Followers

Friday, February 18

Sibuknya

Tidaklah sesibuk abang ni.. hihi

Adakah anda sedang sibuk waktu ini ? Jika ya samalah dengan saya. Saya sedang sibuk untuk membuat persediaan. Persediaan apa ya ?

Haa, bukan persediaan untuk berkahwin ya. Saya sedang membuat persediaan untuk menghadapi 'Test' saya yang akan berlangsung minggu depan. Jadualnya seperti berikut:

21/2 Isnin : Test 1 Law and Engineering Practice
22/2 Selasa : Test 1 Engineers in Society
23/2 Rabu : Quiz German Language 3
25/2 Jumaat : Law presentation
Submit chapter 2 for fyp proposal

Minggu yang agak kelam kabut. So, nak tak nak kenalah menyibukkan diri. Jangan lupa niat belajar kerana Allah kalau tidak semuanya menjadi sia-sia. Sibuk menuntut ilmu kerana Allah. InsyaAllah ada ganjarannya.

Dah.. sambung buat fyp =)

Wednesday, February 16

Anda cemburu?


CEMBURU, setiap daripada kita pasti mempunyai sifat ini. Sifat cemburu ini terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang baik dan cemburu yang yang dibenci.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”

(HR Abu Daud)

Cemburu yang kita boleh lihat sebagai contoh seorang yang cemburu akan kebahagiaan orang lain, kemewahan harta benda orang lain, kehebatan orang lain dalam menuntut ilmu, ketabahan orang lain dalam menempuh cabaran hidup, cemburu apabila adik beradik yang lain lebih dikasihi, cemburu melihat pasangan bersama atau bermesra dengan orang lain, mungkin juga seorang isteri yang cemburu akan suaminya dan banyak lagi.

Lalu, apakah yang membuatkan cemburu itu menjadi baik dan menjadi tidak baik? Kita perlu menilai kembali apakah cemburu itu didasarkan hanya dengan sangkaan kita rentetan daripada sifat sangka buruk kita. Tiada bukti dan hanya sangkaan semata-mata, lantaran itu kita menuduh dan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Jika ya, maka cemburu seperti ini amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Adapula cemburu itu menjadi baik apabila tidak disandarkan pada sangkaan semata dan didasarkan di atas kepastian dan kenyataan. Sifat cemburu yang baik ini mempunyai kesan kepada diri kita seperti terasa semakin dekat dengan Allah s.w.t., diri rasa tertingkat dan semakin bertambah amalan dan baik pula akhlak kita.

Semoga perasaan cemburu yang ada pada kita itu adalah yang menjadikan semakin tertingkat iman kita, k. mari sama-sama kita praktikkan.

Tuesday, February 15

Rasululullah s.a.w.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaku dan
barangsiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersama aku di dalam syurga."

(Riwayat Tarmizi)

Mari Ber'joging'

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berjoging hari ni dapat juga berjoging dengan kawan-kawan. Lebih kurang sebulan juga tak berjoging. Lepas ni kenalah istiqamah untuk beriadhah untuk pastikan badan ni sentiasa sihat. Kata sayang pada badan, so kenalah jaga betul-betul kan. Dalam hadis pun Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang membawa maksud

"mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah".
(hadis riwayat An-Nasa'ii)

ok, jaga kesihatan ya.
sayangilah tubuh badan kita yang kita pinjam di dunia ni
dah.. selamat beramal =)