Followers

Thursday, May 12

Orientasi Kebahagiaan


Kebahagian seseorang bergantung kepada cara dia menerima apa yang didatangkan Allah kepada-Nya. Sekiranya dia sedar bahawa apa jua yang didatangkan di dalam kehidupannya baik suka ataupun duka adalah tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada Allah maka dia akan merasa bahagia tidak kira waktu dia susah ataupun senang. Hatinya akan sentiasa aman, bahagia dan tenteram.

Kerana, setiap yang didatangkan oleh Allah semuanya mempunyai tujuan yang baik-baik belaka. Dan tidak ada suatu apapun yang dijadikan oleh Allah s.w.t itu sia-sia. Maka dia akan sedar bahawa setiap yang datang kepadanya mempunyai hikmah yang membuatkan dirinya semakin dekat dengan Allah. Kerana, apabila datang duka hampa dia bersabar dan apabila datang senang lapang dia bersyukur.

Kadangkala manusia seringkali meletakkan kebergantungannya kepada manusia. Apabila bersahabat, dia kecewa dan gundah gulana apabila tidak dapat menerima kasih sayang yang diharapkan. Dan seringkali menyalahkan sahabatnya kerana tidak memahami dirinya. Ingatlah bahawa sahabat juga punyai kelemahan. Apabila kebergantungan itu diletakkan pada manusia yang lemah yang tiada kekuasaan sedikit pun maka dia akan kecewa apabila kelemahan itu datang kepadanya. Oleh itu, mengapa tidak bergantung kepada kekuasaan Allah s.w.t.?

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Berukhwahlah kerana Allah kerana apabila sahabat muram, membuatkan kita sabar dan muhasabah diri, apa tindak-tanduk yang menyebabkan sahabat mula berjauhan dengan kita dan kita mula mempertingkatkan diri. Apabila sahabat senyum membuatkan kita bersyukur kepada Allah dan semakin kuat amal ibadah kita kepada-Nya serta berdoa agar dikekalkan ukhwah ini.

Lihatlah, apabila bersahabat kerana Allah, apa jua tingkah laku sahabat membuatkan dia semakin dekat kepada-Nya. Sebab itulah seringkali diceritakan bahawa sahabat yang soleh, apabila melihatnya, berbicara dengannya, bergurau senda dengannya, tinggal bersamanya, membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah.

berukhwah adalah antara contoh yang mudah dan banyak lagi contoh yang boleh diambil. Seperti hubungan suami isteri kerana Allah; apabila suka dia akan berlemah lembut dan apabila tidak suka dia akan bersabar dan tidak akan menyakiti pasangan. Begitu juga dengan berorganisasi kerana Allah, jika pendapatnya dia diterima dia bersyukur kepada Allah s.w.t., dan apabila pendapatnya ditolak dia akan bersabar dan berlapang dada.

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian,

Ingatlah bahawa kebergantungan hanyasanya kepada Allah s.w.t. sangat penting dalam setiap amal di dunia ini kerana apabila melakukan sesuatu dengan berorientasikan Allah s.w.t. maka apabila datang kegagalan kita tidak akan kecewa malah bersabar, dan apabila datang kejayaan kita tidak akan sombong malah bersyukur. Itulah, biar datang apa jua keadaan dia akan semakin dekat dengan Allah kerana dia faham bahawa apa jua yang didatangkan oleh Allah, semuanya baik-baik belaka, tiada yang sia-sia dan dia juga sangat yakin dengan janji-janji Allah s.w.t.

Friday, April 29

Apabila syara' mendahului segala urusan

Pada tahun 2003 Matri dikejutkan dengan berita bahawa pasukan hoki Matri telah memenangi 'fair-play' pada kejohanan Juara Sekolah-sekolah Malaysia kerana syahsiah islamiyyah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain walaupun sekadar sampai ke peringkat kumpulan.

Hari ini dikejutkan pula dengan berita Matri di banned oleh MHF kerana menarik diri daripada 'game' menentang pasukan perempuan Sekolah Sukan Bandar Penawar kerana mempertahankan prinsip untuk menjaga syara'. Berita selanjutnya seperti di bawah:

link: klik di sini


* * * * *

Matri banned and fined for going AWOL

KUALA LUMPUR: Matri of Perlis have been slapped with a suspension and fine for failing to turn up for a Malaysian Junior Hockey League (MJHL) Division Two Group A match against Bandar Penawar Sports School-Women High Performance Centre (BPSS-WHPC) at Taman Daya Stadium in Johor Baru on April 24.

The Malaysian Hockey Federation (MHF) assistant secretary, Hashim Mohd Yusoff, who chaired the technical committee meeting yesterday, said that the reason given by the school side for their absence was not acceptable.

The team manager, Shaari Awang, had said that the school principal did not allow them to travel to Johor Baru to play the match.

“We view the matter seriously and have decided to ban them from playing in the Under-19 league for one season. They will also be fined RM500,” said Hisham.

“Matri had two matches to play in the group and all the results of their matches played have been declared null and void.”

The MJHL league competitions in both Division One and Two will be completed this weekend. UniKL have already been crowned Division One champions.


* * * * *

Alhamdulillah. Teruskan istiqamah. InsyaAllah, ada kemanisan disebalik apa yang Allah datangkan. Merasa nikmat dengan apa yang orang lain sangka mereka tewas kerana mereka nampak kemenangan di sisi Allah s.w.t. Allahu Akhbar!

Friday, April 1

Kemudahan setelah Kesusahan

jika kegelapan semakin pekat maka fajar pun akan tampak dan memancarkan cahaya..

Mudahan-mudahan kemudahan dapat menjadi harapan
Kami menyampaikan alasan kepada jiwa kami dengan harapan

Maka janganlah gentar jika engkau dilanda kegundahan yang akan
menghentikan nafas kehidupan

Sebab kondisi terdekat seseorang dengan kemudahan saat dia putus harapan


Jika perkara semakin sempit maka solusinya akan semakin luas, jika tali semakin dikencangkan maka akan terputus, dan jika kegelapan semakin pekat maka fajar pun akan tampak dan memancarkan cahaya, ketetapan yang berlaku, hikmah yang telah ditetapkan, maka hendaknya jiwamu redha, setelah dahaga ada air dan keteduhan, dan setelah kegersangan ada gerimis dan hujan. Wahai orang yang menangis kerana kepedihannya, sakit dan keletihannya, wahai orang yang dilanda berbagai penderitaan yang tak terperikan, mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan atau jalan keluar dari sisi-Nya.

Biarkan takdir-takdir itu berlaku sebagaiman yang telah ditetapkan padanya
dan janganlah melalui malammu melainkan dalam keadaan lapang dada

Di antara kerdipan mata dan keadaan terjaga
Allah merubah dari satu keadaan pada keadaan lainnya

"Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan."(Ath-Thalaq[65]:7)


Friday, February 18

Sibuknya

Tidaklah sesibuk abang ni.. hihi

Adakah anda sedang sibuk waktu ini ? Jika ya samalah dengan saya. Saya sedang sibuk untuk membuat persediaan. Persediaan apa ya ?

Haa, bukan persediaan untuk berkahwin ya. Saya sedang membuat persediaan untuk menghadapi 'Test' saya yang akan berlangsung minggu depan. Jadualnya seperti berikut:

21/2 Isnin : Test 1 Law and Engineering Practice
22/2 Selasa : Test 1 Engineers in Society
23/2 Rabu : Quiz German Language 3
25/2 Jumaat : Law presentation
Submit chapter 2 for fyp proposal

Minggu yang agak kelam kabut. So, nak tak nak kenalah menyibukkan diri. Jangan lupa niat belajar kerana Allah kalau tidak semuanya menjadi sia-sia. Sibuk menuntut ilmu kerana Allah. InsyaAllah ada ganjarannya.

Dah.. sambung buat fyp =)

Wednesday, February 16

Anda cemburu?


CEMBURU, setiap daripada kita pasti mempunyai sifat ini. Sifat cemburu ini terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang baik dan cemburu yang yang dibenci.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”

(HR Abu Daud)

Cemburu yang kita boleh lihat sebagai contoh seorang yang cemburu akan kebahagiaan orang lain, kemewahan harta benda orang lain, kehebatan orang lain dalam menuntut ilmu, ketabahan orang lain dalam menempuh cabaran hidup, cemburu apabila adik beradik yang lain lebih dikasihi, cemburu melihat pasangan bersama atau bermesra dengan orang lain, mungkin juga seorang isteri yang cemburu akan suaminya dan banyak lagi.

Lalu, apakah yang membuatkan cemburu itu menjadi baik dan menjadi tidak baik? Kita perlu menilai kembali apakah cemburu itu didasarkan hanya dengan sangkaan kita rentetan daripada sifat sangka buruk kita. Tiada bukti dan hanya sangkaan semata-mata, lantaran itu kita menuduh dan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Jika ya, maka cemburu seperti ini amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Adapula cemburu itu menjadi baik apabila tidak disandarkan pada sangkaan semata dan didasarkan di atas kepastian dan kenyataan. Sifat cemburu yang baik ini mempunyai kesan kepada diri kita seperti terasa semakin dekat dengan Allah s.w.t., diri rasa tertingkat dan semakin bertambah amalan dan baik pula akhlak kita.

