Pada hari ini, Jumaat 20 Februari 2009, bermulanya perjalanan skuad Hoki MATRI dalam perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia. Pada aksi pembukaan, menyaksikan MATRI vs MSS P.Pinang dengan berkesudahan seri tanpa jaringan. (0-0).
MATRI menurunkan barisan pemain yang hebat iaitu:
Dalam barisan utama:
- Abdul Qoyyim (kapten)
- Atif Ghazali
- Naqiuddin Adam
- Wan Safuan
- Hanif
- Ameerul Hafizeen
- Luqman
- Syazwan
- Tengku Muhammad Syakir
- Fathi
- Mohd Faiz (GK)
Sewaktu perlawanan, pemain tengah MATRI telah cedera ekoran daripada "wrong side" yang dilakukan. Keningnya berdarah apabila bola yang dipukul oleh pemain MSS P.Pinang laju mengenai mukanya. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kangar dan menerima jahitan di kening sebelah kanan.
Ameerul Hafizeen yang cedera di kening sebelah kanan
Walaupun berkeputusan seri, perlawanan tadi amat menarik dan mengembirakan penonton-penonton yang menyaksikan. Pada hari Ahad ini, MATRI akan bertemu dengan Tunku Besar SS, Negeri Sembilan. MATRI akan berkunjung ke Negeri Sembilan untuk aksi yang seterusnya. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada MATRI. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment