WAHAI PEMUDA
Satu catatan oleh : al-Syaheed Hassan Al-Banna
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat
pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas
dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang
mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.
Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran,
semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah
sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar;
manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang
pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah
kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji
bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang
bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu
menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan
hak-hak umat dengan sempurna.
Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang
lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia
pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah
mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa
berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut
terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta
kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah
kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian
demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.
bersambung...
2 comments:
ayuh syabab semua!
bangkit islahkan diri dan serulah pada yg laen..
=)
Subhanallah, suka post ini.
Hari ini, terlalu ramai syabab yg tidak tahu atau mungkin lupa akan peranannya..
Siapa lagi kalau bukan kita untuk membangkitkan mereka..
agar kita, mereka...Sama2 membentuk diri menjadi Syabab Harapan Ummah..
wallahua'lam.
Post a Comment