Followers

Friday, February 20

Cerita hatiku...untuk sahabat kecilku 2


Masa itu aku di bawa oleh ayah ke rumahnya di pasir putih..ya, masa itu pun umurku baru 4 tahun, ketika itulah aku menemui sahabatku yang kedua. Ayahnya merupakan sahabat ayahku. Di rumahnya, mula-mula aku rasa segan untuk menegurnya. Aku hanya tenung mukanya sahaja. Di wajahnya aku nampak dia semacam hairan apabila aku melihatnya sebegitu. Dia pun datang kepadaku..

"Awak..jom main buai nak??"

aku pun pelik. Kenapa tetiba je die ajak aku main buai. Ah! dia ajak, ikut jelah. Tetapi di mana buainya, aku mencari-cari dimanakah buaian tersebut..

"Mana buainye?" Aku tanya.
"hahahaha, x nampak ke?"

Die ketawa, aku bertambah pelik. Lalu dia menudingkan jari jarinya ke arah buaian tersebut.
Agak terkejut juga aku sebab buaiannya terletak tepi tangga untuk ke tingkat atas. buaiannya seperti.... buai yang orang selalu gantung di antara dua pokok semasa camping. Jaringnya warna hijau. Tapi yang ini terlalu besar. Dibentangkan disebelah tangga dan boleh muat 4orang...huhu.

Nampak macam seronok je tp dalam hati...ish takut r, tinggi tuu.... Aku pun ikut je die. Kami pun naik melalui tangga dan terjun ke atas buai tu. Huhu..gayat juga masa tu. Tapi seronok punya pasal, dah tak ingat apa-apa dah. Biasalah, masa tu kan masih budak-budak lagi.

Disitulah bermulanya perkenalan aku dengan sahabatku yang kedua. Umurnya juga sebaya denganku. Banyak kenangan aku dengannya.

Pernah dulu, semasa umurku darjah 1. Dia baru sahaja berpindah berdekatan dengan rumahku. Aku pun seronok yang amat. Aku pun menyambutnya. Kami pun keluar berjalan-jalan. Dia belanja aku makan ais krim dan "jajan" (keropok). Penat berjalan-jalan kami duduk di hadapan rumahku.

"wei, kau ada duit tak?" dia tanya.
"tak ada" aku jawab.
"Nak duit?"
"Ceh, macam kau ade duit pulak"

dia keluarkan duit RM4 yang semuanya dari duit syiling seringgit. (masa tu syiling seringgit boleh guna lagi...hehe). Dia pun bagi kepada aku.

"Eh, ko bagi aku ke?"
"A'ah, ko peganglah"
"Terima kasih"

Aku pun terus berlari ke dalam rumah dan cepat-cepat aku masukkan duit tu dalam tabung manggis. Aku pun keluar semula.

"Jom gi rumah aku"
"Emak dengan ayah kau ada?"
"Ayah aku tak ada, emak dengan abang aku je yang ada"
"Jom"
"Mane duit tadi?" dia tanya.
"Aku dah masukkan dalam tabung" Aku jawab.
"Lor, apesal ko masukkan dalam tabung?"
"tadikan ko bagi aku duit tu, sekarang ko nak mintak balik?"
"Aku suruh pegang je, takpelah. Jom gi rumah aku"

Sampai je kat rumah dia. Emak dia pun tanya mana duit yang emak dia bagi. Dia pun cakap entah. Emak dia pun mula marah. Tanya lagi dan tanya lagi. Dia tetap cakap entah. Aku yang duduk sebelah dia dah mula takut. Emak dia marah dia sampai dia nangis. Abang dia tepuk aku dari belakang.

"Kau balik dulu ye, nanti esok datang lagi"

Aku pun nak berjalan pulang tapi di tarik oleh sahabatku.

"Jangan balik dulu"sambil menangis.

Aku pun jadi blur. Abang dia pun terus tarik dia dan suruh aku pulang. Aku pun pulang. Terdengar sahabatku memanggil-manggil namaku. Menjerit-jerit.

Aku pun pulang kerumah. Dalam hati, aku bertekad nak pulang balik duit dia. Malam ni aku kena cungkil balik duit dalam tabung tu. Nanti esok boleh bermain dengannya lagi... hihi.

bersambung....

adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://bulansubuh.blogspot.com

No comments: