Followers

Tuesday, January 25

Sahabat Sepermainan


Bersua muka dengan sahabat untuk seketika memang membuatkan jiwa seronok tambahan pula jarang bersama berikutan kesibukan study di universiti. Sekali kala dapat bersama sahabat-sahabat sepermainan sewaktu kecil dapatlah melepaskan sedikit kerinduan kepada mereka.

"Ahmad, ape program cuti ni.. sementara sahabat-sahabat yang baru tamat SPM ni balik"

"Aku ade tempat yang best, boleh mandi-mandi.. esok kite survey tempat tu k"

"Ok"

Ahmad, sahabatku yang sentiasa ada idea yang baik dan bernas. Beliau juga adalah teman akrabku dari kecil. Seorang yang pandai dan bijak. Kami bersama-sama roger sahabat-sahabat lain untuk turut serta dalam rehlah yg ingin kami adakan ini. Kecil-kecilan saja, tetapi targetnya adalah untuk merapatkan ukhwah antara kami dan dapatlah sedikit sebanyak beri peringatan dan perkongsian untuk mempertingkatkan iman yang sentiasa turun dan naik ni.

"Fan, macamane? esok leh turun x? best tau tempat tu, aku dengan ahmad dah survey tempat tu"

"Haa.. InsyaAllah. Aku dari pejabat terus gi tempat tu, ape-ape roger tau"

"Orait"

Nak dipendekkan cerita, Allah izin kami dpt bermandi-manda di sana. di mana? di Starhill Water Theme Park" di Kempas, Johor.

Alhamdulillah, Allah susun untuk kami bersama hari itu. Dapatlah bertanya khabar, bergurau senda tak lupa juga saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Gelagat-gelagat kami yang tak banyak berubah dari kecil hingga sekarang. Asal berjumpa je mesti x ubah seperti kanak-kanak. Mungkin bab-bab bergurau senda masih seperti kanak-kanak. Alhamdulillah dari aspek lain sahabat-sahabatku sudah banyak berubah, pemikiran secara 'matang' mereka sudah mampu untuk memberikan pandangan dan nasihat yang mampu menyentuh jiwa.

perkongsian....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Allah takdirkan kebersamaan kami yang sangat menyeronokkan. Mekarlah kembali kelopak-kelopak ukhwah antara kami.



Sahabat sepermainan..=)

"Ahmad, cuti seminggu ni ape program?"

"Yang penting futsal, remaja gabung dengan pemuda. Yang lain tu kene brainstorm dulu r"

"Hihi, ok. Nanti aku set tempat"

Haa.. kan. Ada saja idea sahabatku seorang ni. Siapa kata sudah meningkat dewasa tiada istilah 'Sahabat Sepermainan'. Bagi kami ianya sentiasa ada. Tetapi mungkin caranya sedikit sebanyak berubah wajahnya.

Semoga Allah kuatkan ikatan ukhwah antara kami semua.


7 comments:

ukur kira said...

salam..

Bagus2.Ahmad yg di maksudkan tu amad ke?Amad akip?

Rindu kat dia.Lama x jumpa..Kalau nta jumpa kirim salam kat dia deh.Fan jugak.Fan kurus x berubah dari dulu.hehe

Ana x dak shbt sepermainan.Zaman ana 'muda2' ana main dgn kwn2 biasa ja. (so, x islamic sngt la)

In fact ana ada shbt ke skrng?satu persoalan....

Ad@Am said...

ukur kira:

A'ah..ahamd akif yg dikasihi..hihi.

InsyaAllah nnt klu jumpe ana akan kirim slm nta pd diorg k..

zaman kecik2 dlu mne tau islamic ke x Nabil..hihi.

A'ah kan..nta ade shbt ke? xpe2.. nnt ana bg nta satu..k =)

ukur kira said...

@adam:

Eh,jangan main2 oo..Ana kecik2 ummi ana dah terapkan nilai2 islami dalam diri anak2 nya.So,ana dapat nilai mana islamic n tak.(Kira ana ni mumaiz awal la..)huhu

Rasanya ana dah tak ada shbt...My 'soulmate' dah dijemput Allah dahulu..- Muhammad 'Ammar Zulkifli.

Or should I say,ana ada sahabat,tapi sahabat special ana dah di jemput Allah dahulu..

hmm..it's all about terms,no need to bother.

Ad@Am said...

ukur kira:

Hehe..ummi ana pn same Nabil, tp mase kecik2 dlu nta tau ke bende tu islamik ke x? dah besar sket n dah boleh fikir barula tau bende tu islamik ke x..umur 4 tahun blum mumaiz lg nabil oit..

Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli..
Sahabat ana jua.. beliau pun punyai ramai shbt. InsyaAllah, Allah akan hadirkan sahabat2 yg soleh untuk nta..=)

ukur kira said...

@adam.

4 tahun? 4 tahun rasanya mmg tak leh nak differentiate mana islamic or not i guess. (mmg konfirm2 x mumaiz lg la)hehehe

Insya Allah..Ameen Ya Robb

~MQ~ said...

salam perjuangan..
moga Alah kasih (",)

Ad@Am said...

MQ:

Salam perjuangan juga sahabat,
Amin ya Rabb =)