Followers

Wednesday, February 16

Anda cemburu?


CEMBURU, setiap daripada kita pasti mempunyai sifat ini. Sifat cemburu ini terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang baik dan cemburu yang yang dibenci.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”

(HR Abu Daud)

Cemburu yang kita boleh lihat sebagai contoh seorang yang cemburu akan kebahagiaan orang lain, kemewahan harta benda orang lain, kehebatan orang lain dalam menuntut ilmu, ketabahan orang lain dalam menempuh cabaran hidup, cemburu apabila adik beradik yang lain lebih dikasihi, cemburu melihat pasangan bersama atau bermesra dengan orang lain, mungkin juga seorang isteri yang cemburu akan suaminya dan banyak lagi.

Lalu, apakah yang membuatkan cemburu itu menjadi baik dan menjadi tidak baik? Kita perlu menilai kembali apakah cemburu itu didasarkan hanya dengan sangkaan kita rentetan daripada sifat sangka buruk kita. Tiada bukti dan hanya sangkaan semata-mata, lantaran itu kita menuduh dan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Jika ya, maka cemburu seperti ini amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Adapula cemburu itu menjadi baik apabila tidak disandarkan pada sangkaan semata dan didasarkan di atas kepastian dan kenyataan. Sifat cemburu yang baik ini mempunyai kesan kepada diri kita seperti terasa semakin dekat dengan Allah s.w.t., diri rasa tertingkat dan semakin bertambah amalan dan baik pula akhlak kita.

Semoga perasaan cemburu yang ada pada kita itu adalah yang menjadikan semakin tertingkat iman kita, k. mari sama-sama kita praktikkan.

No comments: