Followers

Monday, March 9

Maulidur Rasul

Tiada Kata Terucap (TKT)
Album : Optimis sajalah
Munsyid : Tashiru

Sungguh indahnya akhlakmu
Begitu mempersona
Cintamu kasihmu
Untuk seluruh umatmu

Tiada kata yg terucap
Satu dlm hatiku
Untuk selalu ikuti
Langkah perjuanganmu

Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dalam ibadah

Dapatkah ku teladani
Luhur budi pekerti
Tegarnya hatimu
Menegakkan islammu

Tiada kata yg terucap
Satu dalam doaku
Dambaku selawat
Selalu atas dirimu

Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah

Tuhanku mohon pdMu
Curahan rahmatMu
Dalam setiap masa usia

Tuhan indahkan akhlakku
Seperti indahnya akhlak
kekasihMu yg muli

Ya Rasulullah...

adka_rika
adka_rika@yahoo.com
http://bulansubuh.bllogspot.com

Sunday, March 8

Cerita hatiku...untuk sahabat kecilku 3


"Kenapa dia diam je ye?.. emm, mesti dia tak ada kawan nak main".

Aku pergi ke arahnya dan duduk di sebelahnya memandangkan kerusi di sisinya kosong. Aku terus tanya nama dia. dia jawab. Aku pun perkenalkan namaku. kami berbual-bual agak lama. (kecik-kecik dah pandai berbual, macam orang tua-tua pulak...hehe) budak-budak lain sibuk bermain-main, ada yang mewarna, ada yang melukis dan ada yang sedang menconteng meja.. huhu.

"huh.. mana cikgu ni??"aku tertanya-tanya.
"Amek kaset pun lama ke?" dia tanya aku.

Aku menjungkilkan bahu menandakan tidak tahu. tak lama kemudian cikgu pun datang membawa kaset lalu memasang ke dalam radio. Tak lama kemudian kedengaran suara garau pembaca yang menceritakan kisah seorang lelaki yang sewaktu di dunia dia lalai kerana dilimpahi harta kemewahan dan anak-pinak. Dan dipendekkan cerita, sehingga lelaki diseksa di dalam kubur dan diakhiri dengan lagu 'bila izrail datang memanggil'.

Huhu..takut sangat masa tu. ternganga-nganga jugakla kawan-kawan yang lain masa tu. Lepas tu cikgu bagi rumusan pasal cerita yang kami dengar. Lepas tu, cikgu bagi kami dengar lagu saujana. Kami pun ikut nyanyi. Cikgu pergi ke belakang untuk menghantar kaset cerita tadi. Aku melihat kawan-kawan dah mula naik ke atas meja. Diorang....

bersambung....

adka_rika
adka_rika@yahoo.com

http://bulansubuh.blogspot.com

Saturday, March 7

Permata Keluarga


Rasa tenang dan nyaman bila mendengar lagu ni...
Lagu ini bukan sahaja ditujukan kepada bayi yang baru lahir
tetapi juga untuk kita....

sebab kita juga seorang anak.... kan??

Mungkin ianya merupakan luahan
serta harapan setiap ibu bapa
kepada permata mereka...

Permata Keluarga
Album : Rahsia Munsyid : Saujana

Saat itu tak dapat aku gambarkan yang aku rasa
Kelahiranmu bagaikan satu pertanda permata keluarga

Padamu kucurahkan kasih dan kubelai manja

Kuasuh dan kusayangi dengan penuh mesra


Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang

Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya

Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga


Jejari kecilmu menggapai bak kau mencari erti hidup

Suci dirimu umpama sutera putih

Lembut jiwamu penyejuk hati ini


Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang

Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya

Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga


Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang kusayang

Ungkapan doa aku panjatkan pada-Nya bahagia selamanya

Peribadi mulia contoh insan berjaya kelak aku berbangga


Tulus harapan pada Yang Maha Penyayang

Agar kau bahagia selamanya


Maksud perkataan 'BYE'

Assalamualaikum...

Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"...

SubhanAllah!!!
Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit org Kristian...
Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba".
Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi).
Jadi sebar-sebarkan kepada semua shbt2 anda.

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita.

from,
Friendster messages
Arif Naruto