PEMUDA DAN PERUBAHAN
Fathi Yakan
Alangkah indahnya pabila hidayah Allah menyelubungi.
“Hidayah Allah umpama hujan yang memberikan manfaat kepada kehidupan. Menghidupkan tumbuh-tumbuhan, mengalirkan sungai-sungai untuk memberikan minuman kepada haiwan, dan memberikan kemudahan kepada umat manusia. Dari hujan itu tumbuh-tumbuhan menyubur lalu dijadikan makanan bagi haiwan-haiwan, dan dari haiwan-haiwan itu dijadikan makanan bagi manusia. Saling memberikan manfaat kepada kehidupan.”
Matlamat utama persiapan pemuda ialah menerapkan rasa persiapan untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah islamiyyah (penguasaan islam). Menanamkan kesedaran dan penguasaan islam.
Dalam membawa perubahan, kadangala Allah menguji hamba-hambaNya dengan perasaan. Janganlah dilayankan perasaan dalam membawa islam.
Tugas ini adalah amat berat tetapi tugas ini adalah yang dituntut oleh Allah. Selain dari kerja ini adalah tiada nilai kepada islam. Allah telah menyediakn medan-medan untuk dimanfaatkan.
Sekiranya kita asyik dengan tugas-tugas lain maka penangguhan akan berlaku. Bermakna menangguhkan taghyir (perubahan) pemuda. Dan pengangguhan ini merupakan bencana kerana jahiliyyah itu tidak tidur dan tidak jemu-jemu ingin menghancurkan islam.
Perubahan ini memerlukan syabab. Melaksanakan Amal Qawi sebaik-baiknya. Dalam Amal Qawi tedapat dua perkara. Pertama, taqwin wa’yun islam ( pembentukan kesedaran dan kefahaman islam). Kedua, Hija’ Rakais (membentuk kumpulan-kumpulan islam) kekuatan atas asas akidah.
Perubahan ini perlu kepada persediaan Syabab.
Apakah persediaan SYABAB?
1. Persediaan INTIBATI.
· Bersedia patuh dan taat pada arahan.
· Persediaan kejiwaan untuk terikat dengan manhaj tarbiyyah.
· Kalau tiada persediaan ini, maka tiada unsure persediaan dan tiada nilai kemampuan rohani, jasmani dan ‘akli kerana dia tidak dapat dimanfaatkan dan kadangkala menjadi unsure yang menghancurkan.
2. Persediaan IBDA’I.
· Memberi dan melahirkan natijah.
· Menjadi pelopor bukan pengekor.
· Perlu menjadi cergas bukan pemalas.
· Kreatif/mempunyai insiatif sendiri.
· Insiatif dalam skop yang dipersutujui oleh jamaah.
· Orang yang diketuk baru jalan tiada nilai pada islam dewasa ini.
· Dia yang menyelesaikan masalah bukan menjadi punca masalah.
3. Persediaan JIHAD.
· Korban jiwa dan raga.
· Jihadun Nafs
ü Jihad mencari hidayah.
ü Laksanakan.
ü Istiqamah dengan tarbiyyah.
ü Menyampaikan.
Kata-kata Abdullah Nasih ‘Ulwan
Setelah engkau maklumi saudaraku pendakwah bahawa
keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan bersikap optimis adalah
merupakan perkara yang asasi dalam pembentukan psikologi pendakwah
dan dalam persediaannya berdakwah. Begitu juga setelah engkau ketahui
bahawa kesemua sifat ini tidak mungkin terkumpul melainkan di dalam jiwa
mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk
Islam. Ia tetap dan terus bergerak ke arah matlamatnya sehingga Allah
mengizinkan baginya kemenangan, atau ia kembali menemui Allah dan ia
tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan, ujian,
pertarungan dan penderitaan.
Setelah engkau maklumi bahawa sekiranya keseluruhan sifat-sifat ini
sentiasa menyusuli dan mendampingi liku- liku perjalananmu, nescaya ianya
akan memindahkan engkau ke suatu titik mula perjalanan yang mana apabila
engkau melangkahi jalan tersebut, engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi
bayu keimanan, membekali engkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari
jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang salih,
mukmin yang bertakwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas. Bahkan
apabila engkau berjalan maka dalam perjalanan itu engkau akan mendapati
kemudahan, apabila engkau bercakap, maka kata-katamu itu mempengaruhi,
apabila engkau beramal maka amalan engkau menjadi contoh teladan
(qudwah) apabila engkau muncul di khalayak ramai, maka di dalam
pandangan air mukamu ada suatu tarikan dan apabila engkau memberikan
pandangan maka di dalamnya terdapat suatu yang terang bersinar.
oleh: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
adamkadir.blogspot.com
No comments:
Post a Comment