Followers

Friday, February 18

Sibuknya

Tidaklah sesibuk abang ni.. hihi

Adakah anda sedang sibuk waktu ini ? Jika ya samalah dengan saya. Saya sedang sibuk untuk membuat persediaan. Persediaan apa ya ?

Haa, bukan persediaan untuk berkahwin ya. Saya sedang membuat persediaan untuk menghadapi 'Test' saya yang akan berlangsung minggu depan. Jadualnya seperti berikut:

21/2 Isnin : Test 1 Law and Engineering Practice
22/2 Selasa : Test 1 Engineers in Society
23/2 Rabu : Quiz German Language 3
25/2 Jumaat : Law presentation
Submit chapter 2 for fyp proposal

Minggu yang agak kelam kabut. So, nak tak nak kenalah menyibukkan diri. Jangan lupa niat belajar kerana Allah kalau tidak semuanya menjadi sia-sia. Sibuk menuntut ilmu kerana Allah. InsyaAllah ada ganjarannya.

Dah.. sambung buat fyp =)

Wednesday, February 16

Anda cemburu?


CEMBURU, setiap daripada kita pasti mempunyai sifat ini. Sifat cemburu ini terbahagi kepada dua iaitu cemburu yang baik dan cemburu yang yang dibenci.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Rasa cemburu ada yang disukai Allah dan ada pula yang tidak disukai-Nya. Kecemburuan yang disukai Allah adalah yang disertai alasan yang benar. Sedangkan yang dibenci ialah yang tidak disertai alasan yang benar.”

(HR Abu Daud)

Cemburu yang kita boleh lihat sebagai contoh seorang yang cemburu akan kebahagiaan orang lain, kemewahan harta benda orang lain, kehebatan orang lain dalam menuntut ilmu, ketabahan orang lain dalam menempuh cabaran hidup, cemburu apabila adik beradik yang lain lebih dikasihi, cemburu melihat pasangan bersama atau bermesra dengan orang lain, mungkin juga seorang isteri yang cemburu akan suaminya dan banyak lagi.

Lalu, apakah yang membuatkan cemburu itu menjadi baik dan menjadi tidak baik? Kita perlu menilai kembali apakah cemburu itu didasarkan hanya dengan sangkaan kita rentetan daripada sifat sangka buruk kita. Tiada bukti dan hanya sangkaan semata-mata, lantaran itu kita menuduh dan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Jika ya, maka cemburu seperti ini amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Adapula cemburu itu menjadi baik apabila tidak disandarkan pada sangkaan semata dan didasarkan di atas kepastian dan kenyataan. Sifat cemburu yang baik ini mempunyai kesan kepada diri kita seperti terasa semakin dekat dengan Allah s.w.t., diri rasa tertingkat dan semakin bertambah amalan dan baik pula akhlak kita.

Semoga perasaan cemburu yang ada pada kita itu adalah yang menjadikan semakin tertingkat iman kita, k. mari sama-sama kita praktikkan.

Tuesday, February 15

Rasululullah s.a.w.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaku dan
barangsiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersama aku di dalam syurga."

(Riwayat Tarmizi)

Mari Ber'joging'

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berjoging hari ni dapat juga berjoging dengan kawan-kawan. Lebih kurang sebulan juga tak berjoging. Lepas ni kenalah istiqamah untuk beriadhah untuk pastikan badan ni sentiasa sihat. Kata sayang pada badan, so kenalah jaga betul-betul kan. Dalam hadis pun Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang membawa maksud

"mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah".
(hadis riwayat An-Nasa'ii)

ok, jaga kesihatan ya.
sayangilah tubuh badan kita yang kita pinjam di dunia ni
dah.. selamat beramal =)

Thursday, January 27

KMK 2010.. terfikirkah kamu?


Pagi yang hening ini aku mencapai Al-Ma'thurat. Tampak uzur Al-Ma'thurat itu, mungkin usianya sudah lama. Tetapi isinya sentiasa diperbaharui oleh insan-insan yang memerlukan ketenangan dan perlindungan daripada-Nya. Aku menyelak 'cover' depan Al-Ma'thurat tersebut...

Semoga Allah memberi petunjuk dan
kebahagiaan kepada kita di dunia dan
akhirat
KEM REMAJA
AN NUR
JOHOR
FASA 2
"KE ARAH MEMBINA GENERASI PEWARIS"
4-6 JUN 2004
PUSAT KECEMERLANGAN &
PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP
MERSING, JOHOR .

Tersenyum. Al-Ma'thurat yang kuterima sewaktu aku menyertai Kem ini.

''Baru sahaja berlalu KMK 2010 pada cuti disember yang lalu, istimewa sekali.. kem yang diadakan ditempat aku pernah menjadi seorang peserta suatu ketika dahulu...hmmm rase seperti baru semalam KMK berlalu"
hatiku berbisik.

PUSAT KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN, SEKAKAP, MERSING, JOHOR. Ya, tempat yang sama. Tetapi dahulunya aku seorang peserta dan sekarang aku sudah menjadi fasilitator. Pernah terfikirkah waktu aku menjadi peserta untuk menjadi Fasi seperti sekarang ini. Semestinya TIDAK. Hanya ada sekelumit cita-cita untuk menjadi fasi dan ianya hanya angan-angan remaja pada masa itu. Ya, angan-angan remaja yang masih dalam kedegilan, pemikiran budak-budak yang masih tidak matang dan inginkan keseronokan semata.

