Bismillahirrahman nirrahim..
Dgn Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sahabat2 fil Islam,
ALLAH SWT telah berfirman:
“Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat (mendatangkan faedah) kpd org2 yg beriman.” ( Az-Zariyaat: 55 )
Maka pada kesempatan ruang dan masa ini, marilah kita sama2 meluangkan sedikit masa drpd masa 24jam anugerah ALLAH kpd kita semua, utk kita menambah ilmu dan memuhasabah diri kita.Luangkankanlah masa utk kita sama2 mengecas kembali iman2 kita.Luangkanlah masa utk kita menyegarkan semula iman2 yg lesu, di mana hanya IMAN yg teguh yg dapat meninggikan darjat diri kita di sisi ALLAH, seterusnya menjanjikan keBAHAGIAan di dunia dan di akhirat kelak.Sahabat2 fil Islam,ALLAH SWT telah berfirman dlm kitab suci Al-Quran surah Al-Israa' ayat 13-15 yg bermaksud:
"Dan tiap2 seorang manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkn kpdnya kitab (suratan amalnya) yg akan didapatinya terbuka (utk ditatapnya)(Lalu Kami perintahkan kpdnya):"Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pd hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yg telah engkau lakukan)."Sesiapa yg beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yg didapatinya itu utk kebaikan dirinya sendiri, dan sesiapa yg sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang itu tidak akan memikul dosa org lain (bahkan dosa dirinya sahaja)."
Sahabat2 fil Islam,
Sesungguhnya ajal boleh datang menjelma pd bila2 masa atas arahan ALLAH. Malaikat Mikail akan hadir pd suatu masa yg kita tidak dpt jangkakan. Mungkin pd mlm ini, mungkin pd keesokan pg, pd minggu ini atau mungkin pd minggu hadapan. Wallahu A'alam. ALLAH lebih Mengetahui.
RENUNGKANLAH!!
Adakah kita telah bersedia utk menghadapi kematian dan hari Kiamat?
Adakah kita telah bersedia utk menerima suratan amal kita?
Sudahkah kita bersedia utk membaca segala AMAL yg telah kita lakukan semenjak akil baligh hingga pd saat ini di hadapan ALLAH nnt?
Sesungguhnya suratan amal kita itulah yg akan menjadi neraca kpd ALLAH sama ada utk menganugerahkan JANNATULLAH kpd kita, atau menghumbankan kita ke ke NERAKA yg azab. Dan ketahuilah, SYURGA adalah tempat sebesar2 nikmat dan NERAKA adalah tempat sedahsyat2 azab, yg tidak mampu kita bayangkan.Segala dosa kita, hanya kita yg akan menanggung.
RENUNGKANLAH!!
Adakah amal soleh yg kita lakukan hari ini lebih byk dr dosa yg dilakukan?
Atau hari ini hidup kita lebih dikotori dgn maksiat dosa perkara haram berbanding amal soleh?
Sahabat2 fil Islam,
(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap2 kumpulan manusia dgn nama imamnya, kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tgn kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dgn gembira), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yg baik) sedikitpun.(Al-Isra': 71)
Adakah kita yakin kita layak utk menerima kitab AMAL kita dgn tgn kanan?
Tepuk dada tanya iman tanya diri.
Layakkah kita?
Layakkah kita?
Layakkah kita?
Sungguh berbahagia mereka yg diserahkan kitab AMAL melalui tangan kanan di padang Mahsyar kelak.
Dan sungguh malang dan celaka mereka yg diserahkan kitab AMAL melalui tgn kiri.
Sahabat2 fil Islam,
Apa yg termampu ana lakukan hanya berkongsi ilmu.Bukalah HATI utk merenung dgn sepenuh hati ayat2 ALLAH di atas. Muhasabahlah diri kita.Dan marilah sama2 kita lakukan perubahan dlm diri.Jgn ditangguh utk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ajal akan datang mengetuk pintu roh pd bila2 masa.Dan pohonlah kekuatan drpd ALLAH utk beramal kebaikan dan beribadah kpdNYA.Wa billahi taufiq wal hidayah..
akhi fil islam,
CoSA_NosTRaz
1 comment:
Faiz tulis surat?!
Kat dalam blog ana tak dikongsi tulisan. Dah ajak lama dah..
Post a Comment