Alhamdulillah...Maha suci Allah yang mentakdirkan sesuatu yang tidak sia-sia dan penuh hikmah pada hamba-hambaNya. Cuti semestar kali ini banyak memberikan pengalaman yang cukup manis bagi kami adik-beradik, penuh dengan suka duka, kesusahan dan kebahagiaan, rumit dan mudah, mengajar kami lebih banyak berfikir, berdikari dan tidak jemu-jemu menongkah kehidupan di kampung halaman untuk mencari pengalaman.
pada hari rabu, kami bersama-sama keluarga tercinta balik ke kampung ayahku. Di sana kami berjumpa dengan datuk dan nenek, menanyakan khabar, melepaskan kerinduan yang terbuku di hati setelah sekian lama tidak berkunjung ke sana. datukku mesra melayan cucu-cucunya, tubuh kurus keding itu masih kuat. tidak jemu-jemu mengawasi kebunnya daripada permainan nakal si tupai dan monyet. kali ini musim buah-buahan begitu menjadi-jadi. tak larat rasanya nak makan semua buah-buahan tu. pulasan, rambutan, manggis, durian dan macam-macam lagi. tapi aku lebih banyak makan pulasan kerana pulasan jarang sekali dapat makan.
pada petang hari, kami bertolak ke Teluk Bahau. subhanallah, sungguh indah ciptaan Tuhan. bersih air laut, dari jauh tampak kebiruan warna airnya. pemandangannya sungguh indah tidak terkata. Maha Agung Allah s.w.t. yang menciptakan. pada batu-batu yang terdampar dipinggir laut, terdapat anak-anak muda juga orang tua memancing ikan di laut yang jernih itu. kami tak melepaskan peluang bermandi-manda, saling bersenda gurau dan memerhatikan alam ciptaan Tuhan.
pada hari khamis, kami berempat menolong ibu di restoran. Ayah kerja dan tak dapat turun sekali. yang ada pada pagi itu ialah kami berempat,pekerja-pekerja, emak dan kakak. kami bagi-bagi tugas, ada yang tolong cuci pinggan, ada yang mengambil pesanan, menghantar makanan dan minuman ,juga mengemas meja dan jadi 'casher'. pengalaman ini mengajar erti kesabaran. pagi itu ramai orang kerana di depan restoran itu merupakan tapak pasar lambak. terdapat jualan baju, jual sayur dan macam-macam lagi. agak sibuk juga suasana kat restoran pagi tu. tak terlayan pelanggan yang ramai.haha.. ada juga pelanggan yang lari sebab tak tahan tunggu lama. ada yang berebut. macam-macam kerenah. sesak.aku hanya mampu tersenyum.
pada tengah harinya, hujan pun turun tapi tak berapa lebat. aku selamba ajak adik-adik lelaki membersihkan kolam kat tepi rumah sambil berhujan. dulu kolam tu ayah bela ikan keli. ayah beli dalam seratus ekor anak keli. kitorang jaga waktu kitorang balik cuti je.bulan 1 sebelum kitorang balik ke perlis, ikan keli semua dah agak besar. kitorang pun seronoklah. balik cuti bulan 3, tengok, subhanallah, semua ikan-ikan tu dah besar-besar. lagilah seronok tapi jumlahnya berkurangan sedikit dari mula-mula ayah beli. pastu kitorg pn balik asrama. pastu 'time' kat asrama, mak telefon bagitau ikan keli semua dah tak ada. entahlah, mcm mana boleh hilang kitorang tak tahu. entah dimakan binatang buas? di curi? kitorang berserah je pada Allah.
kali ni kitorang bertekad nak pasang jaring.harap binatang mahupun manusia tak dapat nak curi. hehe.. kita mampu merancang, Allah yang menentukan. tapi kita kena berusaha dan yakin dengan pertolongan Allah. Allah Maha adil kepada terhadap hamba-hambanya.
pada malamnya, ayah ajak team tempat kerja ayah, team 'titan chemical' 'friendly' futsal dengan pemuda dikalangan jiran-jiran kitorang. aku bersama 3 orang adik, imran, tufeil dan munaim. ayah masuk team kitorang. ayah 'just' jadi 'keeper' je. Alhamdulillah, malam tu kitorang menang 25-16. seronok main dengan diorang. diorang peramah dan mesra.
cuti kali ni amat bermakna buatku. pengalaman ini takkan kulupakan.semoga amalanku diterima oleh Allah. pengalaman semalam menjadi kenangan yang terindah dan esok harapanku agar dapat menempuh dengan baik di bawah lembayung rahmatNYA yang Maha Agung. Amin....
oleh: Adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://adamkadir.blogspot.com
No comments:
Post a Comment