Ku lihat pula sahabat-sahabatku, juga dahulunya peserta sepertiku. Allah s.w.t. susun sekarang mereka hebat menerajui kepimpinan remaja. Ada yang sudah menjadi pengarah, kem komandan, ketua fasilitator dan pelbagai jawatan lagi. Adakah aku pernah terfikir akan semua itu semasa aku menjadi peserta kem 2004 itu? sudah tentu sekali TIDAK.

Maha hebat Allah s.w.t. ke atas kekuasaan-Nya.

Para peserta KMK 2010. Apa yang kita lihat pada mereka? Apa yang ada pada mereka? Adakah kita tidak yakin bahawa mereka adalah orang-orang yang akan mewarisi dan menyambungkan kerja-kerja mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah suatu masa nanti? YAKINLAH..

Aku sangat yakin bahawa insan-insan yang merancang, membantu, melaksanakan, menyertai, mendoakan dan menjayakan program yang mendekatkan diri dan mengajak sekalian manusia untuk mendekatkan diri dan beriman kepada Allah di seluruh pelusuk dunia adalah PEMUDA HARAPAN UMMAH PADA MASA HADAPAN.

Kem Remaja AN-NUR 2004 dengan temanya "Ke Arah Membina Generasi Pewaris" mampu melahirkan pewaris-pewaris yang kini menerajui tampuk kepimpinan, adakah KMK 2010 juga mampu merealisasikan temanya? sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk merealisasikannya..

Segalanya Allah susun dengan baik. Benarlah HIDAYAH Allah itu tidak mampu dihalang sekiranya mahu diberikan kepada INSAN, juga tidak boleh dihalang sekiranya Allah ingin menarik HIDAYAH daripada INSAN.







Ku lalukan ingatanku terhadap KMK 2010 bersama angin pagi yang sejuk dan nyaman...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Tuesday, January 25

Sahabat Sepermainan


Bersua muka dengan sahabat untuk seketika memang membuatkan jiwa seronok tambahan pula jarang bersama berikutan kesibukan study di universiti. Sekali kala dapat bersama sahabat-sahabat sepermainan sewaktu kecil dapatlah melepaskan sedikit kerinduan kepada mereka.

"Ahmad, ape program cuti ni.. sementara sahabat-sahabat yang baru tamat SPM ni balik"

"Aku ade tempat yang best, boleh mandi-mandi.. esok kite survey tempat tu k"

"Ok"

Ahmad, sahabatku yang sentiasa ada idea yang baik dan bernas. Beliau juga adalah teman akrabku dari kecil. Seorang yang pandai dan bijak. Kami bersama-sama roger sahabat-sahabat lain untuk turut serta dalam rehlah yg ingin kami adakan ini. Kecil-kecilan saja, tetapi targetnya adalah untuk merapatkan ukhwah antara kami dan dapatlah sedikit sebanyak beri peringatan dan perkongsian untuk mempertingkatkan iman yang sentiasa turun dan naik ni.

"Fan, macamane? esok leh turun x? best tau tempat tu, aku dengan ahmad dah survey tempat tu"

"Haa.. InsyaAllah. Aku dari pejabat terus gi tempat tu, ape-ape roger tau"

"Orait"

Nak dipendekkan cerita, Allah izin kami dpt bermandi-manda di sana. di mana? di Starhill Water Theme Park" di Kempas, Johor.

Alhamdulillah, Allah susun untuk kami bersama hari itu. Dapatlah bertanya khabar, bergurau senda tak lupa juga saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Gelagat-gelagat kami yang tak banyak berubah dari kecil hingga sekarang. Asal berjumpa je mesti x ubah seperti kanak-kanak. Mungkin bab-bab bergurau senda masih seperti kanak-kanak. Alhamdulillah dari aspek lain sahabat-sahabatku sudah banyak berubah, pemikiran secara 'matang' mereka sudah mampu untuk memberikan pandangan dan nasihat yang mampu menyentuh jiwa.

perkongsian....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Allah takdirkan kebersamaan kami yang sangat menyeronokkan. Mekarlah kembali kelopak-kelopak ukhwah antara kami.



Sahabat sepermainan..=)

"Ahmad, cuti seminggu ni ape program?"

"Yang penting futsal, remaja gabung dengan pemuda. Yang lain tu kene brainstorm dulu r"

"Hihi, ok. Nanti aku set tempat"

Haa.. kan. Ada saja idea sahabatku seorang ni. Siapa kata sudah meningkat dewasa tiada istilah 'Sahabat Sepermainan'. Bagi kami ianya sentiasa ada. Tetapi mungkin caranya sedikit sebanyak berubah wajahnya.

Semoga Allah kuatkan ikatan ukhwah antara kami semua.


Yang Benar Tetap Benar

Aku Rela

Album : Yang Benar Tetap Benar

Munsyid : Algebra



Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

Tuesday, January 18

Pertahankanlah Agamamu

Munsyid: Brothers
Nasyid: Kesaksian

Bersaksilah tuhanku satu

Segala puji bagi tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau disiksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah

Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari lidah Rasulku

Dan itu yang ku percaya

Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada Yang Terulung
Walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan
(Takku lepaskan)

Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya

Bersaksilah tuhanku satu

Takku lepaskan
Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku

Dan itu yang ku percaya