Followers

Monday, August 17

Futsal Haluan Siswa Shah Alam

Shah Alam, 16 Ogos 2009-Satu program riadhah telah diadakan di Dewan futsal terbuka di Seksyen 17 dengan bertemakan "mari berukhwah". Program tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa sekitar Shah Alam seperti UiTM, Politech, Unisel dan banyak lagi. Turut menjayakan program ini adalah pakcik-pakcik dari sekitar Shah Alam yang turut bersemangat untuk bersama dengan anak-anak muda.

Program dimulakan dengan sedikit tazkirah dan penyampaian oleh yang berbahagia Pakcik Azhar dan dipengerusikan oleh saudara Zakiran Mahmud. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh saudara Adam Kadir sebagai langkah berjaga-jaga dan juga untuk memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman yang akan berlaku ketika sedang bermain.

Peserta program seterusnya dibahagikan dengan beberapa kumpulan yang terdiri daripada mahasiswa IPT dan juga pakcik-pakcik Shah Alam. Permainan futsal dimulakan dengan meriah sekali dan penuh bersemangat. Tidak kurang juga dengan kelincahan pakcik-pakcik bersama pemuda-pemuda.
Permainan yang memakan masa hampir 2 jam diakhiri dengan sesi menyejukkan badan dan diteruskan lagi dengan kalimah akhirah oleh Pakcik Shahbudin serta sesi luahan hati dari semua peserta. Kebanyakan daripada peserta melahirkan rasa gembira dan seronok kerana dapat bersama-sama berukhuwah sambil bermain, dapat mengenali sahabat dengan lebih erat, dan juga dapat mengenali gelagat-gelagat sahabat yang selama ini tidak kelihatan yang membuatkan program kali ini begitu meriah. Semoga program riadhah diterima oleh Allah s.w.t. sebagai ibadah dan moga-moga ukhuwah antara sahabat-sahabat semakin erat dan diredhai oleh Allah. Program di tutup dengan tasbih kafarah dan surah Al-'Asr serta sedikit jamuan ringan.

No comments: