Followers

Sunday, July 26

Selamat Hari Lahir Sahabatku...

27 JULAI 2009

Selamat Hari Lahir sahabatku.. Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli. Genap umurmu 21 tahun hari ini. Hati ini sangat merinduimu, perit rasanya, sukar untuk memadamkan kisah silam kita bersama. Biarlah ia terpahat di hati ini. Kadang-kala terkelu lidah untuk berbicara dengan sahabat-sahabat kita pasal dirimu.. dan berat lidah ana untuk berbicara dengan ayah anta dan adik anta tempoh hari... entah kenapa ianya membuatkan hati ana sebak.. maafkan ana abu 'Ammar dan ikhwan..

Selamat Hari Lahir sahabatku... Kenangan terakhir kita bersama akan sentiasa berulang dan akan ana ingat setiap kali ramadhan menjelma 'Ammar... Kali terakhir makan dengan anta, kali terakhir berbuka dengan anta, tidur dengan anta dan naik motor dengan anta. Alhamdulillah, Allah izinkan terukirnya potret kenangan terakhir kita dalam memori. seakan-akan baru semalam kita bersua. Ana ingin berkongsi lagu yang selalu kita nasyidkan bersama sewaktu masa dahulu iaitu nasyid suci sekeping hati...

Suci Sekeping Hati

"Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"

Kita bersama suka akan lagu ini, suci sekeping hati kan? memang suci hatimu 'Ammar... teguh meneruskan jihad di jalan-Nya.. Lagu yang selalu anta dendangkan ini ibarat pesanan kepada sahabatmu ini..semoga Allah memberikanmu nikmat syurga yang tiada bandingan. Semoga ruh jihadmu sentiasa tersemat di hati-hati kami untuk memastikan kelangsungan pembangunan ummah. Amiin.. (lemah jari-jemari ingin menulis lagi.... cukuplah sampai disini)

Selamat Hari Lahir Sahabatku..
Allahyarham Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli

from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com

5 comments:

ihsan incalescence said...

i miss u ama...
hepi besday buddy..
i think we can clbrte our besday tgthr huhu

but its ok coz ALLAH's plan i the best plan..

so long buddy~

Hafiz said...

Adam 2 lagu Amar nyanyi time dkt langkawi dulu.......Kan kita group skali dgn amar

ihsan incalescence said...

a'a la sume kne nyanyi time kt pantai pasir tengkorak dulu.. time form 1.. skejap je da 9taon mase brlalu kn..
huhu~

Nabil MJ said...

Ana merindui sahabat sejati ana...Walaupn masa berlalu,rindu dan kasihnya ana pd Allahyarham masih x berkurangan..

Anonymous said...

ayuh sahabat2...
kuatkan langkahmu..
perjuangan ini memerlukan kalian..