Followers

Thursday, January 27

KMK 2010.. terfikirkah kamu?


Pagi yang hening ini aku mencapai Al-Ma'thurat. Tampak uzur Al-Ma'thurat itu, mungkin usianya sudah lama. Tetapi isinya sentiasa diperbaharui oleh insan-insan yang memerlukan ketenangan dan perlindungan daripada-Nya. Aku menyelak 'cover' depan Al-Ma'thurat tersebut...

Semoga Allah memberi petunjuk dan
kebahagiaan kepada kita di dunia dan
akhirat
KEM REMAJA
AN NUR
JOHOR
FASA 2
"KE ARAH MEMBINA GENERASI PEWARIS"
4-6 JUN 2004
PUSAT KECEMERLANGAN &
PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP
MERSING, JOHOR .

Tersenyum. Al-Ma'thurat yang kuterima sewaktu aku menyertai Kem ini.

''Baru sahaja berlalu KMK 2010 pada cuti disember yang lalu, istimewa sekali.. kem yang diadakan ditempat aku pernah menjadi seorang peserta suatu ketika dahulu...hmmm rase seperti baru semalam KMK berlalu"
hatiku berbisik.

PUSAT KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP, MERSING, JOHOR. Ya, tempat yang sama. Tetapi dahulunya aku seorang peserta dan sekarang aku sudah menjadi fasilitator. Pernah terfikirkah waktu aku menjadi peserta untuk menjadi Fasi seperti sekarang ini. Semestinya TIDAK. Hanya ada sekelumit cita-cita untuk menjadi fasi dan ianya hanya angan-angan remaja pada masa itu. Ya, angan-angan remaja yang masih dalam kedegilan, pemikiran budak-budak yang masih tidak matang dan inginkan keseronokan semata.

Ku lihat pula sahabat-sahabatku, juga dahulunya peserta sepertiku. Allah s.w.t. susun sekarang mereka hebat menerajui kepimpinan remaja. Ada yang sudah menjadi pengarah, kem komandan, ketua fasilitator dan pelbagai jawatan lagi. Adakah aku pernah terfikir akan semua itu semasa aku menjadi peserta kem 2004 itu? sudah tentu sekali TIDAK.

Maha hebat Allah s.w.t. ke atas kekuasaan-Nya.

Para peserta KMK 2010. Apa yang kita lihat pada mereka? Apa yang ada pada mereka? Adakah kita tidak yakin bahawa mereka adalah orang-orang yang akan mewarisi dan menyambungkan kerja-kerja mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah suatu masa nanti? YAKINLAH..

Aku sangat yakin bahawa insan-insan yang merancang, membantu, melaksanakan, menyertai, mendoakan dan menjayakan program yang mendekatkan diri dan mengajak sekalian manusia untuk mendekatkan diri dan beriman kepada Allah di seluruh pelusuk dunia adalah PEMUDA HARAPAN UMMAH PADA MASA HADAPAN.

Kem Remaja AN-NUR 2004 dengan temanya "Ke Arah Membina Generasi Pewaris" mampu melahirkan pewaris-pewaris yang kini menerajui tampuk kepimpinan, adakah KMK 2010 juga mampu merealisasikan temanya? sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk merealisasikannya..

Segalanya Allah susun dengan baik. Benarlah HIDAYAH Allah itu tidak mampu dihalang sekiranya mahu diberikan kepada INSAN, juga tidak boleh dihalang sekiranya Allah ingin menarik HIDAYAH daripada INSAN.







Ku lalukan ingatanku terhadap KMK 2010 bersama angin pagi yang sejuk dan nyaman...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Tuesday, January 25

Sahabat Sepermainan


Bersua muka dengan sahabat untuk seketika memang membuatkan jiwa seronok tambahan pula jarang bersama berikutan kesibukan study di universiti. Sekali kala dapat bersama sahabat-sahabat sepermainan sewaktu kecil dapatlah melepaskan sedikit kerinduan kepada mereka.

