Followers

Sunday, August 23

MALAM KE - 2 : RAMADHAN BULAN BERKAT


Salah satu sifat Allah SWT adalah Ia memiliki irodah (kehendak), sebagaimana firmanNya :

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (SURAH Al Qoshosh [28]:68).

Allah memilih sesuatu yang dikehendakiNya. Begitu pula halnya dengan bulan-bulan dalam setahun, Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran. Firman Allah :


"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh

Begitu juga halnya dengan bulan Ramadhan, Allah swt tidak akan mengatakan Ramadhan sebagai bulan istimewa jika tidak ada sesuatu di sebaliknya. Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya : "Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan siyam(bulan puasa) membawa segala keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HADITH RIWAYAT. Ath Thabrani)

Dalam sabdanya yang lain : "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (HADITH RIWAYAT. An Nasai dan Al Baihaqi)

Sumber:
Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah

Friday, August 21

MALAM PERTAMA : MARHABAN YA RAMADHAN


Marhaban barasal dari kata rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, dan tidak dengan keluhan.


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (SURAH 2: 183)


Rasulullah sendiri sentiasa menyambut setiap kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:


"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu ibadah puasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh Syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hadith Riwayat. Ahmad)


Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh dalam melanjutkan perjalanan kita untuk bertemu Allah SWT. Perjalanan menuju Allah SWT itu dinukilkan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Terdapatnya gunung yang harus didaki, iaitu hawa nafsu.


Pada gunung tersebut terdapat lereng yang curam, belukar yang dahsyat, bahkan diibaratkan di dalamnya terdapat banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.


Tetapi, bila tekad tetap membaja, maka akan nampaklah sinar cahaya yang benderang, dan saat itu akan nampak dengan jelas keindahan perjalanan, tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman untuk mengantar hamba yang bermusafir bertemu dengan kekasihnya.


Untuk sampai kepada tujuan tersebut, sudah tentulah memerlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan tersebut adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.


Sumber:

Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah


Rahmat -Nya di bulan Ramadhan


Assalamu'alaikum w.b.t.

Masuknya kita ke dalam madrasah Ramadhan yang penuh barakah, rahmah dan maghfirah. Malam ini saya menerima banyak sms yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang dikasihi. Antaranya:

"Ya Allah, pilihlah kami sebagai tetamu ramadhan, kurniakan kami rahmat dan maghfirah, titiskan dari mata kami airmata taubat, hiaskan lidah kami dendangan tadarus, selimuti malam kami dengan tarawih berbantal tahajjud, Moga kami mewarisi 'Al-Jannah', Jadikan Ramadhan ini yang terbaik untuk kami, Amiin... Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak, dan mendapat taqwa yang sebenar-benarnya."
-Alias UMP
"Assalamu'alaikum, dikesempatan ini ana ingin menyusun 10 jari memohon keampunan andai ada silap salah dan terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita, doakan supaya ana dapat tempuhi ramadhan ini dengan penuh sempurna, ameen"
-Hafiz Zainol Abidin UTM

"Hantar ikan di kala pagi, dimakan bersama coklat strawberi, Bulan Ramadhan sudah kembali, Semoga amalan diberkati, Happy becoming Ramadhan"
Syazwan UiTM

"Kian berlabuh tirai Syaaban, Lambaian Ramadhan kian dinanti, Luhur hati ikhlas amalan, Semoga segala ibadah Allah berkati, Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Beramal"
Qoyyim KTD

Alhamdulillah, Allah izin dan kirimkan sahabat-sahabat untuk memberikan peringatan dan semangat untuk menempuh Ramadhan Al-mubarak supaya dapat mencapai objektif sebenar madrasah Ramadhan itu sendiri iaitu TAQWA.

Malam ini merupakan tarawih pertama di bulan yang mulia ini. Saya bersama sahabat-sahabat solah di Masjid Besar Shah Alam yang kian sibuk. Begitu ramai jemaah yang hadir, seronok rasa di hati melihat dan merasai suasana itu. Benar kata-kata Allah s.w.t. iaitu Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan Rahmat dan Barakah.

Sewaktu tarawih, sempat saya melihat seorang kanak-kanak kecil berumur lingkungan 4 tahun berdiri lemah di sisi ayahnya untuk menunaikan solah tarawih yang memasuki rakaat yang ke-7. Lalu si ayah memeluk anaknya. Dan saya melihat, kanak-kanak itu seakan-akan mendapat semangat untuk meneruskan solah tarawih dan terus berdiri tegak. Luluh hati saya, begitu kasih seorang bapa pada anak untuk mendidik anak itu dari kecil.

Allahu Akhbar.. terus saya teringatkan ayah saya di Johor, tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hajatnya ingin balik esok pagi. Semoga Allah memudahkan perjalanan pulang ke Johor, InsyaAllah.

Masuki Madrasah Ramadhan dengan persediaan, diikuti dengan amalan untuk mencapai TAQWA dan keluar sebagai orang baru, seorang muslim mukmin yang terbaik. Selamat beramal.

Monday, August 17

Futsal Haluan Siswa Shah Alam

Shah Alam, 16 Ogos 2009-Satu program riadhah telah diadakan di Dewan futsal terbuka di Seksyen 17 dengan bertemakan "mari berukhwah". Program tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa sekitar Shah Alam seperti UiTM, Politech, Unisel dan banyak lagi. Turut menjayakan program ini adalah pakcik-pakcik dari sekitar Shah Alam yang turut bersemangat untuk bersama dengan anak-anak muda.

Program dimulakan dengan sedikit tazkirah dan penyampaian oleh yang berbahagia Pakcik Azhar dan dipengerusikan oleh saudara Zakiran Mahmud. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh saudara Adam Kadir sebagai langkah berjaga-jaga dan juga untuk memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman yang akan berlaku ketika sedang bermain.

Peserta program seterusnya dibahagikan dengan beberapa kumpulan yang terdiri daripada mahasiswa IPT dan juga pakcik-pakcik Shah Alam. Permainan futsal dimulakan dengan meriah sekali dan penuh bersemangat. Tidak kurang juga dengan kelincahan pakcik-pakcik bersama pemuda-pemuda.
Permainan yang memakan masa hampir 2 jam diakhiri dengan sesi menyejukkan badan dan diteruskan lagi dengan kalimah akhirah oleh Pakcik Shahbudin serta sesi luahan hati dari semua peserta. Kebanyakan daripada peserta melahirkan rasa gembira dan seronok kerana dapat bersama-sama berukhuwah sambil bermain, dapat mengenali sahabat dengan lebih erat, dan juga dapat mengenali gelagat-gelagat sahabat yang selama ini tidak kelihatan yang membuatkan program kali ini begitu meriah. Semoga program riadhah diterima oleh Allah s.w.t. sebagai ibadah dan moga-moga ukhuwah antara sahabat-sahabat semakin erat dan diredhai oleh Allah. Program di tutup dengan tasbih kafarah dan surah Al-'Asr serta sedikit jamuan ringan.

Wednesday, August 12

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Teks oleh Ellyna Ali



KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009:
Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.


Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.


Pemergian mengejut Allahyarham bukan saja mengundang kejutan buat karyawan muzik, rakan seperjuangan serta peminatnya, malah ia dianggap sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air khususnya dalam arena muzik nasyid sendiri.


Farihin yang banyak terbabit dengan pembikinan album nasyid berkata, Allahyarham memang sentiasa bekerja keras, cukup konsisten dan serius dalam mengembangkan irama nasyid kepada seluruh pendengar.


"Perjuangannya berdakwah dengan nasyid cukup lama iaitu sejak beliau masih lagi remaja dan tidak pernah berhenti berjuang untuk memastikan nasyid mendapat tempat di kalangan masyarakat.


"Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Asri ketika dia sudah menganggotai Rabbani tetapi ramai tidak tahu bahawa dialah antara penyanyi nasyid yang menjayakan lagu Asma Ul-Husna yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dulu.


