutnya, kita tunggu post yang seterusnya yang mengisahkan tentang jalan-jalan ana di malam hari dan siang hari di UIAM gombak.
NANTIKAN...

from adka_rika
adka_rika@yahoo.com

Sunday, January 4

Keganasan Israel Mesti Ditamatkan Segera

Keganasan Israel Mesti Ditamatkan Segera

Di kemaskini pada Sabtu, 03/01/2009

Rejim Israel memulakan serangan udara ke bandar Gaza pada Sabtu lepas dengan melepaskan peluru berpandu dan mengebom sasaran Hamas. Dilaporkan lebih 390 orang telah terbunuh dan 1700 lagi tercedera. Tindakan Israel menyerang Gaza adalah langkah pertama selepas berakhirnya gencatan senjata selama enam bulan. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak diberi kebebasan untuk bertindak oleh rakyat dan pemimpin Yahudi sendiri.

Serangan pada awal pagi bermula dengan pesawat udara Israel melepaskan bom ke atas sasaran umum, dibantu oleh artileri dan helikopter tempur yang berterusan hingga ke malam. Beberapa bangunan di Universiti Islam Gaza telah musnah teruk termasuk sebuah makmal yang dibiayai oleh Bank Pembangunan Islam.

Biarpun Israel menyatakan hanya kawasan khusus yang menjadi sasaran, namun kemusnahan yang dialami adalah lebih jauh daripada jangkauan kita. Banyak kawasan awam dimusnahkan termasuk sebuah masjid di Khanyonis. Seorang lelaki tua turut terbunuh di Rafah, selatan Gaza.

Balai polis di kem pelarian Il Burej dan Bait Lahia menjadi sasaran seterusnya. Di pesisir pantai Gaza, tentera ganas Israel melancarkan serangan ke atas kapal yang membawa tiga tan ubat-ubatan dari Cyrpus ke Gaza sehingga mengalami kerosakan teruk. Manakala di utara Gaza, dua orang kanak-kanak yang berumur 4 dan 11 tahun maut dibom oleh pesawat F16 Isreal yang dibekalkan oleh sekutu rapat, Amerika Syarikat.

Hari ini pula dilaporkan seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan dan isteri serta anak-anaknya telah dibunuh dalam serangan udara tentera zionis.

Peralatan perubatan dan keperluan untuk mereka yang cedera dalam keganasan Israel semakin krtitikal. Sumber-sumber perubatan memaklumkan bahawa ubat-ubatan di Hospital Gaza sudah kehabisan dan hospital itu sendiri tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Tentera-tentera ganas zionis bersusun atur di sempadan Gaza bagi menghalang kemasukan sebarang bantuan kepada penduduk Gaza khususnya keperluan makanan dan perubatan.

Keadaan di Gaza ketika ini sangat sukar, bahan bakar dan makanan semakin kurang kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak dua tahun lalu. Roti, beras dan minyak masak semakin sukar diperoleh. Keadaan amat berbahaya bagi mana-mana penduduk Palestine untuk keluar mencari makanan kerana sebarang objek yang bergerak termasuk orang yang sedang berjalan atau basikal boleh menjadi sasaran tentera zionis pada bila-bila masa.

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing. Pada 14 November lalu, gudang makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditutup kerana rejim Yahudi menghalang penghantaran makanan dari memasuki semenanjung Gaza. Walaupun Israel mendakwa pihaknya telah mengundurkan tentera dari Gaza, mereka sebenarnya berbohong. Hakikatnya, mereka mengundurkan tentera ke sempadan, menghalang bekalan makanan dan ubatan dari memasuki Gaza menyebabkan 1.4 juta penduduk Palestine merana.

Sekutu rapat zionis, Amerika Syarikat menyokong penuh tindakan ganas Israel dan memaksa Hamas untuk menerima kematian beratus-ratus rakyat Palestine. Dalam erti kata lain, Amerika sebagai negara kuasa besar merestui serangan Israel ke atas rakyat Palestine yang serba kekurangan. Rakyat negara-negara Eropah yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestine mengadakan demonstrasi mengutuk Israel.

Di New York, Majlis Keselamatan PBB mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel menamatkan serangan tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan.

Liga Arab masih menyandarkan lagu lama untuk menghadapi masalah rakyat palestine. Pemimpin-pemimpin negara Arab sedang bertelagah untuk mengadakan mesyuarat bagi mengutuk serangan berdarah Israel itu. Dalam pada itu, terdapat kritikan dari pemimpin Arab terhadap rakyat Palestine ketika penduduk Gaza sedang merana. Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit mengkritik Hamas dengan mendakwa Hamas telah memberi ruang kepada serangan Israel kerana tidak menghentikan serangan roket.

Bagi masyarakat Islam Malaysia, memo bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat telah dihantar bagi menyatakan protes dan mengutuk tindakan ganas rejim Yahudi yang membunuh rakyat palestine tanpa mengira kanak-kanak, orang tua atau wanita.

Yahudi adalah bangsa yang tidak tahu menghormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenakan sekatan makanan dan ubat-ubatan sehingga menyebabkan kematian, membekukan wang sumbangan dari masyarakat Islam seluruh dunia dan bersikap degil di atas gesaan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan serangan. Pada saat ini, tentera Yahudi telah mengebom sebuah masjid yang didakwanya sebagai setor menyimpan senjata dan memusnahkan lebih sedozen rumah. Sebagai mengambil hati masyarakat antarabangsa yang mula memberi tekanan ke atas rejim zionis ini, mereka mula membenarkan beratus-ratus rakyat Palestine yang memegang paspot asing untuk meninggalkan Gaza.

HALUAN menggesa serangan ke atas Palestine dihentikan segera. Kematian dan kecederaan yang dialami oleh rakyat Palestine tidak dapat diteruskan lagi. Keganasan tentera rejim Isreal mesti segera ditamatkan.


Anda boleh menyumbang kepada usaha Sekretariat HALUANPalestin untuk projek bantuan mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun: 14-023-01-003429-2
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad


Di petik dari laman web HALUAN

http://www.haluan.org.my