"Ahmad, ape program cuti ni.. sementara sahabat-sahabat yang baru tamat SPM ni balik"

"Aku ade tempat yang best, boleh mandi-mandi.. esok kite survey tempat tu k"

"Ok"

Ahmad, sahabatku yang sentiasa ada idea yang baik dan bernas. Beliau juga adalah teman akrabku dari kecil. Seorang yang pandai dan bijak. Kami bersama-sama roger sahabat-sahabat lain untuk turut serta dalam rehlah yg ingin kami adakan ini. Kecil-kecilan saja, tetapi targetnya adalah untuk merapatkan ukhwah antara kami dan dapatlah sedikit sebanyak beri peringatan dan perkongsian untuk mempertingkatkan iman yang sentiasa turun dan naik ni.

"Fan, macamane? esok leh turun x? best tau tempat tu, aku dengan ahmad dah survey tempat tu"

"Haa.. InsyaAllah. Aku dari pejabat terus gi tempat tu, ape-ape roger tau"

"Orait"

Nak dipendekkan cerita, Allah izin kami dpt bermandi-manda di sana. di mana? di Starhill Water Theme Park" di Kempas, Johor.

Alhamdulillah, Allah susun untuk kami bersama hari itu. Dapatlah bertanya khabar, bergurau senda tak lupa juga saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Gelagat-gelagat kami yang tak banyak berubah dari kecil hingga sekarang. Asal berjumpa je mesti x ubah seperti kanak-kanak. Mungkin bab-bab bergurau senda masih seperti kanak-kanak. Alhamdulillah dari aspek lain sahabat-sahabatku sudah banyak berubah, pemikiran secara 'matang' mereka sudah mampu untuk memberikan pandangan dan nasihat yang mampu menyentuh jiwa.

perkongsian....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Allah takdirkan kebersamaan kami yang sangat menyeronokkan. Mekarlah kembali kelopak-kelopak ukhwah antara kami.



Sahabat sepermainan..=)

"Ahmad, cuti seminggu ni ape program?"

"Yang penting futsal, remaja gabung dengan pemuda. Yang lain tu kene brainstorm dulu r"

"Hihi, ok. Nanti aku set tempat"

Haa.. kan. Ada saja idea sahabatku seorang ni. Siapa kata sudah meningkat dewasa tiada istilah 'Sahabat Sepermainan'. Bagi kami ianya sentiasa ada. Tetapi mungkin caranya sedikit sebanyak berubah wajahnya.

Semoga Allah kuatkan ikatan ukhwah antara kami semua.


Yang Benar Tetap Benar

Aku Rela

Album : Yang Benar Tetap Benar

Munsyid : Algebra



Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

Tuesday, January 18

Pertahankanlah Agamamu

Munsyid: Brothers
Nasyid: Kesaksian

Bersaksilah tuhanku satu

Segala puji bagi tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau disiksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah

Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari lidah Rasulku

Dan itu yang ku percaya

Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada Yang Terulung
Walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan
(Takku lepaskan)

Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya

Bersaksilah tuhanku satu

Takku lepaskan
Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku

Dan itu yang ku percaya

Monday, January 3

Diari Tanjung Sedeli yang damai

Assalamu'alaikum semua,

Sudah 2 hari saya memulakan pengajian di sem yang baru ini. Tetibe je rasa nak berkongsi tentang cerita masa cuti iaitu cerita kami family Ulu Tiram mengadakan rehlah di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi pada 15 Disember yang lalu.

Tanjung Sedeli ni orang kata ombaknya tidak terlalu kuat seperti di Desaru. So, sebab itulah Tanjung Sedeli menjadi pilihan family Ulu Tiram untuk berehlah. Airnya yang tenang dan damai serta tidak ramai orang kerana hari kejadian bukan hari minggu, so tak ramai orangla. Memang best dapat pergi rehlah ni sebab dah lama kan tak mandi laut lebih kurang setaun jugakla tak mandi laut.

Alhamdulillah, Allah izin ada lebih kurang 7 keluarga yang memeriahkan rehlah ini. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir atas urusan tetapi rehlah ini tetap meriah dengan celoteh pakcik dan makcik kepada kami yang bujang-bujang ni..hihi. So, tak nak muqaddimah banyak-banyak dah, jom kita tengok apa yang kami lakukan di Tanjung Sedeli ni.