"Waktu itu, kami sama-sama menganggotai kumpulan Nada Murni dan saya sendiri turut terbabit dengan penerbitan lagu Asma Ul-Husna itu. Bagi saya, arwah Ustaz Asri bukan saja memiliki vokal nasyid yang terbaik tetapi juga mewakili simbol Islamik menerusi dakwah yang disampaikan menerusi lagu-lagunya," kata Farihin kepada murai.com.my.


Selain Ustaz Asri, Rabbani turut dianggotai oleh Zulkiflee Azman, Ahmad Syafie, Mohd Asri Ubaidullah, Mohd Rithaudden bin Yaakob, Mohd Loqman Abd. Aziz, Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah Hasyim, M. Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Azizan Khalid.


Bersama Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997, Allahyarham Ustaz telah menghasilkan banyak album antaranya Arah, Muhammad Ya Habibi, Pergi Tak Kembali, Iqrar 1421, Intifada, Aman, Qiblat Yang Sama serta Epik.


Rabbani juga adalah penerima anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) sebanyak 4 kali menerusi kategori Album Nasyid Terbaik iaitu Iqra 1421 (2001), Intifada (2002), Qiblat (2003) dan Maulana (2007). Album Iqra 1421 juga menang Album Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album pada 2001. Mereka juga adalah pemenang Kumpulan Nasyid Paling Popular ABPBH dari tahun 2001 - 2008.


Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.

Tuesday, August 11

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan

Apa ibadah yang paling afdhal (utama) dalam bulan puasa?

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berpuasa seperti mana orang-orang sebelum kamu berpuasa, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa"

Jawapannya ialah segala asbab-asbab yang menyebabkan kita dekat kepada ketaqwaan. Dan terlalu banyak hadis-hadis dan kitab-kitab tulisan ulamak yang mu'tabar tentang amalan-amalan yang baik dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Dan antara amalan-amalan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kita makan sahur serta melewatkan sahur dan berbuka serta mengawalkan berbuka. Selain itu kita juga disarankan berdoa kepada Allah pada waktu-waktu yang mustajab seperti waktu malaikat bertukar shif iaitu masa waktu subuh sehingga terbit fajar dan pada waktu senja antara asar dan maghrib. dan banyak lagi ibadah serta amalan yang boleh membawa kita kepada ketaqwaan dan ianya semua terpulang pada diri kita sejauh mana kita memasuki 'madrasah Ramadhan' dengan persediaan-persediaan yang rapi, rancangan untuk menghayati dan memahami erti kenikmatan, erti kesengsaraan orang lain dan menguatkan jiwa, kesihatan, dan mendidik kemahuan diri kita supaya apabila keluar daripada 'madrasah Ramadhan' kita menjadi orang yang baru, orang yang terbaik, orang yang berubah kerna didikan madrasah Ramadhan. InsyaAllah.

Perkongsian daripada
penyampain dari Akhi Rasyid
dan Ustaz Nawawi

Rumah Kahfi

Wednesday, August 5

Cara tukar templates 2

1. Sign in dan pergi ke layout.
2. Kat layout pergi ke Edit HTML. Sebelum anda menukar HTML anda, saya nasihatkan kpd anda save dahulu HTML lama anda di mana-mana supaya anda boleh cari balik templates lama anda seandainya templates baru tidak menarik bagi anda.3. Layari web blogger templates dan cari templates yang anda inginkan kemudian muat turun (download).
4. Pergi ke file yang anda sudah download, klik sebelah kanan mouse dan ambil 'Extract all'.
5. Anda akan buka file seperti dibawah dan klik 'extract'.
6. Anda akan jumpa file yang sudah di extract seperti dibawah.
7. Pergi kembali ke Edit HTML, klik 'browse' seperti di bawah.

8. Cari file yang anda sudah extract tadi, buka dan klik pada file yang ada 'XML' kemudian klik 'Open'.9. klik 'Upload' seperti di bawah.
10. kemudian anda boleh tengok dulu templates baru anda kat blog anda dengan klik pada 'preview'. kalau dah conform baru klik 'save templates'
~Ok, mudah kan?.. Maaf sekiranya tidak mencapai sepenuhnya kemahuan anda. semoga bermanfaat untuk anda.