Followers

Friday, January 1

Jalan ke hati


Salah seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya tentang cara-cara yang paling berkesan untuk memikat hati.

Saya menjelaskan: "kita beriman bahawa semua manusia adalah sama taraf. Perkara ini memang benar-benar berlaku dan dapat diperhatikan di masjid-masjid dan surau-surau. Orang miskin duduk bersebelahan dengan orang kaya dan orang yang lemah duduk bergandingan dengan orang kuat. Tiada perbezaan taraf antara mereka. Tetapi fenomena ini cuma wujud di situ sahaja, tidak pula diteruskan di tempat-tempat lain. Apakah anda sendiri apabila terserempak dengan pekerja yang sedang menyapu sampah ditepi jalan lalu anda memberi salam kepadanya?"
Dia menjawab: "tidak."

Saya berkata lagi: "Itu kerana anda tidak ambil peduli terhadapnya. Rasulullah s.a.w melarang kita berbuat demikian sebagaimana sabda baginda: "Janganlah kamu hina sesuatu kebaikan sekali pun berjumpa saudaramu dengan muka yang berpaling (ke arah lain)." Sesungguhnya anda apabila bertemu lalu memberi salam kepadanya, tidak kira samada dia anda kenali atau tidak sebelum itu maka anda sebenarnya telah menghormati fitrah kejadiannya sebagai manusia itu sendiri di samping memberi harapan kepadanya.

::Abbas As-saisi
::Jalan ke Hati

3 comments:

Nabil MJ said...

Jazakallah adam.Perkongsian yang sangat baik dan memberi kesan pd ana.

Abbas Assisiy mmg seorang yg lembut hatinya.Yang mudah tersentuh dengan keadaan2 semasa.Membaca buku Bagaimana menyentuh hati,(kiat2 memikat objek da'wah)mmg memberi kesan yg mendalam.

Bicara dari hati Abbas Assisiy ke hati para pembaca/Dai'e.Sangat berkesan.

Jazakallah sekali lg adam.

Bulan Subuh said...

Syukran Nabil krn memberikan komen..

Semoga diri yang lemah ini kuat untuk mendalami buku-buku yang memberikan kekuatan iman dan amal.
Sebagai bekalan seorang dai'e untuk keluar kepada masyarakat.

InsyaAllah..

Anonymous said...

aslmulaiKum ..nice sharing..
ukur kira:UIA
estiamte"kira:uITM.

hehe