Pabila laluan seakan sukar,Bagai tak terdaya untuk terus bertahan, Namun kasihMu menyedarkan, Aku tak pernah sendirian...
Followers
Monday, March 29
Pandanganmu Peluangmu
Seringkali kita mengkritik hebat akan kelemahan dan kesilapan seseorang. Dia melakukan kesilapan, mereka tidak sepatutnya melakukan itu dan ini, dia salah, apa yang mereka lakukan tidak betul dan macam-macam lagi. Hebatnya lidah mengungkapkan kata-kata. Ingatlah bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Bak kata orang lama-lama "kerana mulut badan binasa".
Kita sering mengkritik akan kesilapan, mengutuk kecuaian, mengata akan kelemahan mereka. Tetapi kita juga harus memikirkan apakah langkah yg wajar kita lakukan untuk membantu menutup kesilapan mereka, cara membaiki kecuaian mereka, untuk bersama-sama memadamkan kelemahan mereka.
Berkata-kata memang mudah tetapi perlu diingat bahawa mengkritik atau mengutuk dibelakang adalah mengumpat dan mengatakan perkara yang tidak benar adalah penipuan atau fitnah. Oleh itu kita perlu lebih berhati-hati apabila ingin mengatakan sesuatu. Berfikirlah dan tafsirlah terlebih dahulu samada ia baik atau buruk.
Mengkritik semata-mata atau berkata-kata sahaja tanpa melakukan itu kan sudah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran yang membawa maksud dalam surah As-Shaff:
"Wahai orang-orang yg beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."
Dan kita dapat mengambil pengajaran dari ayat di atas bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu menutup kelemahan, memadamkan kesilapan dan memberikan tunjuk ajar kepada yang membuat silap, yang mungkin tidak sedar akan kesilapan mereka sendiri.
Katakanlah apa yang ingin kamu katakan tetapi kamu juga perlu pergi membantu, meringankan kesulitan, mencegah kelemahan, menyedarkan yang lalai, mengeluarkan mereka kepompong kelemahan dan menunjukkan jalan penyelesaian. Itulah jalan yang terbaik yang mampu kita lakukan.
Katalah dan lakukanlah sahabat. Tidak ramai orang suka mendengar kata-katamu, kritikanmu, tetapi mereka lebih suka sekiranya kamu bersama-sama membantu mereka, bekerja bersama mereka kerana mungkin kelemahan mereka yang kamu lihat hanya kamu yang tahu jalan penyelesaiannya dan oleh itu, pergilah, tunjukkanlah jalan kepada mereka dan bantulah mereka.
Matamu yang memandang kelemahan mereka, dan itulah peluang yang Allah berikan untuk kamu beramal, perbetulkan dan sedarkan mereka dari kelalain dan kesilapan.
Pandanglah mereka dengan peluang akhiratmu...
p/s: Muhasabah diriku dan ingin berkongsi bersamamu.
Wednesday, March 17
KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege
PERUBAHAN TERKINI !! Konsert di ubah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA | Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!
KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege
DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA BERMULA 21 MAC
TARIKH:
26 Mac 2010
LOKASI:
Auditorium MBSA pindah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)
MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm
SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulh arokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7
INTRODUCING:
Kumpulan Daie
HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)
ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline 4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemala ysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook .com/pages/ Viva-Palestina- Malaysia/ 193531139517
Persatuan Aqsa Syarif
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia
TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat
JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut
Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304
Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685
Subang
Mus’ab | 012 954 7861
Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932
Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637
Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940
Negeri Sembilan
Hudzaifah | 019 987 4594
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916
Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984
Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010
http://www.facebook .com/profile. php?v=photos&id=1331150157&sb=28#!/event. php?eid=10150153 106565158&ref=mf
SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre
KL CENTRE
2.00petang
KLCC
4.30petang
atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti
Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!
#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com
Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
http://www.lifeline 4gaza.org/
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750
About Us
Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:
* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@ gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.
Sunday, March 7
Terisi
Minggu ini rasa terisi dengan aktiviti-aktiviti yang sungguh
bermakna:
Sabtu
Pagi: Kejohanan Bola Tampar Haluan
Petang: Liga Hoki Masum, UiTM vs UM
Malam: Bersama sahabat-sahabat UIA
Ahad
Pagi: Riadhah bersama sahabat UIA (main bola)
T/Hari: Sahabat UIA hantar balik Shah Alam
Walaupun badan ini rasa kurang sihat atas sebab selsema dan
sakit badan dengan izin Allah tetapi minggu ini rasa terisi kerana
dapat bersama sahabat-sahabat yang sudah lama tidak duduk bersama,
bergurau bersama, bercerita, makan bersama dan dapat menyuburkan
mengembalikan ukhwah sesama kita. Memang berbeza makna antara
berjumpa dan bersama.
Jazakallah kepada sahabat-sahabat yang meluangkan masa sepanjang dua hari ini:
Nabil Jamil, Shahidan, Amin Misran, Raja Azman, Ikrimah, Safwan, Shu'bah,
Siddiqi, Amirul, Ammar dan sahabat-sahabat lain serta Pakcik sahabat yang sudi
hantarkan ke UIA. Semoga kebersamaan kita diredhai Allha s.w.t. dan semoga Allah s.w.t. permudahkan urusan antum. Syukran Jazilan kepada anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)