Followers

Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Wednesday, March 17

KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege


PERUBAHAN TERKINI !! Konsert di ubah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA | Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!



KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA BERMULA 21 MAC

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
Auditorium MBSA pindah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)


MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm


SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulh arokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7


INTRODUCING:
Kumpulan Daie


HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)


ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline 4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemala ysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook .com/pages/ Viva-Palestina- Malaysia/ 193531139517
Persatuan Aqsa Syarif
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat


JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Negeri Sembilan
Hudzaifah | 019 987 4594
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984

Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010
http://www.facebook .com/profile. php?v=photos&id=1331150157&sb=28#!/event. php?eid=10150153 106565158&ref=mf

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!


#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com


Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
http://www.lifeline 4gaza.org/
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750



About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.

Thursday, December 10

KMK10 johor "Aku Hadir Sebagai Pemimpin"

ULU TIRAM , 1 Disember – Program Kem Minda Kreatif (KMK) ke -10 anjuran KeARAH dan Haluan Johor telah berlangsung dengan jayanya dekat Tiram Indah Village, Johor. Kem tiga hari dua malam ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari 110 orang peserta yang hadir. Kebanyakan peserta yang hadir adalah di atas keinginan sendiri dan ini memberi impak yang positif pada perjalanan kem ini. Para peserta memberi kerjasama yang amat baik sekali samada di kalangan peserta sendiri dan juga para fasilitator dan urusetia. Dengan bertemakan ‘Kami hadir sebagai Pemimpin’, kem ini dikuatkan lagi dengan modul-modul yang memberi kemahiran kepimpinan kepada para peserta. Sebanyak enam modul kemahiran kepimpinan diketengahkan dalam kem ini. Antara aktivitinya ialah Tsaqafah, Khuruj, Berani-Bicara Dai’e, membuat keputusan yang tepat, bijak berhujah dan risalah kami. Dan akhirnya modul Resolusi Kepimpinan menjadi penutup kepada enam modul kepimpinan tersebut. ‘Training of Trainers’ (TOT) telah diadakan selama 2 hari sebelum program KMK tersebut dijalankan. Para fasilitator dan urusetia diberi taklimat rapi tentang perjalanan program.

Pada hari pertama kem, modul Ice breaking dan grouping telah berjaya dijalankan. Ini diikuti dengan modul pertama kepimpinan iaitu Tsaqafah-Tayangan Video Palestin yang mana para peserta didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada umat Islam semasa. Kehadiran penceramah yang berpengalaman dan berkaliber menambah ceriakan suasana kem yang dingin. Tumpuan kepada kepimpinan amat di titik beratkan bagi menangani masalah umat Islam semasa.

Pada hari kedua kem, modul kepimpinan seterusnya terus dijalankan dan diperkenalkan kepada para peserta. Amat banyak pengisian yang ada di dalam modul-modul tersebut. Kali ini para peserta di keluar dari kawasan kem untuk bertemu dengan masyarakat di perkampungan Sungai Tiram di sana. Impak dari modul itu, para peserta telah berjaya melalui modul itu apabila mereka dapat melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, menebas lalang dan pelbagai aktiviti lagi bersama dengan masyarakat kampung di sana. Selain itu, pembentangan kertas kerja atas tajuk Khuruj mereka juga menampakkan kesan yang positif dari para peserta. Umpama seorang daie yang teliti mengenal jalan dakwahnya. Pada malamnya, modul kelima iaitu Bijak Berhujah telah membuka bakat-bakat terpendam para peserta yang memerlukan mereka member hujah dan mempertahankan hujah merekadan seterusnya melayakkan mereka berdebat juara sama juara. Pemimpin yang berani, mampu mengketengahkan kedaulatan Islam.

Akhirnya, hari ketiga kem, modul –modul tersebut ditutup dengan modul Kreatif dan Produktif – Risalah Kami. Modul ini memberi ruang kepada para peserta untuk meluah rasa, memberi cadangan dan komen serta kritikan sepanjang para peserta berada di kem tersebut. Respon dari modul terakhir ini adalah tidak dijangka, apabila ada peserta yang membuat risalah dengan sangat kreatif dan produktif yang membuatkan sebahagian fasilitator kagum dan bangga. Dan seusai semua modul dijalankan, kalimah akhirah dari ahli jemaah Haluan Johor telah menutup tirai program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 ini. Ramai ibu bapa mengharapkan program KMK akan terus dijalankan bagi melahirkan ramai lagi para daie untuk Islam.


Daripada: Setiausaha KMK10 (Naqiuddin Adam)

Disahkan oleh: Pengarah KMK10 (Umar Afifi Zainordin)

Monday, August 24

Bintang bola sepak turut berpuasa

KANOUTE

REAL MADRID - Beberapa bintang bola sepak yang beragama Islam seperti Freddie Kanoute tetap berpuasa walaupun bermain dalam bulan Ramadan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas penyerang kelab bola sepak Tottenham Hotspur di England itu, Kanoute kini bermain untuk kelab Sevilla di Sepanyol.