Sampai saja di Tanjung Sedeli pakcik dan makcik dah beli ikan dan sotong untuk di bakar. Memang ikan dan segala jualan tu masih 'fresh' sebab baru bawak naik dari laut. kalau kamu semua nak tahu, Tanjung Sedeli ni bersebelahan je dengan perkampungan nelayan. Memang tempat pemborong borong ikan. Haa..kalau nak ikan 'fresh' meh datang Tanjung Sedeli ..hihi.

So, ikan sudah dibeli. Kali ni tugas makcik-makcik siang ikan. Mula-mula kitorang nak siang tapi diorang berkeras jugak nak siang ikan nak wat camne kan..hihi. (Padahal budak-budang bujang ni dah nampak laut je..nak gi mandi matlamat utamanya..huhu)

Kamu semua silap sekiranya menganggap kami yang bujang-bujang ni malas..hehe. Kami jadi chef untuk membakar ikan dan juga sotong. Emmm..sedap. Pakcik dan makcik yang cakap sedap. Kitorang rase memang sedap pun..hihi.

Haa..ni dia hasil masakannya. Sotong bakar. Nampak macam sikit je kan. Sebab tak sempat letak dalam pinggan dah ade orang ambil..maklumlah, sedap kan =).

Itu dia family Ulu Tiram. Ramai kan. Ada lagi sebenarnya..tahu-tahu jelah
diorang kat mane..semestinya tengah mandi kat laut.

Tengah seronok semua bersembang tetibe je sekawan lembu melintas..huhu.
Ke tepi ke tepi, lembu mahu melintas..^^

Alhamdulillah. Ni yang kita mahu ni. Mandi mandi jugak, solat jangan dilupakan walau di mana jua. Tiada alasan untuk meninggalkannya.

Ni cenderahati yang di kutip di laut oleh beberapa pengikut Cikgu Iqa atau nama glamournye Iqa Senpai..huhu. Ni di bawa pulang agaknya.

Seusai bermandi-manda. Ayuh kita mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh yang berbahagia Hj Mahmad Kardi tentang 'Alam ciptaan Allah dan sejauh mana kita sebagai hamba mensyukuri nikmat-Nya'.

Sudah penat mandi-manda, main pasir, cari ketam, berenang, kena sengat obor-obor dan sebagainya maka kami pun mengemas kembali tapak berkelah. Menjaga kebersihan penting. Sebab tugas kita menjaga alam sekitar dan Allah sangat suka kepada kecantikan.

Sebelum pulang sempat lagi Iqa Senpai (Cikgu Iqa) bergambar dengan anak-anak muridnya. Habis kalau semua hidupan dilaut mau dibawa pulang...hihi.

Dah siap berkemas kami pun pulanglah ke Ulu Tiram.. Selamat tinggal Tanjung Sedeli.

Haa..macamane? Best kan. Itulah sedikit sebanyak perjalanan rehlah kami. Alhamdulillah Allah berikan kegembiraan dan keseronokan kepada kami. Semoga rehlah ini merapatkan ukhwah antara kami pakcik, makcik, anak-anak semua. Dan semoga Allah redha dengan amal yang sedikit ini dan seterusnya menjaga ukhwah antara kami sampai ke syurga.

~sumber gambar daripada Iqa Senpai

Tanjung Sedeli yang damai
BulanSubuh
7.45am
4 Januari 2011

Saturday, January 1

Diari Pesta Hoki USM-Penang

Ukhwah bertaut kembali
Assalamu'alaikum semua,

Agak lama jugak ye saya tidak meng'update blog ini. Rasenye tiada yang menanti-nanti kan entry terbaru kt blog ni sebab maklumlah blog ni bukannye antara blog pilihan pun kan. Hihi. Ok, hari ini saya ingin mencatat diari tentang saya dan sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaulah ke Pulau Pinang pada 10,11,12 Disember 2010 yang lalu. Tujuannye ialah untuk beraksi dalam Pesta Hoki USM-Penang 2010 dengan membawa nama HALUAN MALAYSIA dalam kategori 'Men's Open'.

