Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Followers
Sunday, March 8
Cerita hatiku...untuk sahabat kecilku 3
"Kenapa dia diam je ye?.. emm, mesti dia tak ada kawan nak main".
Aku pergi ke arahnya dan duduk di sebelahnya memandangkan kerusi di sisinya kosong. Aku terus tanya nama dia. dia jawab. Aku pun perkenalkan namaku. kami berbual-bual agak lama. (kecik-kecik dah pandai berbual, macam orang tua-tua pulak...hehe) budak-budak lain sibuk bermain-main, ada yang mewarna, ada yang melukis dan ada yang sedang menconteng meja.. huhu.
"huh.. mana cikgu ni??"aku tertanya-tanya.
"Amek kaset pun lama ke?" dia tanya aku.
Aku menjungkilkan bahu menandakan tidak tahu. tak lama kemudian cikgu pun datang membawa kaset lalu memasang ke dalam radio. Tak lama kemudian kedengaran suara garau pembaca yang menceritakan kisah seorang lelaki yang sewaktu di dunia dia lalai kerana dilimpahi harta kemewahan dan anak-pinak. Dan dipendekkan cerita, sehingga lelaki diseksa di dalam kubur dan diakhiri dengan lagu 'bila izrail datang memanggil'.
Huhu..takut sangat masa tu. ternganga-nganga jugakla kawan-kawan yang lain masa tu. Lepas tu cikgu bagi rumusan pasal cerita yang kami dengar. Lepas tu, cikgu bagi kami dengar lagu saujana. Kami pun ikut nyanyi. Cikgu pergi ke belakang untuk menghantar kaset cerita tadi. Aku melihat kawan-kawan dah mula naik ke atas meja. Diorang....
bersambung....
adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://bulansubuh.blogspot.com
Labels:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment