Followers

Sunday, February 21

Ukhuwah itu subur kembali

HaluanSiswa JOHOR

Kenangan bersama-sama sahabat di program HaluanSiswa Johor memberikan sejuta satu makna yang mendalam dan penuh syahdu. Program anjuran Kelabfasi Johor buat pertama kalinya diadakan bagi memupuk ukhwah antara siswa Haluan yang pulang bercuti ke negeri asal sebagai memenuhi masa cuti dengan lebih bermakna selain mencari matlamat yang satu iaitu mardhatillah (keredhaan Allah).

Program ini merupakan hasil usahasama ahli siswa Haluan yang berbincang secara santai di yahoogroup untuk membuat satu program yang penuh pengisian tetapi dijalankan dengan santai sebagai ubat bagi meredakan 'stress' dan meleraikan rasa rindu yang menggunung untuk bersama menyuburkan ukhuwwah agar jalinan persahabatan antara siswa Haluan Johor bertaut dan semakin erat. Ahli siswa Haluan Johor yang 2 minggu sebelum pulang bercuti sudah bertanya-tanya tentang program akan diadakan cuti ini dan memberikan banyak idea dari program yang agak challenging hingga program yang santai.

Sehinggalah kami menemukan program yang begitu sesuai untuk dilakukan pada cuti kali ini. Ahli siswa Haluan yang datang dari pelbagai IPTA/IPTS seperti KTD, UiTM, UTM, UTHM memberikan respon yang amat membanggakan untuk bersama-sama menghadiri program ini. Tidak lupa juga beberapa orang lepasan SPM yang bakal menjadi ahli HS juga turut serta dan graduan IPT. Seramai 15 orang HaluanSiswa Johor hadir pada program kali ini.

Program dimulakan pada hari rabu malam 17hb Februari dengan makan malam bersama di 'Restoran R N I' Simpang Renggam. Ia merupakan permulaan perjumpaan bagi program ini. Program diteruskan lagi dengan sesi sharing moment antara peserta yang membuka isu Dakwah dan Tarbiyyah di IPT masing-masing di asrama Sekolah Rendah Ghufran. Semua peserta yang datang dari IPT yang berbeza memberikan sedikit sebanyak perkongsian tentang perjalan DnT di IPT tempat mereka. Ia merupakan penambahbaikan kepada kenampakan kelemahan-kelemahan yang dihadapi sesetengah IPT dan menimbulkan idea-idea baru untuk merealisasikan perjalanan DnT di kampus. Program diteruskan dengan sesi kumpul tenaga

Pada keesoakan hari pula iaitu hari Khamis 18hb Februari, solat subuh dan ma'thurat berjemaah bersama-sama pelajar sekolah rendah Ghufran. Selepas itu, haluansiswa Johor diberikan tugas untuk menjaga keselamatan pelajar sempena 'Hari merentas desa SRIG'. HS Johor juga turut bersama berlari merentas desa bagi kategori terbuka bersama abang-abang serta bapa-bapa pelajar. Pada penghujung 'Hari merentas desa SRIG' Haluansiswa diberikan penghargaan oleh SRIG berupa hadiah sanguhati.








Jam 11.30 pagi, selepas bersama adik-adik SRIG menjamu selera, HS bertolak ke Gunung Ledang. Semasa perjalanan ke Tangkak, Kereta Akhi Akif mengalami masalah yang serius dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, mereka mendapat bantuan daripada salah seorang sahabat HS dan dapat meneruskan perjalanan terus ke Gunung Ledang.

Di Gunung Ledang kami bermandi-manda sambil memerhatikan alam ciptaan Allah. Sambil mandi air terjun, ada sahabat-sahabat yang cuba menangkap ikan. Yang istimewanya ialah mereka menangkap ikan hanya menggunakan topi dan maggi sebagai umpan. Begitu gembira melihat gelagat dan aksi lucu sahabat-sahabat ketika menangkap ikan.


