Selamat Hari Lahir sahabatku... Kenangan terakhir kita bersama akan sentiasa berulang dan akan ana ingat setiap kali ramadhan menjelma 'Ammar... Kali terakhir makan dengan anta, kali terakhir berbuka dengan anta, tidur dengan anta dan naik motor dengan anta. Alhamdulillah, Allah izinkan terukirnya potret kenangan terakhir kita dalam memori. seakan-akan baru semalam kita bersua. Ana ingin berkongsi lagu yang selalu kita nasyidkan bersama sewaktu masa dahulu iaitu nasyid suci sekeping hati...
Suci Sekeping Hati
"Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"
Kita bersama suka akan lagu ini, suci sekeping hati kan? memang suci hatimu 'Ammar... teguh meneruskan jihad di jalan-Nya.. Lagu yang selalu anta dendangkan ini ibarat pesanan kepada sahabatmu ini..semoga Allah memberikanmu nikmat syurga yang tiada bandingan. Semoga ruh jihadmu sentiasa tersemat di hati-hati kami untuk memastikan kelangsungan pembangunan ummah. Amiin.. (lemah jari-jemari ingin menulis lagi.... cukuplah sampai disini)
Selamat Hari Lahir Sahabatku..
Allahyarham Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli
Allahyarham Muhammad 'Ammar Bin Zulkifli
from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com
5 comments:
i miss u ama...
hepi besday buddy..
i think we can clbrte our besday tgthr huhu
but its ok coz ALLAH's plan i the best plan..
so long buddy~
Adam 2 lagu Amar nyanyi time dkt langkawi dulu.......Kan kita group skali dgn amar
a'a la sume kne nyanyi time kt pantai pasir tengkorak dulu.. time form 1.. skejap je da 9taon mase brlalu kn..
huhu~
Ana merindui sahabat sejati ana...Walaupn masa berlalu,rindu dan kasihnya ana pd Allahyarham masih x berkurangan..
ayuh sahabat2...
kuatkan langkahmu..
perjuangan ini memerlukan kalian..
Post a Comment