Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Followers
Monday, March 29
Pandanganmu Peluangmu
Seringkali kita mengkritik hebat akan kelemahan dan kesilapan seseorang. Dia melakukan kesilapan, mereka tidak sepatutnya melakukan itu dan ini, dia salah, apa yang mereka lakukan tidak betul dan macam-macam lagi. Hebatnya lidah mengungkapkan kata-kata. Ingatlah bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Bak kata orang lama-lama "kerana mulut badan binasa".
Kita sering mengkritik akan kesilapan, mengutuk kecuaian, mengata akan kelemahan mereka. Tetapi kita juga harus memikirkan apakah langkah yg wajar kita lakukan untuk membantu menutup kesilapan mereka, cara membaiki kecuaian mereka, untuk bersama-sama memadamkan kelemahan mereka.
Berkata-kata memang mudah tetapi perlu diingat bahawa mengkritik atau mengutuk dibelakang adalah mengumpat dan mengatakan perkara yang tidak benar adalah penipuan atau fitnah. Oleh itu kita perlu lebih berhati-hati apabila ingin mengatakan sesuatu. Berfikirlah dan tafsirlah terlebih dahulu samada ia baik atau buruk.
Mengkritik semata-mata atau berkata-kata sahaja tanpa melakukan itu kan sudah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran yang membawa maksud dalam surah As-Shaff:
"Wahai orang-orang yg beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."
Dan kita dapat mengambil pengajaran dari ayat di atas bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu menutup kelemahan, memadamkan kesilapan dan memberikan tunjuk ajar kepada yang membuat silap, yang mungkin tidak sedar akan kesilapan mereka sendiri.
Katakanlah apa yang ingin kamu katakan tetapi kamu juga perlu pergi membantu, meringankan kesulitan, mencegah kelemahan, menyedarkan yang lalai, mengeluarkan mereka kepompong kelemahan dan menunjukkan jalan penyelesaian. Itulah jalan yang terbaik yang mampu kita lakukan.
Katalah dan lakukanlah sahabat. Tidak ramai orang suka mendengar kata-katamu, kritikanmu, tetapi mereka lebih suka sekiranya kamu bersama-sama membantu mereka, bekerja bersama mereka kerana mungkin kelemahan mereka yang kamu lihat hanya kamu yang tahu jalan penyelesaiannya dan oleh itu, pergilah, tunjukkanlah jalan kepada mereka dan bantulah mereka.
Matamu yang memandang kelemahan mereka, dan itulah peluang yang Allah berikan untuk kamu beramal, perbetulkan dan sedarkan mereka dari kelalain dan kesilapan.
Pandanglah mereka dengan peluang akhiratmu...
p/s: Muhasabah diriku dan ingin berkongsi bersamamu.
Labels:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam.
Human in nature got the tendency to critics others.Complaining the pit mistakes and even creating stories to "wow" the small things.
Let us return to the path of Allah.
May Allah guide us all.
"Action speaks is better than words"
*I like this post.U've the talent 2 b a good writer adam.
Post a Comment