Semoga perasaan cemburu yang ada pada kita itu adalah yang menjadikan semakin tertingkat iman kita, k. mari sama-sama kita praktikkan.

Tuesday, February 15

Rasululullah s.a.w.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaku dan
barangsiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersama aku di dalam syurga."

(Riwayat Tarmizi)

Mari Ber'joging'

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berjoging hari ni dapat juga berjoging dengan kawan-kawan. Lebih kurang sebulan juga tak berjoging. Lepas ni kenalah istiqamah untuk beriadhah untuk pastikan badan ni sentiasa sihat. Kata sayang pada badan, so kenalah jaga betul-betul kan. Dalam hadis pun Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang membawa maksud

"mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah".
(hadis riwayat An-Nasa'ii)

ok, jaga kesihatan ya.
sayangilah tubuh badan kita yang kita pinjam di dunia ni
dah.. selamat beramal =)

Thursday, January 27

KMK 2010.. terfikirkah kamu?


Pagi yang hening ini aku mencapai Al-Ma'thurat. Tampak uzur Al-Ma'thurat itu, mungkin usianya sudah lama. Tetapi isinya sentiasa diperbaharui oleh insan-insan yang memerlukan ketenangan dan perlindungan daripada-Nya. Aku menyelak 'cover' depan Al-Ma'thurat tersebut...

Semoga Allah memberi petunjuk dan
kebahagiaan kepada kita di dunia dan
akhirat
KEM REMAJA
AN NUR
JOHOR
FASA 2
"KE ARAH MEMBINA GENERASI PEWARIS"
4-6 JUN 2004
PUSAT KECEMERLANGAN &
PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP
MERSING, JOHOR .

Tersenyum. Al-Ma'thurat yang kuterima sewaktu aku menyertai Kem ini.

''Baru sahaja berlalu KMK 2010 pada cuti disember yang lalu, istimewa sekali.. kem yang diadakan ditempat aku pernah menjadi seorang peserta suatu ketika dahulu...hmmm rase seperti baru semalam KMK berlalu"
hatiku berbisik.

PUSAT KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP, MERSING, JOHOR. Ya, tempat yang sama. Tetapi dahulunya aku seorang peserta dan sekarang aku sudah menjadi fasilitator. Pernah terfikirkah waktu aku menjadi peserta untuk menjadi Fasi seperti sekarang ini. Semestinya TIDAK. Hanya ada sekelumit cita-cita untuk menjadi fasi dan ianya hanya angan-angan remaja pada masa itu. Ya, angan-angan remaja yang masih dalam kedegilan, pemikiran budak-budak yang masih tidak matang dan inginkan keseronokan semata.

Ku lihat pula sahabat-sahabatku, juga dahulunya peserta sepertiku. Allah s.w.t. susun sekarang mereka hebat menerajui kepimpinan remaja. Ada yang sudah menjadi pengarah, kem komandan, ketua fasilitator dan pelbagai jawatan lagi. Adakah aku pernah terfikir akan semua itu semasa aku menjadi peserta kem 2004 itu? sudah tentu sekali TIDAK.

Maha hebat Allah s.w.t. ke atas kekuasaan-Nya.

Para peserta KMK 2010. Apa yang kita lihat pada mereka? Apa yang ada pada mereka? Adakah kita tidak yakin bahawa mereka adalah orang-orang yang akan mewarisi dan menyambungkan kerja-kerja mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah suatu masa nanti? YAKINLAH..

Aku sangat yakin bahawa insan-insan yang merancang, membantu, melaksanakan, menyertai, mendoakan dan menjayakan program yang mendekatkan diri dan mengajak sekalian manusia untuk mendekatkan diri dan beriman kepada Allah di seluruh pelusuk dunia adalah PEMUDA HARAPAN UMMAH PADA MASA HADAPAN.

Kem Remaja AN-NUR 2004 dengan temanya "Ke Arah Membina Generasi Pewaris" mampu melahirkan pewaris-pewaris yang kini menerajui tampuk kepimpinan, adakah KMK 2010 juga mampu merealisasikan temanya? sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk merealisasikannya..

Segalanya Allah susun dengan baik. Benarlah HIDAYAH Allah itu tidak mampu dihalang sekiranya mahu diberikan kepada INSAN, juga tidak boleh dihalang sekiranya Allah ingin menarik HIDAYAH daripada INSAN.







Ku lalukan ingatanku terhadap KMK 2010 bersama angin pagi yang sejuk dan nyaman...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...