Followers

Thursday, June 11

ALFATIHAH BUAT MUJAHID MUDA ALLAH YARHAM DR. MUHAMMAD AMMAR ZULKIFLI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Berita Terbaru..Alfatihah buat Allahyarham Dr. Muhammad Ammar Zulkifli pelajar perubatan tahun 3 Universiti Kaherah (pulau pinang) yang telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 10 Jun 2009. Kemalangan tersebut telah mengorbankan 1 nyawa dan 4 yang lain cedera. 2 orang daripadanya dipercayai masih dalam keadaan kritikal.

Solat jenazah
Allahyarham Dr. Muhammad Ammar Zulkifli selepas solat zohor di ARMA.

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin - Tahun 2 - dalam keadaan stabil.

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan - Tahun 3 - masih kurang stabil.

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir - Tahun 3 - masih kurang stabil.

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran - Tahun 3 - dalam keadaan stabil.

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli - Tahun 3 - telah kembali ke Rahmat-ALLAH.

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

(sumber : www.perubatan.org)

3 comments:

salman said...

takziah syeikh2 semua....semoga di rahmati allah...ana student TanTa dulu 9 tahun lepas..

criestz said...

gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama.. -ihsan

Kalam Penerus said...

Dia pulang bertemu Allah dlm keadaan yg well-prepared...

Wajahnya tersenyum n tenang...

Kita pula bagaimana?

Sudah bersediakah kita?

Apa bekalan yg kita ada?

Adakah amal soleh?

klau betul amal soleh apakah ia benar2 ikhlas krn Allah SWT?

Tepuk dada...
Tanyalah diri sendiri..............