Pemain yang turut mengikuti langkah Kanoute adalah Mahamadou Diarra, Lassana Diara dan Karim Benzema dari kelab bola sepak Real Madrid.

Semasa bulan puasa, beberapa doktor terpaksa bekerja pada setiap masa bagi memikirkan formula terbaik sebagai rutin untuk memastikan pemain-pemain itu kekal cergas semasa bulan puasa.

Beberapa akhbar tabloid Sepanyol memainkan tajuk utama akhbar mengenai bulan puasa dan perdebatan sama ada pemain sepatutnya dibenarkan berpuasa dan bermain bola pada masa yang sama di bulan Ramadan.

KARIM

Namun, Kanoute bertegas mahu meneruskan ibadah puasa dan bermain bola sepak di bulan Ramadan.

"Saya cuba untuk menghormati kepercayaan saya dan mengikut ajarannya selagi saya mampu.

"Semasa bulan Ramadan, saya memberikan sepenuh tenaga untuk kelab saya dan tidak mengecewakan rakan sepasukan.

"Setiap orang amat baik terhadap kami dan mereka memahami saya," kata Kanoute. - Agensi

sumber:
kosmo 25 Ogos 2009

Coretan Menarik Di Bulan Ramadhan

Sila klik pada link di bawah ini untuk baca:

Gurauan atau Teguran? - Ummu Anas

Rayuan Ramadhan - Cikgu Azmi Bahari

10 Fakta Dan Auta Berkaitan Puasa Yang Perlu Anda Tahu - Hasan Firdaus

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Ummu 'Ammar

Monday, July 27

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Ke-4 ( SKEMA IV )

Gombak - 26 Julai 2009, Satu seminar telah diadakan di Dewan Utama Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa yang dilangsungkan pada pukul 8 pagi sehingga jam 5 petang. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-4 atau lebih dikenali dengan nama SKEMA ini bertemakan “Pendidikan Terancang Teras Kecemerlangan Rabbani”. Seramai 98 orang siswa dan 164 orang siswi telah menghadiri seminar ini. Para peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS


read more....


from: http://haluansiswa.haluan.org.my


Israel tahan saksi yang baru pulang memberi keterangan kepada PBB

July 23, 2009


22 Julai 2009: Israel telah menangkap Mohammad Srour pada 20 Julai 2009 ketika melalui Jambatan Allenby dari Jordan ke Tebing Barat, dalam perjalanan pulang dari memberi kenyataan kepada sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diketuai oleh Richard Goldstone di Geneva.


Pendudk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel

Penduduk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel


read more....


from: http://haluanpalestin.haluan.org.my



Sunday, June 28

Reunion



AKAN DATANG...

INSYAALLAH...

from: adka_rika
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com
reference: http://www.tutorialized.com

Wednesday, May 13

PBSM MATRI Wakili Perlis Ke Kejohanan Kawad Kaki Kebangsaan 2009


PASUKAN KAWAD KAKI bersiap sedia dalam perbarisan.

Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan menyaksikan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) MATRI dipilih mewakili perlis di Melaka.

Pertandingan tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang mengadakan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Kebangsaan ini pada 13 hingga 16 mei 2009 berlangsung di MITC Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pada pertandingan yang akan berlangsung, MATRI dipilih mewakili Perlis setelah memenangi pertandingan tersebut di peringkat Negeri di Stadium Utama Kangar baru-baru ini.

Penasihat badan beruniform tersebut, Ustaz Shaari Awang berkata, pertandingan ini membuktikan bahawa sekolah agama bukan bantuan kerajaan juga mampu bersaing ke peringkat tinggi seperti ini.

"Ini merupakan kejayaan kita dalam membawa masej Islam ke dalam masyarakat," katanya.

Tambah beliau, "kejohanan yang akan kita sertai ini merupakan penyertaan ke dua selama 2 tahun berturut-turut."

Pada kejohanan peringkat Kebangsaan pada tahun lepas menyaksikan MATRI menduduki tempat ke 3 di Stadium Bukit Jalil.


From: http://www.matri.edu.my

Tuesday, May 12

Ummi Halimaton kritikal di hospital


Assalamu'alaikum..

kepada saudara/saudari pembaca blog ini, ingin saya memaklumkan bahawa Ummi Halimaton (zaujah kepada Ustaz Dahlan) yang kita kasihi kini dalam keadaan kritikal di ICU hospital Kangar, Perlis. Mohon saudara dan saudari mendoakan serta solah hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Ummi Halimaton. Semoga Allah menyembuhkan Ummi dengan segera.

Ameeen....