Ketika seronok bermandi, Akhi Fansuri telah mengalami kecederaan di muka ketika terjun ke dalam air dan mukanya terhantuk ke arah batu secara tidak sengaja. Walaupun tidak berapa serius tetapi sahabat-sahabat segera membantunya naik dan memberhentikan darah.

jam 6.00 petang. kami bersiap-siap untuk ke rumah sahabat di muar. Setelah seronok mandi air terjun, kami meneruskan jaulah kami ke rumah Pakcik Izra'ie. Kami berhenti solat di masjid memandangkan waktu maghrib sudah masuk. Seusai solat maghrib berjemaah kami meneruskan perjalanan ke rumah Pakcik.

Tidak beberapa lama kemudian kami pun sampai di rumah pakcik Izra'ie. Beliau menyambut kami dengan begitu baik sekali dan menjamu kami makan malam yang sangat sedap. Beliau begitu gembira kerana HS sudi ziarah beliau. Beliau melayan kami seperti anak beliau sendiri. Kami amat terharu dengan layanan beliau. Pada malam itu, kami banyak berkongsi ilmu dengan Pakcik dan mendapat sumber ilmu yang sangat bermanfaat dari pakcik tentang dakwah dan tarbiyyah. Ada juga yang tertidur kerana terlalu letih selepas sehari penat mandi air terjun.

Keesokan harinya, kami pulang ke SRIG simpang renggam untuk menghadiri gotong-royong sempena walimatul urus Akhi Zaid dan Kak Asma'.

Harapannya agar program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjalinkan dan mengeratkan ukhwah sesama HS Johor. Program selama 2 hari 2 malam banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis yang menjadi ingatan kepada setiap peserta yang menghadirinya. Ingatan rindu kami kepada HS Johor yang tidak dapat hadir bersama kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Doa-doa antum semua banyak membantu kami dalam menjayakan rehlah dan jaulah kami dengan izin Allah. Semoga apa yang berlaku sepanjang program ini mendapat redha dari Allah s.w.t. AllahuAkhbar!!



from: adka_rika
email: adka_rika@yahoo.com

Friday, February 12

Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna

1. Segeralah tunaikan solat
2. Bacalah Al-Quran
3. Berusahalah bercakap dalam Bahasa Arab fusha
4. Janganlah saudara banyakkan perdebatan
5. Janganlah banyak ketawa
6. Saudara jangan bergurau
7. Jangan mengangkat suaramu lebih dari yang diperlukan oleh pendengar
8. Saudara jangan mengumpat
9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu



bersama kita selami inti buku Sepuluh Wasiat oleh
As-syahid Imam Hasan Al-banna
untuk kita amalkan


Sunday, February 7

bebaskan bumi jihad Palestin


Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestlna

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam clnta-Nya


Thursday, January 21

KEMBALI PADAMU

Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Tajuk Lagu: Kembali PadaMu
Album: Mirwana 'bumi akhir usia'

Friday, January 1

Jalan ke hati


Salah seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya tentang cara-cara yang paling berkesan untuk memikat hati.

Saya menjelaskan: "kita beriman bahawa semua manusia adalah sama taraf. Perkara ini memang benar-benar berlaku dan dapat diperhatikan di masjid-masjid dan surau-surau. Orang miskin duduk bersebelahan dengan orang kaya dan orang yang lemah duduk bergandingan dengan orang kuat. Tiada perbezaan taraf antara mereka. Tetapi fenomena ini cuma wujud di situ sahaja, tidak pula diteruskan di tempat-tempat lain. Apakah anda sendiri apabila terserempak dengan pekerja yang sedang menyapu sampah ditepi jalan lalu anda memberi salam kepadanya?"
Dia menjawab: "tidak."

Saya berkata lagi: "Itu kerana anda tidak ambil peduli terhadapnya. Rasulullah s.a.w melarang kita berbuat demikian sebagaimana sabda baginda: "Janganlah kamu hina sesuatu kebaikan sekali pun berjumpa saudaramu dengan muka yang berpaling (ke arah lain)." Sesungguhnya anda apabila bertemu lalu memberi salam kepadanya, tidak kira samada dia anda kenali atau tidak sebelum itu maka anda sebenarnya telah menghormati fitrah kejadiannya sebagai manusia itu sendiri di samping memberi harapan kepadanya.

::Abbas As-saisi
::Jalan ke Hati

Tuesday, December 29

Buat tatapan

Hari ini hari Rabu bertarikh 30 haribulan Disember.
Agak lapang sedikit masa yg ada
selepas mengemas serba sedikit rumah bujang ni,
menghadap laptop dan terasa ingin menulis sesuatu
yang agak santai.

