Followers

Thursday, January 21

KEMBALI PADAMU

Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Tajuk Lagu: Kembali PadaMu
Album: Mirwana 'bumi akhir usia'

Friday, January 1

Jalan ke hati


Salah seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya tentang cara-cara yang paling berkesan untuk memikat hati.

Saya menjelaskan: "kita beriman bahawa semua manusia adalah sama taraf. Perkara ini memang benar-benar berlaku dan dapat diperhatikan di masjid-masjid dan surau-surau. Orang miskin duduk bersebelahan dengan orang kaya dan orang yang lemah duduk bergandingan dengan orang kuat. Tiada perbezaan taraf antara mereka. Tetapi fenomena ini cuma wujud di situ sahaja, tidak pula diteruskan di tempat-tempat lain. Apakah anda sendiri apabila terserempak dengan pekerja yang sedang menyapu sampah ditepi jalan lalu anda memberi salam kepadanya?"
Dia menjawab: "tidak."

Saya berkata lagi: "Itu kerana anda tidak ambil peduli terhadapnya. Rasulullah s.a.w melarang kita berbuat demikian sebagaimana sabda baginda: "Janganlah kamu hina sesuatu kebaikan sekali pun berjumpa saudaramu dengan muka yang berpaling (ke arah lain)." Sesungguhnya anda apabila bertemu lalu memberi salam kepadanya, tidak kira samada dia anda kenali atau tidak sebelum itu maka anda sebenarnya telah menghormati fitrah kejadiannya sebagai manusia itu sendiri di samping memberi harapan kepadanya.

::Abbas As-saisi
::Jalan ke Hati