Followers

Monday, September 29

Ucapan - Selamat Hari Raya



assalamu'alaikum..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitr kepada semua teman-teman samada yang mengenali diri ini ataupun tidak. Terutamanya teman-teman:

:Ma'ahad Attarbiyyah Al-Islamiyyah
:Universiti Teknologi MARA student Civil Engineering
:Sekolah Rendah Agama Ghufran
:Sekolah Keb Sungai Tiram
:Tadika Al-Amin (Sekarang Ghufran)

Saya ingin memohon kemaafaan zahir dan batin sekiranya ada membuat kesalahan dan kekhilafan samada sedar atau tidak sedar. Sememangnya manusia tidak lari dari dari kesalahan dan sebaik-baik org yg melakukan kesalahan adalah orang yg bertaubat.

saya sekali lagi ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Semoga anda semua berbahagia di samping keluarga tercinta dalam menyambut Hari yg mulia ini. Salam Idul Fitr kepada semua. Sekian,

Bulan Subuh,
adka_rika@yahoo.com
bulansubuh.blogspot.com

Monday, September 8

Tazkirah - Pemuda dan perubahan

PEMUDA DAN PERUBAHAN

Fathi Yakan

Alangkah indahnya pabila hidayah Allah menyelubungi.

“Hidayah Allah umpama hujan yang memberikan manfaat kepada kehidupan. Menghidupkan tumbuh-tumbuhan, mengalirkan sungai-sungai untuk memberikan minuman kepada haiwan, dan memberikan kemudahan kepada umat manusia. Dari hujan itu tumbuh-tumbuhan menyubur lalu dijadikan makanan bagi haiwan-haiwan, dan dari haiwan-haiwan itu dijadikan makanan bagi manusia. Saling memberikan manfaat kepada kehidupan.”

Matlamat utama persiapan pemuda ialah menerapkan rasa persiapan untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah islamiyyah (penguasaan islam). Menanamkan kesedaran dan penguasaan islam.

Dalam membawa perubahan, kadangala Allah menguji hamba-hambaNya dengan perasaan. Janganlah dilayankan perasaan dalam membawa islam.

Tugas ini adalah amat berat tetapi tugas ini adalah yang dituntut oleh Allah. Selain dari kerja ini adalah tiada nilai kepada islam. Allah telah menyediakn medan-medan untuk dimanfaatkan.

Sekiranya kita asyik dengan tugas-tugas lain maka penangguhan akan berlaku. Bermakna menangguhkan taghyir (perubahan) pemuda. Dan pengangguhan ini merupakan bencana kerana jahiliyyah itu tidak tidur dan tidak jemu-jemu ingin menghancurkan islam.

Perubahan ini memerlukan syabab. Melaksanakan Amal Qawi sebaik-baiknya. Dalam Amal Qawi tedapat dua perkara. Pertama, taqwin wa’yun islam ( pembentukan kesedaran dan kefahaman islam). Kedua, Hija’ Rakais (membentuk kumpulan-kumpulan islam) kekuatan atas asas akidah.

Perubahan ini perlu kepada persediaan Syabab.

Apakah persediaan SYABAB?

1. Persediaan INTIBATI.

· Bersedia patuh dan taat pada arahan.

· Persediaan kejiwaan untuk terikat dengan manhaj tarbiyyah.

· Kalau tiada persediaan ini, maka tiada unsure persediaan dan tiada nilai kemampuan rohani, jasmani dan ‘akli kerana dia tidak dapat dimanfaatkan dan kadangkala menjadi unsure yang menghancurkan.

2. Persediaan IBDA’I.

· Memberi dan melahirkan natijah.

· Menjadi pelopor bukan pengekor.

· Perlu menjadi cergas bukan pemalas.

· Kreatif/mempunyai insiatif sendiri.

· Insiatif dalam skop yang dipersutujui oleh jamaah.

· Orang yang diketuk baru jalan tiada nilai pada islam dewasa ini.

· Dia yang menyelesaikan masalah bukan menjadi punca masalah.

3. Persediaan JIHAD.

· Korban jiwa dan raga.

· Jihadun Nafs

ü Jihad mencari hidayah.

ü Laksanakan.

ü Istiqamah dengan tarbiyyah.

ü Menyampaikan.

Kata-kata Abdullah Nasih ‘Ulwan

Setelah engkau maklumi saudaraku pendakwah bahawa

keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan bersikap optimis adalah

merupakan perkara yang asasi dalam pembentukan psikologi pendakwah

dan dalam persediaannya berdakwah. Begitu juga setelah engkau ketahui

bahawa kesemua sifat ini tidak mungkin terkumpul melainkan di dalam jiwa

mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk

Islam. Ia tetap dan terus bergerak ke arah matlamatnya sehingga Allah

mengizinkan baginya kemenangan, atau ia kembali menemui Allah dan ia

tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan, ujian,

pertarungan dan penderitaan.


