Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Followers
Friday, February 20
Cerita hatiku...untuk sahabat kecilku 2
Masa itu aku di bawa oleh ayah ke rumahnya di pasir putih..ya, masa itu pun umurku baru 4 tahun, ketika itulah aku menemui sahabatku yang kedua. Ayahnya merupakan sahabat ayahku. Di rumahnya, mula-mula aku rasa segan untuk menegurnya. Aku hanya tenung mukanya sahaja. Di wajahnya aku nampak dia semacam hairan apabila aku melihatnya sebegitu. Dia pun datang kepadaku..
"Awak..jom main buai nak??"
aku pun pelik. Kenapa tetiba je die ajak aku main buai. Ah! dia ajak, ikut jelah. Tetapi di mana buainya, aku mencari-cari dimanakah buaian tersebut..
"Mana buainye?" Aku tanya.
"hahahaha, x nampak ke?"
Die ketawa, aku bertambah pelik. Lalu dia menudingkan jari jarinya ke arah buaian tersebut.
Agak terkejut juga aku sebab buaiannya terletak tepi tangga untuk ke tingkat atas. buaiannya seperti.... buai yang orang selalu gantung di antara dua pokok semasa camping. Jaringnya warna hijau. Tapi yang ini terlalu besar. Dibentangkan disebelah tangga dan boleh muat 4orang...huhu.
Nampak macam seronok je tp dalam hati...ish takut r, tinggi tuu.... Aku pun ikut je die. Kami pun naik melalui tangga dan terjun ke atas buai tu. Huhu..gayat juga masa tu. Tapi seronok punya pasal, dah tak ingat apa-apa dah. Biasalah, masa tu kan masih budak-budak lagi.
Disitulah bermulanya perkenalan aku dengan sahabatku yang kedua. Umurnya juga sebaya denganku. Banyak kenangan aku dengannya.
Pernah dulu, semasa umurku darjah 1. Dia baru sahaja berpindah berdekatan dengan rumahku. Aku pun seronok yang amat. Aku pun menyambutnya. Kami pun keluar berjalan-jalan. Dia belanja aku makan ais krim dan "jajan" (keropok). Penat berjalan-jalan kami duduk di hadapan rumahku.
"wei, kau ada duit tak?" dia tanya.
"tak ada" aku jawab.
"Nak duit?"
"Ceh, macam kau ade duit pulak"
dia keluarkan duit RM4 yang semuanya dari duit syiling seringgit. (masa tu syiling seringgit boleh guna lagi...hehe). Dia pun bagi kepada aku.
"Eh, ko bagi aku ke?"
"A'ah, ko peganglah"
"Terima kasih"
Aku pun terus berlari ke dalam rumah dan cepat-cepat aku masukkan duit tu dalam tabung manggis. Aku pun keluar semula.
"Jom gi rumah aku"
"Emak dengan ayah kau ada?"
"Ayah aku tak ada, emak dengan abang aku je yang ada"
"Jom"
"Mane duit tadi?" dia tanya.
"Aku dah masukkan dalam tabung" Aku jawab.
"Lor, apesal ko masukkan dalam tabung?"
"tadikan ko bagi aku duit tu, sekarang ko nak mintak balik?"
"Aku suruh pegang je, takpelah. Jom gi rumah aku"
Sampai je kat rumah dia. Emak dia pun tanya mana duit yang emak dia bagi. Dia pun cakap entah. Emak dia pun mula marah. Tanya lagi dan tanya lagi. Dia tetap cakap entah. Aku yang duduk sebelah dia dah mula takut. Emak dia marah dia sampai dia nangis. Abang dia tepuk aku dari belakang.
"Kau balik dulu ye, nanti esok datang lagi"
Aku pun nak berjalan pulang tapi di tarik oleh sahabatku.
"Jangan balik dulu"sambil menangis.
Aku pun jadi blur. Abang dia pun terus tarik dia dan suruh aku pulang. Aku pun pulang. Terdengar sahabatku memanggil-manggil namaku. Menjerit-jerit.
Aku pun pulang kerumah. Dalam hati, aku bertekad nak pulang balik duit dia. Malam ni aku kena cungkil balik duit dalam tabung tu. Nanti esok boleh bermain dengannya lagi... hihi.
bersambung....
adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://bulansubuh.blogspot.com
Selangkah dalam medan perjuangan
Pada hari ini, Jumaat 20 Februari 2009, bermulanya perjalanan skuad Hoki MATRI dalam perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia. Pada aksi pembukaan, menyaksikan MATRI vs MSS P.Pinang dengan berkesudahan seri tanpa jaringan. (0-0).
