Followers

Monday, January 3

Diari Tanjung Sedeli yang damai

Assalamu'alaikum semua,

Sudah 2 hari saya memulakan pengajian di sem yang baru ini. Tetibe je rasa nak berkongsi tentang cerita masa cuti iaitu cerita kami family Ulu Tiram mengadakan rehlah di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi pada 15 Disember yang lalu.

Tanjung Sedeli ni orang kata ombaknya tidak terlalu kuat seperti di Desaru. So, sebab itulah Tanjung Sedeli menjadi pilihan family Ulu Tiram untuk berehlah. Airnya yang tenang dan damai serta tidak ramai orang kerana hari kejadian bukan hari minggu, so tak ramai orangla. Memang best dapat pergi rehlah ni sebab dah lama kan tak mandi laut lebih kurang setaun jugakla tak mandi laut.

Alhamdulillah, Allah izin ada lebih kurang 7 keluarga yang memeriahkan rehlah ini. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir atas urusan tetapi rehlah ini tetap meriah dengan celoteh pakcik dan makcik kepada kami yang bujang-bujang ni..hihi. So, tak nak muqaddimah banyak-banyak dah, jom kita tengok apa yang kami lakukan di Tanjung Sedeli ni.

Sampai saja di Tanjung Sedeli pakcik dan makcik dah beli ikan dan sotong untuk di bakar. Memang ikan dan segala jualan tu masih 'fresh' sebab baru bawak naik dari laut. kalau kamu semua nak tahu, Tanjung Sedeli ni bersebelahan je dengan perkampungan nelayan. Memang tempat pemborong borong ikan. Haa..kalau nak ikan 'fresh' meh datang Tanjung Sedeli ..hihi.

So, ikan sudah dibeli. Kali ni tugas makcik-makcik siang ikan. Mula-mula kitorang nak siang tapi diorang berkeras jugak nak siang ikan nak wat camne kan..hihi. (Padahal budak-budang bujang ni dah nampak laut je..nak gi mandi matlamat utamanya..huhu)

Kamu semua silap sekiranya menganggap kami yang bujang-bujang ni malas..hehe. Kami jadi chef untuk membakar ikan dan juga sotong. Emmm..sedap. Pakcik dan makcik yang cakap sedap. Kitorang rase memang sedap pun..hihi.

Haa..ni dia hasil masakannya. Sotong bakar. Nampak macam sikit je kan. Sebab tak sempat letak dalam pinggan dah ade orang ambil..maklumlah, sedap kan =).

Itu dia family Ulu Tiram. Ramai kan. Ada lagi sebenarnya..tahu-tahu jelah
diorang kat mane..semestinya tengah mandi kat laut.

Tengah seronok semua bersembang tetibe je sekawan lembu melintas..huhu.
Ke tepi ke tepi, lembu mahu melintas..^^

Alhamdulillah. Ni yang kita mahu ni. Mandi mandi jugak, solat jangan dilupakan walau di mana jua. Tiada alasan untuk meninggalkannya.

Ni cenderahati yang di kutip di laut oleh beberapa pengikut Cikgu Iqa atau nama glamournye Iqa Senpai..huhu. Ni di bawa pulang agaknya.

Seusai bermandi-manda. Ayuh kita mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh yang berbahagia Hj Mahmad Kardi tentang 'Alam ciptaan Allah dan sejauh mana kita sebagai hamba mensyukuri nikmat-Nya'.

Sudah penat mandi-manda, main pasir, cari ketam, berenang, kena sengat obor-obor dan sebagainya maka kami pun mengemas kembali tapak berkelah. Menjaga kebersihan penting. Sebab tugas kita menjaga alam sekitar dan Allah sangat suka kepada kecantikan.

Sebelum pulang sempat lagi Iqa Senpai (Cikgu Iqa) bergambar dengan anak-anak muridnya. Habis kalau semua hidupan dilaut mau dibawa pulang...hihi.

Dah siap berkemas kami pun pulanglah ke Ulu Tiram.. Selamat tinggal Tanjung Sedeli.