Suasana Jeti Pulau Pinang yang permai

So, hari pertama 10 Disember tidak ade ape2 lagi sebab yang berlangsung hari itu adalah kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. So, kami hanya berjalan-jalan memerhati management yang dilakukan oleh USM untuk melakukan tournament ini. Maybe suatu hari nanti kami dapat buat tournament camni tapi betul-betul mengikut syara' (tutup aurat). Boleh ke? InsyaAllah boleh. Yang ini hanya cita-cita 5 tahun sebelum hari kejadian yang benar-benar berlaku. hihi. So, hari pertama kami dapat menempah satu bilik di dalam USM. Malam itu kami pun tidurla dengan aman ( dalam hati dub dab dub dab je nak lawan esok ).

Hari pertama kejohanan

Masuk hari yang kedua 11 Disember. Kami bersiap sedia untuk perlawanan yang pertama menentang Dolphin A. Sebelum perlawanan kami akan 'warming up', berkumpul untuk berdoa dan mengingatkan kembali sahabat-sahabat akan tujuan sebenar kita menyertai kejohanan ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan syahsiah islamiyah sebagai salah satu medan untuk mengajak manusia kepada Allah walaupun dalam sukan.

Alhamdulillah, HALUAN MALAYSIA memperolehi kemenangan yang pertama 2-0 kerana pasukan Dolphin A gagal menghadirkan diri. Masuk perlawanan yang kedua menentang pasukan Kepala Batas FC dan pasukan kami berjaya menewaskan mereka dengan kemenangan 2-0 dengan gol yang dijaringkan oleh Salahudin Samjudin '6 dan Adam Mohd Kadir '8. Dengan dua kemenangan ini pasukan kami berjaya menjadi Johan Kumpulan dan melangkah ke pusingan yang kedua iaitu pada hari esoknya. Alhadulillah.

HALUAN MALAYSIA Johan kumpulan D

Hari yang ketiga 12 Disember pun hadir bersama pasukan-pasukan yang bukan calang-calang lagi di arena sukan hoki Malaysia. Pasukan HALUAN MALAYSIA bertemu dengan pasukan USM STAFF pada pukul 9.30 pagi. Sahabat-sahabat selalu memperingatkan supaya sentiasa minta bantuan kepada Allah dan berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan tenang untuk menghadapi situasi yang getir ini. Kami pun melangkah masuk ke padang.

Allah izin pasukan kami terikat tanpa jaringan dan memasuki acara 'penalty flick' untuk menentukan pemenang. Alhamdulillah kami berjaya dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Syed Mohd Islahi dan Adam Mohd Kadir. Dengan kemenangan itu, kami terus melangkah ke peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan UPM B yang terdiri daripada pemain-pemain Malaysia yang baru pulang dari Sukan Asia. Walaupun begitu hanya Allah yang menentukan menang atau kalah. Kami pun masuk ke padang dan bermain bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah pasukan kami kalah 1-0 kepada UPM B. Akhirnya perjalanan perlawanan kami tamat di situ.

HALUAN MALAYSIA berjaya ke suku akhir

Walaubagaimanapun, kami tetap rasa gembira kerana kami dapat banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Seperti, dapat belajar bagaimana mengurus 'tournament' yang besar seperti ini, dapat merapatkan ukhwah kembali antara sahabat-sahabat, dapat bermain dengan pemain-pemain malaysia, dapat menunjukkan syahsiah islamiyah kepada orang lain dan dapat mendekatkan diri kepada Allah walaupun dalam bersukan.

Semoga kita dipertemukan lagi dengan izin-Nya
Berdiri dari kanan: Adam, Islahi, Hilmi, Auf, Naqiuddin
Duduk dari kanan: Fansuri dan salahudin
tiada dalam gambar: 'Akif dan 'Ariff

Semoga perjalanan ini di redhai oleh Allah S.W.T. Kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi sedikit waktu untuk kami bersama membawa risalah-Mu. InsyaAllah, kami akan meneruskan lagi jaulah hoki kami pada tahun-tahun yang akan datang. Teruskan memanah doa. (",)

~sumber gambar daripada fansuri kamarudin

Pesta Hoki USM-Penang
BulanSubuh
7.40am
2 Januari 2010