MATRI menurunkan barisan pemain yang hebat iaitu:
Dalam barisan utama:
- Abdul Qoyyim (kapten)
- Atif Ghazali
- Naqiuddin Adam
- Wan Safuan
- Hanif
- Ameerul Hafizeen
- Luqman
- Syazwan
- Tengku Muhammad Syakir
- Fathi
- Mohd Faiz (GK)
Ameerul Hafizeen yang cedera di kening sebelah kanan
Walaupun berkeputusan seri, perlawanan tadi amat menarik dan mengembirakan penonton-penonton yang menyaksikan. Pada hari Ahad ini, MATRI akan bertemu dengan Tunku Besar SS, Negeri Sembilan. MATRI akan berkunjung ke Negeri Sembilan untuk aksi yang seterusnya. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada MATRI. Insya Allah.
Thursday, February 19
MATRI Junior Hockey League
No drop in junior teams
By : Jugjet Singh
2009/02/08
The victorious Bukit Jalil Sports School side after winning the title last year. |
THE composition remains the same as last year as 22 teams will do battle in Division Two and Three of the Malaysia Hockey League (MHL) starting Feb 20.
The MHL this year is a combination of senior and junior tournaments, with the seniors playing in the Premier Division and Division One, with Under-19 players competing in the Division Two and Three tournaments.
Last season, 14 teams from outside the Klang Valley competed in the Junior Hockey League, and the composition is the same this year.
Each division will have 11 teams, and Division Two has five non-Klang Valley sides.
Kedah, Terengganu, Sabah and Sarawak are not represented.
Selangor Schools Sports Council (MSSS), SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor, SMK Seberang Temerloh and Penang Schools School Council (MSSP) will be making debuts.
"Overall, we are satisfied with the composition of the teams, as almost the whole of Malaysia will be involved in the Under-19 category, and the MHF can conduct talent scouting," said Malaysian Hockey Federation (MHF) secretary Hashim Yusoff.
The format for the Overall title will be decided on Feb 15, when the competitions committee meets team managers.
The Division Two champions will receive RM10,000 and the runners-up RM5,000. Third and fourth placing is worth RM3,000 and RM2,000 respectively.
The Division Three champions will earn RM7,500, runners-up RM3,500, third RM2,000 and fourth RM1,000.
There will be awards for the best player, top scorer, best goalkeeper and man-of-the-match in the final. Each award comes with RM500, while the fair-play reward is RM3,000.
DIVISION TWO: Bukit Jalil Sports School (BJSS), BJSS Juniors, Petaling Jaya City Council (MBPJ), Kijang Mas Kelantan, MSN Malacca, Old La Sallians Association of Klang (Olak), Bandar Penawar Sports School (BPSS), BPSS Juniors, Setapak High School, Anderson of Ipoh, Tenaga Nasional.
DIVISION THREE: Cliffordian Kuala Kangsar, Matri of Perlis, Sultan Abu Bakar College (SAB), MSS Perlis, Nur Insafi, SMK Datuk Taha, Tunku Besar Juniors, Selangor State School Council (MSS), SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor, SMK Seberang Temerloh, Penang State School Council (MSS).
l THE Azlan Shah Cup will only have five teams this year, as Japan and Ireland are the latest to turn down Malaysian Hockey Confederation (MHC) invitations.
MHC had invited 14 teams in total, but only India (world ranked 11th), Pakistan (eighth) New Zealand (seven) and Egypt (20th) responded positively, while the rest cited the economic crisis and prior engagements as reasons to stay away.
"We have decided to shorten the tournament, which was supposed to be held from April 3-12, to April 6-12," said MHC secretary general Hashim Yusoff.
Last year, seven teams competed and Malaysia finished last.
from The New Straits Times
2009/02/08
Tuesday, February 17
Cerita hatiku...untuk sahabat kecilku
Entah kenapa tiba-tiba aku teringat akan kisah lamaku. Kisah sewaktu kecilku. 5 orang sahabat yang pertama kali aku jumpa sewaktu aku masih sedar tak sedar dengan kehidupan. Entah kenapa Allah masih mengizinkan akal fikiranku untuk mengingati peristiwa ini. mase tu umur aku 4 tahun. Aku Terasa rindu ingin kembali ke zaman itu....
sahabatku.....
Aku tak kenal nama dia masa tu.. aku nampak dia sedang bermain dengan tayar kereta kat atas jalan di kelilingi oleh rumah taman. Jalan tu agak cerun. Aku pun masa tu agak keboringan. Aku pun pergi menyapa dia..
"Boleh main sekali tak?" Aku tanya selamba.
"Boleh, marilah" Dia jawab.
Aku pun bermain bersamanya. main tolak tayar dari atas hingga ke penghujung jalan. Seronok yang amat ku rasakan masa tu. Allah permudahkan hubungan persahabatan dan kemesraan antara kami.
Disitulah bermulanya perkenalanku dengan dia. dalam perkenalanku waktu itu, aku baru tahu rumahnya dekat dengan rumahku dan umurnya juga sama denganku....
dialah sahabatku yang pertama......
bersambung....
from Adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://bulansubuh.blogspot.com