Setelah engkau maklumi bahawa sekiranya keseluruhan sifat-sifat ini

sentiasa menyusuli dan mendampingi liku- liku perjalananmu, nescaya ianya

akan memindahkan engkau ke suatu titik mula perjalanan yang mana apabila

engkau melangkahi jalan tersebut, engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi

bayu keimanan, membekali engkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari

jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang salih,

mukmin yang bertakwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas. Bahkan

apabila engkau berjalan maka dalam perjalanan itu engkau akan mendapati

kemudahan, apabila engkau bercakap, maka kata-katamu itu mempengaruhi,

apabila engkau beramal maka amalan engkau menjadi contoh teladan

(qudwah) apabila engkau muncul di khalayak ramai, maka di dalam

pandangan air mukamu ada suatu tarikan dan apabila engkau memberikan

pandangan maka di dalamnya terdapat suatu yang terang bersinar.

oleh: adka_rika

adka_rika@yahoo.com

adamkadir.blogspot.com

Tuesday, September 2

Tazkirah - adakah ketaqwaan dalam dirimu?

"ketakwaan"
Apabila ianya wujud,
terserlahlah kewarasan,
nyatalah kebenaran,
tersingkaplah jalan,
tenteramlah hati,
lapanglah segala tindakan,
tenanglah jiwa
dan tetap perasaan,
serta teguhlah engkau di dalam
perjalanan.

Ketakwaan sebagaimana takrifan sebahagian para ulamak ialah —
“Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana ia menegah engkau dan
bahawa Allah tidak mengurangi (merugikan) engkau ketika mana ia
memerintahkan”

Atau takrifan sebahagian ulamak yang lain — Takwa ialah memelihara
diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal salih dan takut kepada
Nya ketika terang dan tersembunyi.

Ketakwaan adalah merupakan suatu hasil yang jitu, serta buah yang
semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam,
yang menghubungi dengan muraqabah (mendekatkan) kepada Allah ( Lahir
satu perasaan ketakutan kepada-Nya, kegerunan dan kemurkaan dan
seksaan-Nya, keinginan serta kesungguhan (ketamakan) kepada keampunan
dan kurnia pahala-Nya.

Al-Quranul-Karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada
nirwana semesta ini, manusia dan kehidupan ini, telah menerangkan kepada
kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan manusia di segi roh,
pembentukan keimanannya dan pentarbiyyahan kejiwaannya.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah,
nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar
dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan
(dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Al-Anfal:29)

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan
tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada
kamu dua bahagian dan rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu
berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat
Pengampun lagi amat Pengasihani.”
(Al-Hadid: 28)

Dan firman Allah dalam surah At-Talaq:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan
meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari
perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak
disangkakannya.”
(At-Talaq :2-3)

Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat
tadi, apakah yang kita dapati?

Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah
merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang
menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan).
Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah Azzawajala
sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang
“kurus” dengan yang “gemuk”, iaitu membezakan antara yang hak dengan
yang batil.

Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi
mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut
mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan
dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur
tersebut.

Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat
jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan
keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta
berhadapan dengan seksaan-seksaan.

Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah

(Surah Al-Anfal:29)

menyatakan: “Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan
kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup,
membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggitinggi
kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar
cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku
perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan
cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta
mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah
merupakan bekalan mengampun dan memaafkan sebarang kesalahan,
bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan,
bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah
yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika
hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai
sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa
hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di
hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang
seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu
juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai,
difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara
amali.”

Dengan hanya menggambarkan sifat-sifat di atas, seseorang yang
menikmati kelazatan hakikat ini tidak dapat memindahkannya kepada orang
yang tidak menikmatinya.

Sesungguhnya urusan-urusan kehidupan sentiasa membayangi dan
mengelirukan perasaan dan kewarasan. Begitu juga dengan jalan-jalan yang
berbagai haluan telah membayangi dan mengelirukan pandangan dan
pemikiran. Manakala kebatilan senantiasa mengaburi (membayangi)
kebenaran ketika mana pemutusan (penentuan jalan) dan hujah keterangan
dikelami oleh kehitaman, tetapi tidaklah ia terus terselubung dan dibisukan
walaupun ianya telah tidak disahuti oleh hati dan akal. Begitu kerap juga
perdebatan yang sia-sia serta perbincangan yang penuh dengan kesungguhan
dan kehampaan. Kesemua ini adalah berpunca dan tidak wujudnya di sana
“ketakwaan”.

Buku : Menuju ketakwaan
Penulis : Abdullah Nasih 'Ulwan