Followers

Thursday, September 30

Pengalaman semalam ~ wacana PLM

Memori Semalam Hadir Bersama
Sebuah Kisah Luka
Mengingatkan aku Akan
Keagungan Tuhan

Sengketa Yang Melanda
Membuatkan aku Sesal Sendiri
Perlukah Ianya Berakhir Sebegini
Kini ku Sedar Setelah Lama
ku Mencari
Sebuah Persahabatan

Perjalanan Kita ini Masih Jauh
Penuh Dengan Onak Duri
Penuh Cabaran
dan Jua Rintangan

Perjalanan Yang Jauh Ini
Perlukan Teman-teman Yang
Memahami Yang Sejati
Mampu Membimbing Diri Ini
Silaturahim Yang Telah
Terjalin Kini
Bersamalah Kita Hargai

Walaupun Kita Terkadang
Bersengketa
Itukan Lumrah
Mendewasakan Kita

Pengalaman Yang Dilalui Semalam
Mengajar Kita Hakikat Kehidupan
Suka Duka Kita Tempuhi Bersama
Menjadi Kenangan Indah Kekal
Untuk Selamanya

Kekal untuk selamanya...~^^


Sumber:
  • http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=2067081&id=1362170000&page=5
  • http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=36368&id=100000585657680&page=2
Lirik Nasyid:
  • Brothers - Selamanya

Wednesday, September 29

Menolong, menutup 'aib sahabat dan menuntut ilmu

Maksud Hadis:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu'anhu daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, baginda bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan -kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang yang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasan ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di keliling oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Hadis diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dengan lafaz ini.

Tuesday, September 21

Surat Cinta Buah Hati yang Lesu


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.

Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...

Ibnu Sa'id Al Faqir


sumber: http://www.haluantarbawi.com

Sunday, September 19

Murabbiku dalam kenangan

Memori bersama ustaz dahlan

sentiasa berkongsi tentang perjalanan hidupnya

Telah perginya seorang lagi Murabbiku yang sangat ku sayangi
dan sangat ku hormati, Dato' Hj Dahlan Mohd Zain.
Walaupun aku sudah tahu tidak akan sempat melihat jenazah ustaz
dikebumikan, aku tetap tekad untuk memberikan penghormatan
terakhir sebagai pelajarnya.

Alhamdulillah sempat ke rumahnya untuk bertemu dengan
anak-anaknya semalam dan dapat menziarahi kuburnya walaupun
sudah lewat malam. Terpaksa bergegas untuk pulang semula ke Shah Alam.

Semoga semangat yang tinggi yang ada padanya
menjadi motivasi kepada kita yang masih hidup ini untuk
terus berusaha menyampaikan risalah D n T ini.

Beliau telah melaksanakan tugasnya semasa beliau hidup,
oleh itu kita yang masih hidup ini perlu melaksanakan tugas ini.

Al~Faatihah

Thursday, September 16

Tour de Raya HaluanSiswa Johor (photo)

Di rumah Cikgu Razak

Di Rumah Dr. Hakim

Di Rumah Pakcik Misran

Di Rumah Abu Muaz

Di Rumah Pakcik Mahmad Kardi

Di Rumah Hj Kadir

Di Rumah Hj Sarrib Hassan

Di Rumah Hj Wahab

Di Rumah Pakcik Mazlan Mustapha

Di Rumah Pakcik Turiat dan Makcik Lina

Di Rumah Hj Dzakaria

Semoga Ukhwah Fillah ini berkekalan
hingga kita bertemu dengan-Nya..^^

Salam EidulFitri
Taqabalallahu minna wa minkum =)

Sunday, September 12

Alumni Pelajar Lepasan MATRI: Wacana Ibadah dan Ukhuwwah


Daftar online sekarang (link)

Cara-cara pembayaran: (link)


Tentatif:


0800 - 0900 : Pendaftaran + Sarapan
0900 - 1030 : Slot 1 (Ust Hadi Othman)
1030 - 1200 : Slot 2
1200 - 1400 : Jamuan Raya
1400 - 1600 : Meeting PLM (AGM)
1600 - 1630 : Minum Petang
1700 : Bersurai

Jumpa anda di sana~ InsyaAllah.

