Followers

Wednesday, September 29

Menolong, menutup 'aib sahabat dan menuntut ilmu

Maksud Hadis:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu'anhu daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, baginda bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan -kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang yang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasan ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di keliling oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Hadis diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dengan lafaz ini.

3 comments:

Unknown said...

tutup aib tutup juga.
belakang2 tegur2 lah nanti.

Nabil MJ said...

Jazakallah..Perkongsian yg bagus.
Perlu refleksi diri ni selalu

Bulan Subuh said...

faiq zaini:

menjaga aib orang ni punyai dua keadaan:
1)Mahmud-aib saudaranya yang soleh maka wajib menutup keaibannya.
2)Mazmum-aib saudaranya yang suka berbuat maksiat dan berbangga-bangga pula dengan maksiat maka harus diceritakan spy boleh diambil pengajaran daripadanya.

Semoga bermanfaat =)

Nabil:

Ajmain..semoga sama2 beroleh manfaat.