Haa..macamane? Best kan. Itulah sedikit sebanyak perjalanan rehlah kami. Alhamdulillah Allah berikan kegembiraan dan keseronokan kepada kami. Semoga rehlah ini merapatkan ukhwah antara kami pakcik, makcik, anak-anak semua. Dan semoga Allah redha dengan amal yang sedikit ini dan seterusnya menjaga ukhwah antara kami sampai ke syurga.

~sumber gambar daripada Iqa Senpai

Tanjung Sedeli yang damai
BulanSubuh
7.45am
4 Januari 2011

9 comments:

Nabil MJ said...

wah..sakan antum bercamping.
Sedap ke anta bakar sotong tu?Nampak mcm ada yang hangit and ada yg mcm tak masak je..Kekeke

Oh,one more thing,I'm representing Yunus,calling for our 2nd reunion.Planned middle of this year.Perhaps around July.

Location: Kebun buah yunus (as a matter of fact,time tu tengah musim buah.So,nak sentap buah2 e.g.durian etc. dipersilakan.Apple x dak la.)

We need further planning and setting up the PIC for the reunion.

Kekeke..Bertindak poyo seperti orang penting ana ni..

*Faiz Sabri insha Allah balik Malaysia time tu.

Bulan Subuh said...

Ukur kira:

Hihi..bukan hangusla..mmg cmtu, nampak cam hangus n xmasak tapi bila rase mmg sentap!! xyah letak perasa mcm gula atau garam pun..terus je bakar dah rase manis2 masin gitu.. cam rase 3 rase pn ade..hihi. kalau xcaye try bakar..^^

Yg pasal reunion tu insyaAllah kita akan same2 bincang cmne.. Klu boleh kali ni kita buat yg betul2 punyela..kita buat bulan 7 sebab seluruh IPT sudah di standardizekan stat sem bulan september..
insyaAllah semua boleh dtg..
Nanti kita akan plan same2 k. bagi samai jadi.. kali ini nta PIC boleh? InsyaAllah boleh^^

Hafiz said...

Tanjung Sedeli......Mmg damai pn....Dlu KMK johor kan buat dkt situ yang ana join....Skang dh lama x singgah byk gajah kot mlm2 dkt situ :)

Bulan Subuh said...

Hafiz:

nta pernah nampak gajah ke kat situ Hafiz? mesti best kan..hihi

A'ah..kite wat KMK dekat dengan tempat tu tp bukan kt situ tp kt sebelah dia.

Jom g teroka Tanjung Balau plak..tempat airnya biru. cantik.

Qawiem Khairi said...

salam..
tumpang tanya?
kat mana terbitnya bulan subuh?
haha. memain ja..
salam perjuangan.. (",)

Bulan Subuh said...

MQ:

Wsalam.. kalau tanya dimana terbitnya, bulan tu jadi bulan senja.. xjadi bulan subuh..
hihi..

Salam perjuangan kembali sahabat :)

Nabil MJ said...

@Hafiz:
Alhamdulillah..Hafiz dah join pgrm2 semula setelah 'futur' bbrapa ketika..hehehe

Hafiz,gajah tu muncul bila nta mai ja..Nta x dak,dia pun x dak.Nta ada apa2 'fair' ke dgn gajah tu?Kekeke

@adam:
ok,insha Allah kita plan sama2.Ana jadi apa?Ana nk krja blkng2 tabir ja..huhu

*Hampa ni dok pi tanjung sedeli la,tanjung balau la,apa kelas..

Jom pi TANJUNG RAMBUTAN.

Hafiz said...

@Nabil:
Gajah 2 mai sbb ana srh dia mai....Saja nk bg dia mkn :)

@Adam:
Tanjung Balau ana dh jajah ms tahun 2 dlu konvoi naik moto p sana,haha

Bulan Subuh said...

Ukur kira:
Haa..sahabat kita ni dah mcm tarzan la plak boleh panggil gajah mai makan.. huhu. lawak ja hafiz

Hafiz:
Bila kita nk g same2 plak hafiz?