Emm..nak ceritalah sedikit tentang pasukan hoki UiTM
untuk sem yg kedua dalam tahun 2009 ni.
saya baru saja join pasukan ini sebab baru sambung degree
di sini. Mula-mula ingatkan dah tak nak main
hoki sbb dikhabarkan ramai dah pemain hoki dalam UiTM ni
dan terdiri daripada yang bukan calang-calang.
So, ingatkan tak jadi nak mainlah..
tapi main jugak sbb ade senior call suruh main
sbb player tak cukup, so mmg salahla
khabaran tersebut.


So, mainlah daku dalam sukan hoki ini
kat UiTM Shah Alam pula.
Memang bestlah kat sini sbb banyak tournament
dan yang lepas kami join Liga Hoki Selangor dan mendapat
juara Divisyen 1 dan Naib Juara keseluruhan
sbb kalah dgn RAMD di Final Liga.
Boleh baca The Star yang lepas kalau
nak tahu lebih lanjut tentang final tersebut.


Main hoki je..belajar camne plak. haa..
so, sem 5 ni saya lapang sikitlah agaknye sbb
sem ni ambil 17 jam kredit je
tapi tak tahu lagi busy ke tak nanti
Sebab subjek yg ditawarkan ade yang susah dan senang.

Subjeknye:
1.Presentation Skill
2.German Language
3.Geothechnique
4.Civil Engineering Quantities
5.Construction Technology
6.Reinforced Concrete Design
7.Numerical Analysis and Finite element methods

So, kene fokuslah dari sekarang. Main main juga,
study jangan lupa. Semuanya kena buat kerana Allah
dengan bersungguh-sungguh,
supaya ianya menjadi ibadah..

So, rasenye tu je kot. Sikit je kan..hihi.
tak larat nak tulis banyak. mule2 ingat nak kongsikan cerita
tentang beberapa orang Sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu
Mus'ab bin Umair dan Salman Al-farisi. Saye bace dari
buku yang bertajuk Kisah Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W
hasil tulisan Khalid Muhamad Khalid.
Best kalau nak cerita tapi
tulah, penat menulis ni..hihi.

Lain kali sajalah saya kongsikan apa yang rasa
selepas membacanya.
sekiranya ada masa
lapang akan saya kongsikan. saya tak janji tau..hihi.
Ok, semoga setiap perlakuan, percakapan serta gerak geri
zahir dan tersembunyi semuanya diterima
oleh Allah sebagai ibadah.

InsyaAllah.


Monday, December 28

Selamat Pengantin Baru 2009

Wajah-wajah PLM MATRI
yg berseri-seri
di hari yg indah
Walimatul Urus
pada Tahun 2009
ini


Abg Ja dan pasangannya


Ustaz Muzakkir dan pasangannya
spm '2000

(maaf tiada gambar)
Ustaz Wan Nahar dan pasangannya
spm'2000

kak ainul mursyidah dan pasangannya
spm'04
&
Abg Suheil Rubani dan pasangannya
spm'01

Abg Khalid Al-Walid dan pasangannya
spm'01

Kak Nusaibah dan pasangannya
spm'01

Abg Amru dan Kak Nik Nadiah
spm'02

Abg Annas Abdullah dan pasangannya
spm'02

Abg fadhli md diah dan pasangannya
spm'02

Abg Yusof Subhi dan pasangannya
spm'02

Abg Taufiq dan pasangannya
spm'02

Ahmad dan pasangannya
spm'03

umair dan pasangannya
spm'04

Hafsah Abaidillah dan pasangannya
spm'05

Juwairiyyah Razak dan pasangannya
spm'05

Najwa dan pasangannya
spm'07


dan sahabat dan sahibah
yg walimah pada tahun ini
maaf sebab xdpt update semua

walaubagaimanapun...

Mabruk!!
Ramai lepasan Matri telah
walimah pada tahun ini

Tahniah diucapkan kepada
sahabat dan sahibah
abang, kakak, adik
dan rakan sekalian

InsyaAllah
berbahagia cinta antum hingga ke Syurga
InsyaAllah

Amiin