Thursday, September 2

Mendung Hari Takkan Selalu

Assalamu'alaikum

Allah telah berfirman:
"
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(QS Al-Ankabut:2-3)

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Sudah sekian lama saya tidak menulis di blog ni. Alhamdulillah hari ini Allah izin ada masa terluang yang boleh saya gunakan. Bukan apa sebab sebelum ini hampir dua minggu saya menghadapi Test yang bertimbun. Dalam masa yang sama juga hampir dua minggu juga Allah izin saya demam + batuk + selesema + pening kepala. InshaAllah semuanya ada hikmahnya. Ok, saya tunjukkan pada kamu semua Test yang saya lalui sepertinya mid-term sebelum raya kan. tengoklah ye:

Sunday,22 Aug: Test Numerical Analysis
Tuesday,24 Aug: Test Reinforced Concrete Design
Test Research Methodology
Wednesday,25 Aug: Quiz German Language 2
Thursday,26 Aug: Test Highway and Traffic Engineering
Saturday,28 Aug: Test Construction Technology
Monday, 30 Sept: Test Numerical Analysis Laboratory
Wednesday,1 Sept: Test German Language 2
Thursday,2 Sept: Test Site Investigation

Haa..banyakkan. Semuanya ada 9 Test termasuklah quiz. Masa ni memang Allah nak uji sungguh, menjawab semua Test dalam keadaan badan yang tidak sihat.

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Tetapi Alhamdulillah, setiap kali melangkah melalui setiap ujian ini, seperti ada saja perkara yang mengubatinya. Apabila hati ini rasa sedih, ada sahaja yang menghiburkan. Orang kata kalau hati dihiburkan oleh seseorang boleh jadi orang itu menjadi teman sejati, so bolehla saya labelkan teman saya dikala duka ni teman sejati. Nak tahu tak siapa dia? teman sejati saya yang menghiburkan saya selalu ni ialah Al-Quran. Dan dia juga mengajak kawannya iaitu ibadah sunat (Qiamullail, solat sunat dll). Saya rasa terhibur apabila bertemankan mereka. Ada satu lagi, apabila kita menunaikan hak-hak ibadah seperti solat contohnya, solat secara berjemaah dan ditunaikan di awal waktu InsyaAllah akan mendatangkan kesenangan dan ketenangan hati. Apatah lagi kalau kita khusyu' dalam solat. Memang betullah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang kan.

Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata, "Sesungguhnya hati itu boleh bosan dan letih seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati." Katanya lagi, "Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila telah bosan, boleh pula menjadi mati."

Saya kalau sedih saya suka layan nasyid-nasyid yang boleh mengubat kesedihan saya. Saya suka menghayati lirik-liriknya. Banyak juga tazkirah (peringatan-peringatan) yang menusuk kalbu dan fikiran. Lebih kurang macam orang-orang yang pandai dan kreatif dalam memberi penyampaian kan, lebih mudah diterima oleh kebanyakan orang. Begitu juga dengan nasyid yang membangun jiwa ni. Seperti mana kata-kata sayyidina Ali bin Abi Talib r.a., kita perlu bijak untuk mengiburkan hati kita dan bagi dia rehat sebelum ia menjadi bosan atau yang lebih parah lagi, hati jadi mati.. na'uzubillahiminzalik.

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

So, tak bolehlah nak terus-menerus sedih. Kita cuba sama-sama mencari pengubat hati yang gudah gulana disebabkan hal-hal dunia ni. Sebab, perkara yang kita perlu sedihkan sebenarnya bekalan kita yang masih belum mencukupi untuk kita masuk ke Syurga Allah yang harganya tidak boleh dibeli dengan dunia dan seisinya tapi hanya boleh dibeli dengan redha dan rahmat-Nya sahaja.

Untuk yang terakhirnya saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan saya seperti Abang Luqman Azizan, Zakiran, sahabat-sahabat rumah bujang dan anda semua sekiranya saya tidak dapat meluangkan masa saya untuk membantu anda untuk melakukan kerja-kerja islam bersama anda semua selama 2 minggu akhir-akhir ni. Dan saya juga ingin memohon maaf kepada orang yang saya sayangi kerana tidak dapat meluangkan masa untuk mendengar masalah dan cerita sedih kamu. InsyaAllah selagi mana anda membantu agama Allah, Allah akan sentiasa membantu anda semua.

Semoga kita sama-sama memanfaat Ramadhan yang berbaki 6 hari ini sebaiknya. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang betul-betul beriman keada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
"Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya."
(Hadis Riwayatkan Muslim)

Semoga Allah redha sama saya dan kita semua di Bulan Ramadhan yang mulia ini dan dapat menggunakan sepenuhnya fasa terakhir didalamnya iaitu dijauhkan dari azab seksaan api neraka.

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

kemarau hati biarkan berlalu... mentari kan bersinar..
pelangi indah kan muncul setelah hujan gundah..
ceria selalu..^^



Penulis: Bulan Subuh
Sumber: http://abubasyer.blogspot.com
Lirik Nasyid: Firdaus - Putaran Kehidupan